Bored...

Kenapa ek tetiba tak nak pulak PBS blah walhal sebelum ni bukan  main menyumpah nak PBS blah dari hidup. Asal hujung minggu, memang penuh jadual. Tau-tau, bila aku dah setel PBS, nak jalan-jalan, makcik pulak nak gi Bandung. Suka lettew. Makin nak pencen, makin banyak pula bercuti dia ni. Tunggulah pencen skali, nak travel setahun terus pun takpe. 

Aku tersangatlah kebosanan malam ni. Aku buat homework bertulis untuk pertama kalinya lepas lebih 2 bulan bergelumang dengan laptop setiap hujung minggu. Dan rasanya sungguh, awkward. Dah termanja selalu sangat menaip, nak menyalin pun dah malas. Tu yang sesat pegi blog ni. 

Malas nak ganggu orang, lagi-lagi bro sorang tengah patah hati. Malas nak kacau dia. Aku ni bukan betul sangat. Tak pasal-pasal sakit hati dia kat aku ni. Sis yang sorang tu kena masuk wad balik. Bro lagi sorang mungkin tengah spend time dengan laptop dia yang baru je siap dibaiki. Bro galah tu tak perlu cari. Memang tak tau apa yang berlaku. Maka aku pun kebosanan. Biasa malam-malam macam ni, ada je sewel diorang. 

Bila dah waktu-waktu macam ni, mulalah rasa nak mak. Nak duduk sebelah dia. Main game. Aku dah download game kegemaran dia suatu ketika dahulu. Terubatla jugak rindu. Kalau dulu, kami compete nak dapat high score. Of course la dia menang sebab tab memang dia selalu pegang. Mesti dah ada banyak latihan. 

Bosan ah. Bai.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak