"Itulah kawan sebenar"

Petang tadi, Hasbullah dan Laila datang ke rumah. Mereka berdua adalah rakan aku sejak dulu lagi. Aku kenal Laila lebih lama dari Hasbullah. Sebab aku dengan Laila memang dah kenal sejak 6 tahun lagi. Aku kenal Hasbullah pulak sejak darjah 1. Memang kawan rapatlah budak dua ni. Tapi orang yang paling aku nak highlight kat sini ialah Hasbullah. Lama betul tak jumpa dia. Last jumpa 2008. Masa tu masih darjah 6 lagi. 

Hasbullah ni dulu tinggal tak jauh dari rumah aku. Dia kira-kira kat hujung lorong sebaris dengan rumah aku. Selalu melepak kat rumah. Kira mak bapak aku memang takde hal kalau dia nak melepak sehari-hari pun sebab diorang tau, budak ni baik orangnya. Mak aku paling suka berbual dengan dia sebab Bullah (nama ni aku guna untuk panggil dia) pandai layan orang tua. 

Diorang dua datang rumah tadi tapi aku tengah tidur. Tau-tau bapak ketuk pintu, bangunkan aku then bagitau kawan aku datang. Aku dalam keadaan mamai blur-blur tak paham apa yang berlaku, keluar je gitu. Sekali tengok betul-betul, budak dua ni rupanya! Memang muka tak terurus ah. Tapi aku hadap je diorang. Bukan tak kenal aku macam mana. Serba-serbi tak peduli hal diri hahahah. Bapak aku pulak masa tengah aku berbual dengan diorang tu, menyampuk itu ini. Tengah-tengah bual, dia tanya aku, "siapa ni sebenarnya?" Aku rasa nak buat facepalm. "Hasbullah, pak.." Terkejut beruk bapak aku. Rupanya dia dah lupa Hasbullah macam mana. Aku rasa takdelah ubah sangat muka Bullah ni. Tapi orang tua, biasalah. 

Kitaorang berbual pasal persedian budak dua tu nak masuk U. Bullah akan pergi KL hujung minggu ni. Dia dapat UM. Laila pun sama, cuma Laila kat Unimas. Cemburu gak a. Orang dah nak masuk U tapi aku masih berkerumun dengan PBS. Takpe, akan datang rezeki tu pada aku nanti, InsyaAllah. Bullah datang Bintulu pun pasal nak urus hal-hal nak masuk U. Dia apply Baitulmal, katanya. Laila tu jadi peneman je. 

Masa dinner tadi, aku dengan bapak berbual-bual pasal Hasbullah. Kata bapak, dia masih ingat dulu, Hasbullah duduk kat tangga sambil berbual-bual dengan mak. Masa tu, Bullah bagitau mak aku yang dia akan berpindah ke Niah. Untuk sambung Form 1 kat Miri. Itulah kali terakhir kami sekeluarga jumpa Bullah. Sekarang, lepas 6 tahun, Bullah kembali semula ke rumah ni. Terkenangkan kawan lama, katanya. 

Bapak aku kata
Ini adalah orang yang betul-betul sesuai jadi kawan. Dia dah kecapi begitu banyak kejayaan dalam hidup, tapi dalam masa yang sama, dia tak lupa siapa kawan-kawan yang sama-sama membesar dengan dia dulu. Sesetengah orang, dah tinggi sikit, mulalah lupa kawan yang sama-sama terjun longkang dulu. Bullah boleh je berubah dan lupakan semua yang pernah jadi kawan dia. Tapi, Bullah tetap pilih untuk ingat siapa kau. Budak cengeng yang dulu selalu susahkan dia nak jaga kau kalau kamu berdua pergi rumah Cikgu Bm sebab ada kelas tambahan setiap hujung minggu. Itu adalah peribadi seorang lelaki sejati. Dia bertanggungjawab pada keluarga, dan sentiasa ingat kawan-kawan sewaktu susah dan senang. Kau dah jumpa siapa kawan yang sebenar.
Bapak aku bercakap benar. Walaupun ada orang kata Bullah ni jahat dan sombong, tapi bagi aku dia tak macam tu. Sebab aku lagi lama kenal dia dari orang yang tuduh dia macam tu. Pada malam sebelum mak aku dikebumikan, Bullah kol all the way from KMSW. Dia diminta untuk berbuat demikian sebenarnya. Tap aku terharu sebab dia temankan aku. Aku menangis di hujung talian dan lelaki ini sabar memujuk. Macam-macam kata semangat dia bagi. Sebab dia kenal bagaimana mak aku. Maka dengan itu, dia berjaya mengingatkan aku supaya jangan rapuh walaupun mak aku dah takde. Mak aku pernah bagitau dia dulu, betapa dia harap aku boleh jadikan Bullah sebagai contoh. Tapi, masa tu Bullah tak cakap apa-apa. Dia sendiri pun budak masa tu, so mana nak paham sangat.

Moga aku juga dapat jadi macam Bullah. Berjaya manapun, tetap toleh belakang. Tengok balik siapa yang pernah aku kenal dulu dan pernah bersama dengan aku sepanjang tempoh menjadi seorang aku yang sekarang dan akan berjaya tak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian