Done presentation!

Dua presentation dah lepas. Geografi dan Ekonomi. Tinggal BM je lagi. Dan lepas tu, tamatlah sudah PBS Semester 3 yang buat aku dah tak reti nak tidur awal. Paling awal pun pukul 12 tengah malam. Paling lewat setakat ni, pukul 4 pagi. Baik tak payah tidur kalau gitu hahahahah. 

Setelah berkali-kali PBS Ekonomi dikembalikan kepada aku biarpun pelbagai cara telah aku lakukan untuk pastikan dia tak akan kembali, akhirnya penjilidan telah dilakukan pada Jumaat lepas dan ini menandakan, kerja tersebut diterima dan tidak ada lagi sebarang pembetulan akan dikembalikan. Betapa leganya dan dah boleh mula buat slide. Sebenarnya dah lama dah kalau nak start buat slide tapi aku tak konfiden nak buat slide sedangkan pembetulan untuk kaedah kajian, abstrak, hasil kajian dan rumusan sering dikembalikan. Hasil kajian tu la yang paling sakit nak menyiapkan. Aku tak tahu berapa bakul dah sumpahan aku untuk bahagian yang paling menyusahkan dalam keseluruhan kajian Ekonomi ni. Mana nak menerangkan sebab inflasi, mana nak mencari bukti. Tak nak 1, dia mintak 2. Sampaikan kadang-kadang aku memberontak taknak buat. Mengamuk punya pasal. 

Aku mengaku, slide aku tersangatlah simple lepas aku tau cikgu tak akan guna sebarang projektor. Guna je theme yang ada dalam Microsoft Powerpoint tu. Buat apa susah-susah fikir background apa nak pakai. Tempoh membentang cuma 10 minit. Memang tak masuk akal. Inflasi kot. Panjang giler tajuk ni. Tempoh yang paling lama untuk bentang inflasi ni adalah 25 minit. Itupun kawan aku dah bagi all out membentang semua dengan fakta-fakta beliau yang ampuh lagi kukuh. Sampaikan aku bercakap dengan Bro Wee, "macam mana nak singkatkan tempoh bentang ni? Inflasi ni tajuk panjang kot..." Makin sakit Wee disebabkan pertanyaan aku hahahahah. 

Sebenarnya aku tak nak bentang hari ni. Orang pertama yang bentang tadi adalah Wee. Mula-mula si Wee ni cakap tak nak hadir hari ni sebab semalam dah kritikal. Lembik semacam. Asyik nak muntah. Tau-tau lepas pegi klinik semalam, datang pulak dia. Nak sangat habiskan bentang secepat mungkin. Lagipun kan pembentangan ni ikut urutan nama so nak tak nak Wee kena jugak paksa diri dia datang hari ni. Nasib dah sihat. Lepas Wee, Lvyna. Then, Michael. Bro Wan. Bro Haikal. Dan... Aku. Masa Haikal tengah bentang, aku cuak semacam. Terus keluar dari kelas. Nak cuci muka. Memandangkan si Galah ni buat Tema 1, ada kemungkinan tempoh pembentangan dia sekejap je. Maka, aku dengan pecutnya menuruni anak tangga yang banyak terus ke tandas. Gila tak penat. Jauh kot. Nak naik lagi, nasib aku tak pengsan. Bila dah balik kelas, rupanya si Galah ni baru nak masuk 5.2. Akulah bersusah payah pecut...

Tau tak apa yang buat aku rasa nak sangat habiskan bentang hari ni? Wee cakap, "baik kita bro ni habiskan bentang jugak hari ni.." The Bros ni termasuklah aku, Wee, Marwan, Haikal dan ahli baru, Bridget. Tapi memandangkan si Bridget sekarang tengah cuti sakit lepas operation buang apendiks hari tu, so dia kena bentang minggu depan. Sorang-sorang. Heh. Turn aku. Aku melangkah penuh karisma ke depan bersama laptop berwarna metallic red dan kertas nota untuk rujukan. Ceh, mana ada karisma. Cuak je lebih. Memandangkan sebelum ni masa bentang untuk Pengajian Am cuma aku dan guru penilai, maka classmates aku tak tau macam mana tone suara yang aku gunakan masa tu. Memandangkan ini adalah untuk penilaian, maka terkeluarlah suara emas aku yang jarang-jarang orang dapat dengar. Bangga jap. 

Tapi sieslah, memang jarang guna tona suara yang macam ni. Yang berbunyi sungguh profesional. Di mana aku telah mempraktikkan apa yang Wee katakan masa Emilia bentang. Masa tu, Emilia guna tone suara yang sangat flat dan buat orang mengantuk. Maka kali ni, aku tak nak buat orang mengantuk dengar aku berkata-kata di depan. Dan aku berjaya mencuri perhatian cikgu Tan untuk mengikuti setiap apa yang aku bentangkan mengenai kajian aku ni. Lagipun, bukankah pembentangan ni adalah masa untuk membuktikan bagaimana kita handle sesebuah mesyuarat? Sama ada berjaya atau tidak. Terpulanglah, mahu jadi apa, mau jadi hantu atau jadi buaya. *tetiba*

Lepas dah 2 beban. Tinggal satu je lagi.BM. Kajian pasal semantik mengenai makna denotatif dan konotatif dalam simpulan bahasa. Masih bergaduh nak cari bibliografi. Dia nak 5, kami baru je ada 3. Kusut ah camni.. Nasib baik The Bros dan selesai semua pembentangan. Kecuali Bridget. Sebenarnya The Bros ni tercipta dari gabungan aku, Jerrold Wee, Marwan dan Arif Haikal. Dulu memang khas untuk bincang PBS BM nilah. Tapi, disebabkan Wee dan Wan ni suka sangat menyimpang dari tujuan sebenar grup tersebut ditubuhkan, maka terpaksalah nama ditukar. Haikal pulak tak on Whatsapp sebab henpon dia nun jauh sedang dibaiki di Ipoh. Maka, buat sementara waktu, Haikal diremove dari grup tersebut untuk mengelakkan henpon beliau jahanam sekali lagi akibat daripada terlalu banyak notification. Bridget pulak baru join untuk mengelakkan aku dibuli sorang-sorang dalam grup tersebut. Ngehngehngeh...

Dalam masa yang sama, aku sedang mengikuti perkembangan adik mak aku yang bongsu. Kami sepupu sepapat semua panggil dia Bongsu Comel. Bongsu Comel ni sindrom down. Penghidap kencing manis. Sekarang dia dijaga oleh nenek aku di Lawas. Dia sekarang dah disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Asal ada penyakit kencing manis, habis semua datang adik beradik dia. Canggih betul. Aku taktau nak cakap apa dah. Sekarang, yang tinggal sihat walafiat ialah kakak kedua mak aku. Yang sulung dah meninggal. Lama dah. Barah payu dara. Mak aku, tahun lepas. Yang bongsu pun tak dapat nak harap apa. Dia sendiri pun sindrom down dan sekarang ni dah kena cuci buah pinggang. 




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak