Posts

Showing posts from August, 2015

Bored...

Kenapa ek tetiba tak nak pulak PBS blah walhal sebelum ni bukan  main menyumpah nak PBS blah dari hidup. Asal hujung minggu, memang penuh jadual. Tau-tau, bila aku dah setel PBS, nak jalan-jalan, makcik pulak nak gi Bandung. Suka lettew. Makin nak pencen, makin banyak pula bercuti dia ni. Tunggulah pencen skali, nak travel setahun terus pun takpe. 
Aku tersangatlah kebosanan malam ni. Aku buat homework bertulis untuk pertama kalinya lepas lebih 2 bulan bergelumang dengan laptop setiap hujung minggu. Dan rasanya sungguh, awkward. Dah termanja selalu sangat menaip, nak menyalin pun dah malas. Tu yang sesat pegi blog ni. 
Malas nak ganggu orang, lagi-lagi bro sorang tengah patah hati. Malas nak kacau dia. Aku ni bukan betul sangat. Tak pasal-pasal sakit hati dia kat aku ni. Sis yang sorang tu kena masuk wad balik. Bro lagi sorang mungkin tengah spend time dengan laptop dia yang baru je siap dibaiki. Bro galah tu tak perlu cari. Memang tak tau apa yang berlaku. Maka aku pun kebosanan. Bi…

Majlis Perwakilan Pelajar

Image
Nampaknya angan-angan untuk memakai jubah konvokesyen semakin menjadi kenyataan. Tadi telah berlangsung upacara terpenting sebelum pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar. Manifesto. Yeah, manifesto. Tapi, selaku senior, aku tak berpuas hati gak la dengan budak-budak ni.
1) Gagal handle benda kecil. Sebelum apa-apa, kita boleh tengok seseorang  tu melalui macam mana dia handle benda kecil. Mereka kena bentang manifesto guna alat pembesar suara. Tapi semua tak boleh handle benda tu. Cikgu dah ajar pun tetap jugak tak boleh. Kalau dah macam tu, nampak sangat susah nak handle satu persatuan yang ada berpuluh pelajar di dalamnya. 
2) Malu Diorang ni tak pernah tengok YB berhujah agaknya. Sebelum apa-apa, kena ada persediaan mental dan fizikal. Mental la yang paling penting dalam aspek pembentangan manifesto pilihan raya. Macam mana nak tackle hati pengundi kalau malu-malu? Suara kecik. Berdiri jauh 2 batu dari penonton. Apa kejadahnya gitu? 
3) Manifesto yang sungguh mainstream.. asyik harap…

Done presentation!

Dua presentation dah lepas. Geografi dan Ekonomi. Tinggal BM je lagi. Dan lepas tu, tamatlah sudah PBS Semester 3 yang buat aku dah tak reti nak tidur awal. Paling awal pun pukul 12 tengah malam. Paling lewat setakat ni, pukul 4 pagi. Baik tak payah tidur kalau gitu hahahahah. 
Setelah berkali-kali PBS Ekonomi dikembalikan kepada aku biarpun pelbagai cara telah aku lakukan untuk pastikan dia tak akan kembali, akhirnya penjilidan telah dilakukan pada Jumaat lepas dan ini menandakan, kerja tersebut diterima dan tidak ada lagi sebarang pembetulan akan dikembalikan. Betapa leganya dan dah boleh mula buat slide. Sebenarnya dah lama dah kalau nak start buat slide tapi aku tak konfiden nak buat slide sedangkan pembetulan untuk kaedah kajian, abstrak, hasil kajian dan rumusan sering dikembalikan. Hasil kajian tu la yang paling sakit nak menyiapkan. Aku tak tahu berapa bakul dah sumpahan aku untuk bahagian yang paling menyusahkan dalam keseluruhan kajian Ekonomi ni. Mana nak menerangkan sebab…

Genap Setahun

22 Ogos 2014. Satu tarikh paling pedih. Menghadapi kehilangan orang yang paling disayangi sepanjang aku hidup dan membesar menjadi seorang aku pada hari ini. Selama hampir 18 tahun, wajah itulah yang aku tatap setiap hari. Tanpa jemu.

22 Ogos 2014. Kala Malaysia sedang bersedih menghadapi kepulangan jenazah terakhir nahas MH17, aku juga mengalami perkara yang sama apabila melihat orang tersayang sedang terdampar kaku di katil hospital. Berusaha untuk kembali ke dunia realiti. Tapi nampaknya, telah terpateri perjanjiannya dengan Tuhan bahawa akan pergi juga pada hari tersebut setelah hajatnya untuk pulang beraya di kampung halaman terlaksana.

Beberapa jam sebelum matanya tertutup, dia sempat meminta untuk dibelikan bubur dan ais. Kemudian, apabila dia meminta untuk kami tidak berjauhan selama dia melabuhkan tirai mata, kami setia di sisi. Melihat lenanya dalam lemah tak berdaya. Kira-kira jam 11 atau 12, dia bersuara meminta untuk diaturkan katil, tiba-tiba dia jadi lemah dan longlai. …

"Itulah kawan sebenar"

Petang tadi, Hasbullah dan Laila datang ke rumah. Mereka berdua adalah rakan aku sejak dulu lagi. Aku kenal Laila lebih lama dari Hasbullah. Sebab aku dengan Laila memang dah kenal sejak 6 tahun lagi. Aku kenal Hasbullah pulak sejak darjah 1. Memang kawan rapatlah budak dua ni. Tapi orang yang paling aku nak highlight kat sini ialah Hasbullah. Lama betul tak jumpa dia. Last jumpa 2008. Masa tu masih darjah 6 lagi. 
Hasbullah ni dulu tinggal tak jauh dari rumah aku. Dia kira-kira kat hujung lorong sebaris dengan rumah aku. Selalu melepak kat rumah. Kira mak bapak aku memang takde hal kalau dia nak melepak sehari-hari pun sebab diorang tau, budak ni baik orangnya. Mak aku paling suka berbual dengan dia sebab Bullah (nama ni aku guna untuk panggil dia) pandai layan orang tua. 
Diorang dua datang rumah tadi tapi aku tengah tidur. Tau-tau bapak ketuk pintu, bangunkan aku then bagitau kawan aku datang. Aku dalam keadaan mamai blur-blur tak paham apa yang berlaku, keluar je gitu. Sekali teng…

Sis Cuak!

Image
Pagi tadi dah selesai satu pembentangan kerja kursus geografi. Sejak malam semalam, aku memang tak tenang sebab audience untuk sesi presentation tu melibatkan dak-dak lower 6 kelas Geografi. Nak bagi pendedahan kat hadek-hadek tersayang macam mana presentation kerja kursus Geografi dijalankan sebab next year diorang pun rasa jugak. Actually, batch sebelum ni pun bentang depan lower 6 iaitu batch aku. Tapi masa tu aku tak hadir seminggu atas urusan family. Sapa faham, dia taulah tu. Jarang berlaku aku tak hadir begitu lama. And aku memang jarang tak hadir waima sehari pun. 
Malam semalam, grup watsep Geo kumpulan kami memang riuh. Mengadu tak dapat masuk yang tu, pasal video nak masuk ke tak, point ada nak tambah lagi ke tak, bising-bising tak nak buat animation (yang ni aku), lepas tu ada clash tajuk. Sepatutnya orang yang sama untuk satu bahagian tu sebab dia saling berkait tapi aku tak sedar masa buat cabutan undi untuk tajuk bagi setiap dari diorang.  Almaklumlah benda tu dibuat la…

Tetap Menghantui

Kita dah elok-elok tutup suis PBS, tinggal nak sediakan powerpoint je lagi. Tau-tau 5.30 pagi tadi datang satu notification kat WeChat, cikgu Ekonomi suruh ambik draf. Aku bukak pukul 6.45. Rasa nak tumbang je. Aku punyalah dah seronok tidur malam semalam. Terbangun awal pun sebab kaki cramp je. Pastu dah tak boleh nak tidur. Terpaksalah aku balas aku akan ambik je draf tu nanti. Kebetulan ada nak keluar untuk sambut birthday kawan sebab tu boleh je ambik. Kalau tak, boleh je aku bagi alasan takde transport nak ambik hahahah.

Aku belek satu-satu, takdelah salah banyak sangat. Aku tak paham kenapa dia still cakap jadual aku salah. Walhal dah ikut apa yang dia nak. Kalau huraian yang salah, aku boleh terima lagi sebab kerja tu aku buat dalam keadaan mengantuk tengah pagi-pagi buta sampai pukul 3 pagi tak tidur-tidur lagi. Memang apa-apa yang aku type masa tu memang jahanam sikit rupa dia. Kopi 3 cawan pun tak jalan masa tu. Tetap jugak mengantuk. Walau macam mana jahanam pun hasil dia, …

Alkesah ada aku kisah -.-

Image
I've been so busy lately miahahahahah isnin sampai jumaat dari pagi sampai tengah hari high kat skolah. Balik rumah, makan mandi then tidur. Malam kalau tak homework, buat kerja kursus. Hujung minggu lagi lejen. Bertapa dalam bilik sampai petang. Lepas mahgrib makan pastu sambung lagi buat kerja kursus.. What a life
Oh lupa. Aku telah melepaskan segalanya yang berkaitan dengan Malaysian University English Test (MUET). Tiap hari ada MUET kecuali Selasa. Asal pagi je MUET. Mana aku tak high tiap pagi.  Pagi-pagi dah dipaksa speak English. Air liur aku belom warm up lagi. Tapi dah rindu pulak nak belajar MUET. Ape ni ape nii hahahahah. 1 Ogos hari tu dah selesaikan ketiga-tiga paper sekali. Reading, Writing, Listening. Biar aku cerita sikit situasi yang berlaku pada hari keramat tersebut. 
First paper, reading. Mak aih. Nak juling aku baca text panjang bergadang tu. 30 minit terakhir, aku sempat lagi tukar beberapa jawapan dan akhirnya aku hampir tak cukup masa untuk menghitamkan ker…