Majlis Perwakilan Pelajar

Nampaknya angan-angan untuk memakai jubah konvokesyen semakin menjadi kenyataan. Tadi telah berlangsung upacara terpenting sebelum pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar. Manifesto. Yeah, manifesto. Tapi, selaku senior, aku tak berpuas hati gak la dengan budak-budak ni.

1) Gagal handle benda kecil.
Sebelum apa-apa, kita boleh tengok seseorang  tu melalui macam mana dia handle benda kecil. Mereka kena bentang manifesto guna alat pembesar suara. Tapi semua tak boleh handle benda tu. Cikgu dah ajar pun tetap jugak tak boleh. Kalau dah macam tu, nampak sangat susah nak handle satu persatuan yang ada berpuluh pelajar di dalamnya. 

2) Malu
Diorang ni tak pernah tengok YB berhujah agaknya. Sebelum apa-apa, kena ada persediaan mental dan fizikal. Mental la yang paling penting dalam aspek pembentangan manifesto pilihan raya. Macam mana nak tackle hati pengundi kalau malu-malu? Suara kecik. Berdiri jauh 2 batu dari penonton. Apa kejadahnya gitu? 

3) Manifesto yang sungguh mainstream.. asyik harap sebelah pihak je
Ni part yang sungguh-sungguh aku rasa nak baling kasut kat diorang. Seramai 20 orang calon, semua tak mampu bagi sesuatu yang berlainan. Pihak sekolah kena blablabla. Pihak sekolah perlu blablabla. Kenapa asyik nak harap pihak sekolah? Kau orang ni memang tak tahu ke kita form 6 ni dipinggirkan? Perhimpunan ambang kemerdekaan tadi pun kita tak dijemput. Kita je yang buat effort sendiri muncul sekali. Kenapa tak nak wujudkan satu usaha sendiri untuk sediakan semua tu. Kos sekarang bukannya murah dan pihak sekolah ada lagi banyak hal nak uruskan selain daripada nak menangkan Tingkatan 6 sahaja. Plus, sediakan WiFi di blok tingkatan 6. Aku suka cadangan tu tapi kenapa almost semua nak bagi cadangan yang sama? Geram sungguh la akak ni....

Itu adalah 3 hal yang dapat aku tengok dari diorang. Dalam 20 orang calon Majlis Tertinggi MPP, cuma beberapa orang saja yang aku tengok berperwatakan macam Vannesa, pengerusi MPP yang ada sekarang. Yang lain, aku rasa nak jerit, "weh, blah a! Kau malu-malu, ni bukan medan untuk kau!" Nasib la aku ni masih berperikemanusiaan. Orang-orang berperwatakan macam si Vannesa tu, manifesto diorang memang mainstream. Tapi, mereka bersemangat. Menarik perhatian penonton. Itu aspek yang paling elok. Sampai aku bagitau Vannesa, "ni anak buah kau sebab perangai lebih kurang macam kau."

Ada satu manifesto yang menarik perhatian aku. Satu-satunya yang aku rasa paling relevan. Iaitu, dia nak buka satu kelas ICT kepada sesiapa yang berminat. Means, dia akan ajar segala mengenai komputer. Aku suka cadangan dia. Sebabnya, orang-orang yang tak pandai sangat guna komputer atau sipi-sipi je pengetahuan, (macam aku), boleh tau cara mudah untuk handle komputer. Aku salute cadangan dia. Plus, laptop sangat perlu dalam Form 6. So, sekiranya ada apa-apa yang memerlukan penggunaan komputer, memang senang la. 

Ada yang bentang manifesto, adakan satu hari tanpa belajar. Di mana akan dibenarkan berparti. Stupid. Kau akan kena dengan cikgu-cikgu nanti. Memang kepala enjoy. Baru semester 1 kot. Aku semester 1 masih main-main lagi. Mana ada stress macam korang. Sebab semester 1 mana ada kerja kursus. Jujur dikatakan, lower 6 batch yang ni, tak reti social. Masuk kelas, bukak buku. Takde nak duduk berkumpul dengan kawan-kawan sekelas. Lepas tu cakap, bond antara masing-masing tak rapat. Tengokla macam mana life akak-akak abang-abang ni hah. Disebabkan kitorang tak serius manjang, kitorang mampu mengecapi kata sepakat dalam tempoh yang singkat. Sejak dari lower 6 lagi. Korang yang tak reti nak adapt dengan masing-masing. 

Serious aku cakap. Semester 1 tu aku masih mampu bernafas dengan tenang. Cuma belajar fakta dan fakta dan fakta. Pengunaan internet masa tu kira banyak la sebab tu budak-budak ni bentang pasal nak adakan Wifi. Masuk semester 2, dengan cuti yang banyak, kerja kursus ada 2 dah masa tu, homework lagi menggunung. Sampai susut berat badan masa tu. Masuk Sem 3, nah datang sekali 3 kerja kursus. Kali ni, berat yang naik tapi mata dah tak reti nak tidur awal. Semester 3 ni kira aman sikit dari homework sebab benda yang nak dibelajar dah tak banyak. Kerja kursus dah ambik kebanyakan dari semua tu. Semester 3 ni jugak adalah masa untuk asah bakat men"takcle" perhatian pendengar semasa presentation.

Hari pengundian akan dijalankan pada Selasa depan (1 September). Segala prosedur pengundian adalah mengikut pilihan raya yang sebenar. Ada kertas undi, ada dakwat biru, perlu IC. Selama ni tengok kat tv dan belajar dalam fakta Pengajian Am semester 1 je. Walaupun ni cuma peringkat sekolah je. Calon ada 20 orang. Dan kotak yang perlu ditanda dalam kertas undi adalah 19 orang. Jap, biar aku highlight kan. 19 ORANG! Yang layak untuk diundi cuma 2 orang je. Mana aku nak cekau lagi 17 orang tu haih. Stres giler. 

Maka, terpaksalah aku guna kemahiran aku menilik muka mana yang boleh buat kerja dan bagi kerjasama. Sebab diorang kena handle event besar ni. Sedangkan sukan sekolah pun diorang tak muncul. Macam manalah pulak nak handle Hari Konvokesyen ni nanti. Aku pulak yang risau. Haih.

Aku ada mention pasal sambutan ambang kemerdekaan kan tadi? Walaupun pada awalnya form 6 tak dijemput, tapi atas kuasa Vannesa selaku pengerusi MPP, maka form 6 pun join gak perhimpunan. Puan Pengetua mana boleh resist permintaan tu sebab si Vannesa dah sudi jadi MC perhimpunan kali ni. Best giler kot kalau Vannesa yang handle. Kelakar semua ada. Puisi bahasa Cina yang tak bertajuk pun dia pandai-pandai bagi tajuk. Masa perhimpunan tadi, aku dah bagi all out suara aku tolong melalak lagu patriotik. Dan aku baru tau, lagu Sehati Sejiwa tu best rupa-rupanya. Dah lama lagu patriotik hari kemerdekaan tak se"best" yang ni. Dahlah Alif Satar yang bawak. Penyanyi fevret aku tu hahahah.


P/s : Selamat memasuki ke alam Universti buat mangsa buli aku sejak Form 1 lagi iaitu cik Hairainie. Aku nak buli secara fizikal pun dah tak boleh dah. So, tinggal buli secara mental je lah lepas ni. Wui, boh lupak aku walaupun kau jauh di semenanjung. Muehehehehehehe. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah. Muah!



Okbai

Comments

  1. wow..susah juga nak jd ahli MPP ni..I do have interest but its hard to handle it..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minah sekut

Rabak