Putus nyawa (Almost!)

Moga terus diberi kekuatan untuk diri ini menghadapi cabaran draf-draf direject dengan sengihnya oleh cikgu-cikgu. Moga.

Malam semalam macam orang sewel nak siapkan hasil kajian untuk bahagian 5.1 yang berkaitan dengan objektif pertama iaitu mengenal pasti arah aliran kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012. Macam orang gila kot baca pasal Dasar Monetari dari hari sabtu sampai Ahad siang. Rupanya, cara orang, cari je perkataan inflasi then baru fokus pada isi. selagi tak jumpa word inflasi, yada yada je semua tu. Aku tau teknik tu pun Ahad malam. Barulah otak aku berfungsi sikit. Nampaknya sejak akhir-akhir ni aku memang selalu lost connection.

Dan bermulalah segala operasi nak mencari sebab kenapa kadar inflasi pada tahun tersebut meningkat atau menurun. Kadang-kadang apa yang aku nak tu, takde dalam Dasar Monetari. Sakitnya hati ini~ Terpaksa lagi surf internet. Nasib sekarang dah ada wifi. Takyah aku nak cucuk-cucuk broadband lagi dan quota pun dapat dijimatkan. Walaupun sebenarnya aku tak top up pun.

Mula jam 8 malam lepas siap-siap baru balik dari iftar rumah sepupu, duduk depan laptop. Sebenarnya petang tu pun dah mula tapi baru kat jadual je. Belom masuk ke peringkat sebenar. Petang tu jugaklah sebab aku tekan sangat baca Dasar Monetari, lengan aku sakit. Sekarang pun masih sakit lagi. Mau tak kelam kabut aku nak menyiapkan. Pukul 12 malam baru selesai dengan hal print sekali. Nasib baik kawan-kawan lain sudi share. Aku tak tiru pun. Just ambik gambaran macam mana diorang buat. Maklumat tu aku search sendiri dan guna ayat sendiri walaupun yang last tu aku copy paste. Tak larat aku nak fikir nak tukar ayat apa. Lantaklah.

Maka sekarang telah timbul satu keinsafan untuk siapkan segalanya sebelum Ahad malam. Tapi kalau siapkan awal-awal, tak rasa ah thrill dia hahahahah! Okey tak tak. Aku tak nak buat lagi. Sudahlah sekali ni aje. Sahur pun aku tak sempat nak ambik pagi tadi. Tau tau jam bunyi dah pukul 5.30 pagi. Menyesal separuh nyawa.

Masuk waktu cikgu Ekonomi, rupanya dia bukan je suruh hantar 5.1, draf-draf sebelum ni dari 1.0 yang salah-salah pun dia mintak. Memang mampus aku. Nasib baik tak banyak bunyi bila aku cakap nak hantar esok. Aku tak kisah pun nak betulkan semua tu sebab dah kelam kabut sangat nak siapkan 5.1. Syukur jugak aku baru je selesaikan tadi. Selamat nyawa aku kejap.

Elok aku tidur. Asyik tak sahur je puasa kali ni hahahahah

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak