Genap Setahun

22 Ogos 2014. Satu tarikh paling pedih. Menghadapi kehilangan orang yang paling disayangi sepanjang aku hidup dan membesar menjadi seorang aku pada hari ini. Selama hampir 18 tahun, wajah itulah yang aku tatap setiap hari. Tanpa jemu.

22 Ogos 2014. Kala Malaysia sedang bersedih menghadapi kepulangan jenazah terakhir nahas MH17, aku juga mengalami perkara yang sama apabila melihat orang tersayang sedang terdampar kaku di katil hospital. Berusaha untuk kembali ke dunia realiti. Tapi nampaknya, telah terpateri perjanjiannya dengan Tuhan bahawa akan pergi juga pada hari tersebut setelah hajatnya untuk pulang beraya di kampung halaman terlaksana.

Beberapa jam sebelum matanya tertutup, dia sempat meminta untuk dibelikan bubur dan ais. Kemudian, apabila dia meminta untuk kami tidak berjauhan selama dia melabuhkan tirai mata, kami setia di sisi. Melihat lenanya dalam lemah tak berdaya. Kira-kira jam 11 atau 12, dia bersuara meminta untuk diaturkan katil, tiba-tiba dia jadi lemah dan longlai. Hairan, aku sentuh nadinya. Sedikit pun tidak berdenyut. Saat itu, aku panik. Segera dipanggil segala pakar. Diusahakan untuk menyelamatkan nyawanya.

Aku terduduk di sudut tepi. Tidak mampu berdiri. Cuma mampu berharap. Dia bakal kembali semula kepada aku. Setelah beberapa lama, aku mula terfikir, apakah ini perjalanan terakhirnya sebagai khalifah di bumi ini? Akan pergikah dia meninggalkan aku? Lalu, aku hanya mampu berkata pada Tuhan, "andai ini takdir yang kau ciptakan buat kami, aku relakan kau ambil dia dariku."

Tepat 3.20 petang, dia pulang kepada penciptanya. Setelah 43 tahun berbakti kepada orang-orang disekelilingnya. Pada orang tuanya, adik beradiknya, sahabatnya, orang-orang yang mengenalinya, pada suaminya dan aku, anaknya satu-satunya. Pada saat itu, telah ku relakan dia pergi. Sesungguhnya, dia telah berjaya membesarkan aku. Dia tidak gagal. Hanya aku ini seorang yang degil.

Seandainya pada hari ini dia tertakdirkan untuk hadir seketika dihadapan aku, akan ku katakan padanya bahawa aku sungguh sayang pada dia. Akan ku peluknya erat. Kerana pada saat hidupnya, aku terlalu malu untuk melakukan perkara sedemikian. Akan aku ceritakan segalanya sepanjang tempoh ketiadaannya. Aku mahu dia bangga. Tapi aku tahu, mana mungkin perkara itu bakal berlaku. Sedangkan masa pun tidak dapat diputarkan kembali, apalagi berimpian mahu melihat dia berada di depan pintu sedang tersenyum menunggu aku.

Semoga tenang di samping Penciptamu, mak.
Al - Fatihah buat Katinah bt Adol.
Seorang ibu, wira di hati, dan sahabat terbaik sepanjang hidup.

Hurt by Christina Aguilera

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you

Some days I feel broke inside but I wont admit
Sometimes I just wanna hide cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you...

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian