Alkesah ada aku kisah -.-

I've been so busy lately miahahahahah isnin sampai jumaat dari pagi sampai tengah hari high kat skolah. Balik rumah, makan mandi then tidur. Malam kalau tak homework, buat kerja kursus. Hujung minggu lagi lejen. Bertapa dalam bilik sampai petang. Lepas mahgrib makan pastu sambung lagi buat kerja kursus.. What a life
Oh lupa. Aku telah melepaskan segalanya yang berkaitan dengan Malaysian University English Test (MUET). Tiap hari ada MUET kecuali Selasa. Asal pagi je MUET. Mana aku tak high tiap pagi.  Pagi-pagi dah dipaksa speak English. Air liur aku belom warm up lagi. Tapi dah rindu pulak nak belajar MUET. Ape ni ape nii hahahahah. 1 Ogos hari tu dah selesaikan ketiga-tiga paper sekali. Reading, Writing, Listening. Biar aku cerita sikit situasi yang berlaku pada hari keramat tersebut. 

First paper, reading. Mak aih. Nak juling aku baca text panjang bergadang tu. 30 minit terakhir, aku sempat lagi tukar beberapa jawapan dan akhirnya aku hampir tak cukup masa untuk menghitamkan kertas OMR. Kemudian, writing. Aku mengaku masa tengah rehat sejam tu aku sibuk cari makanan sampai tak revise sangat pasal writing. Question 1 tu cikgu ada bagi handout suruh hafal sebab soalan tak banyak beza. Just tukar je data sikit. Malam sebelum MUET tu pun aku buat PBS. Bayangkan jelah hahahahah. Question 2, aku goreng je. Aku peduli apa. Hahahaha aku memang malas sikit bab writing in english ni. Listening, aku takde masalah sangat. Sebab radio tu kira clear walaupun cikgu MUET cakap yang radio tu ada bodoh sikit aa. Cuma aku tak puas hati, yang loceng sekolah berbunyi lebih panjang masa orang tengah fokus listening tu apesal? Nasib ada kali kedua. Selamat sikit. Kalau tak, banyak kosong kot jawapan aku. Lepas selesai MUET, kitorang naik 4 kereta g konvoi beraya rumah cikgu MUET. Hari isnin, semua kena sedas dengan cikgu ekonomi sebab masih sibuk beraya walaupun PBS ada banyak lagi untuk disiapkan. Nilah bahananya add cikgu dalam social media.
Dan bermula dari hari tersebut, maka semakin sibuklah dengan PBS sampai sekarang. Macam-macam yang terjadi. Draf salahla, cadangan sama ngan orang lain la, bukti tak cukuplah. Aku rasa punya banyak pahala cikgu ekonomi sebab hampir semua menyumpah, "apa yang dia nak sebenarnya???" Hahahahahaha nak gila kot buat benda tu sepanjang minggu lepas tu bila dah hantar untuk semak, macam bomoh dah mulut terkumat-kamit mintak diterima tapi tetap salah. Like, what the f***? Hahahahahah

Hari ni pulak last sukan. Sejak hari Khamis hari tu. Aku jadi penjaga masa. Naik bangku 5 tingkat then duduk situ sampai petang, aku rasa punggung aku ni dah kurus sebab dipaksa duduk kat benda keras dan rata. Sakit woo. Tapi lagi kesian kot ngan PBSM. Nampak atlet tergolek kat trek, kelajuan larian diorang boleh mencecah 120 km/j per jam. Bro Jerrold la tu. Aku gelak je tengok diorang punya laju bawak alat kecemasan. Dalam masa yang sama, aku yang menjadi penjaga masa suka sangat menyumpah atlet yang dah dekat dengan garisan penamat tapi makin slow. Dah dekat dengan garisan penamat kot, cepat la sikit lari. Kata nak pecah rekod sekolah. Habis je atlet sampai ke garisan penamat tu, aku sebut, "okey kau dah boleh pengsan sekarang". Baik tak aku.. Cikgu yang duduk sebelah aku dah jadi kawan dah. Sebab sama-sama kaki menyumpah. Dia lagi lejen, "dammit, bullshit, wtf??" Bahahahahaha.

Dan jugak aku baru tau, rupanya selama ni kawan yang dah block aku kat wechat rupanya masih dapat nampak moment aku. Mati-mati aku ingat dia tak akan nampak moment aku. Maka kadang-kala aku ada jugak kutuk dia dalam tu hm nasib baik dia sporting. Ampunkan saye ya wahai abang.. 

Okey nak sambung buat kerja, jadi pakar ekonomi. 
Bai


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak