Sis Cuak!

Pagi tadi dah selesai satu pembentangan kerja kursus geografi. Sejak malam semalam, aku memang tak tenang sebab audience untuk sesi presentation tu melibatkan dak-dak lower 6 kelas Geografi. Nak bagi pendedahan kat hadek-hadek tersayang macam mana presentation kerja kursus Geografi dijalankan sebab next year diorang pun rasa jugak. Actually, batch sebelum ni pun bentang depan lower 6 iaitu batch aku. Tapi masa tu aku tak hadir seminggu atas urusan family. Sapa faham, dia taulah tu. Jarang berlaku aku tak hadir begitu lama. And aku memang jarang tak hadir waima sehari pun. 

Malam semalam, grup watsep Geo kumpulan kami memang riuh. Mengadu tak dapat masuk yang tu, pasal video nak masuk ke tak, point ada nak tambah lagi ke tak, bising-bising tak nak buat animation (yang ni aku), lepas tu ada clash tajuk. Sepatutnya orang yang sama untuk satu bahagian tu sebab dia saling berkait tapi aku tak sedar masa buat cabutan undi untuk tajuk bagi setiap dari diorang.  Almaklumlah benda tu dibuat last minute masa hari Jumaat hari tu yang dalam keadaan sesak dan sibuk bagi kes nak menghantar hardcopy kerja kursus.  Aku pulak masa tu penat berlari sana-sini dalam keadaan memakai kasut yang begitu ladies hingga menyebabkan aku sakit betis sampai sekarang. Tapi alhamdulillah, dipermudahkan apabila semua dapat jalan penyelesaian. Lagi epic bila masing-masing janji nak datang awal. Aku mengaku sejak akhir-akhir ni aku memang turun lewat sikit ekoran ada masalah nak menolak selimut. Muahahahahah.

Dalam aku sibuk-sibuk membebel tak nak buat animation dan segala bentuk kreativiti yang memang diketahui aku ni taklah kreatif sangat (tak kreatif langsung sebenarnya). Bersusah payah nak cari background untuk slide aku. Paling lejen bila aku cuba cari gambar beach kat We Heart It pastu yang keluar gambar berbikini semedang. Rasa nak buat jahat pun ada, menarik perhatian penonton. Tapi tak pasal-pasal nanti markah adab dan tatasusila grup aku dipotong sebab menayangkan gambar tak senonoh. Lepas tu, bersungguh-sungguh aku atur slide untuk make sure slide aku terang dan jelas. Aku cuba guna warna-warna yang ceria dan terang. Background aku bagi lebih kabur untuk make sure tulisan jelas. Boleh je aku letak shape tapi malas aku memang takleh nak ubat langsung. PBS Ekonomi pun aku malas nak buat. 

11.30 malam baru selesai semua. Satu grup janji nak datang awal. Tapi pagi tadi, si Wee yang janji, dia yang lewat. Aku sanggup turun 5.58 pagi semata-mata nak pastikan awal. Sebab Wee cakap dia nak setup semua, and gabung dalam satu slide. Last-last, aku jugak yang buat untuk gabung semua slide. Itu pun aku baru tau dari Bridget pagi tu jugak! Tapi plan nak gabung semua slide jadi satu tu dah sangkut. Sebab Wee punya Powerpoint version lain dari yang lain. Lepas tu, ada problem pulak dengan slide Tracy di mana tulisan kurang jelas so terpaksa Wee atur sikit dan ambik masa la jugak. Sebelum tu, memang aku yang handle tapi laptop aku cuba mendajal aku then aku pukul laptop ni muahahah. So, Wee yang begitu penyayang dan caring terhadap laptop mengambil alih. Dalam masa yang sama, aku dah tak tentu hal. Cuak. Habis bergetar tangan aku. Berharap cikgu masih dalam bilik guru. Begitu jugak dengan Tracy, yang ni lagi lejen. Dia kata, "saya berharap cikgu Lily sakit kaki masa nak naik tangga. Ataupun dia terserempak dengan cikgu Tan dan mereka berbual." Sampai ke tahap aku pergi kawasan tangga untuk make sure cikgu belum ada. Ketika tu jugak, Wee masih sibuk atur slide. Sebab tu aku nervous. Slide masih lintang pukang. 

Tak lama lepas tu, cikgu masuk. Damn! Masih lintang pukang ni!!! Terpaksa plan B sebab plan A sangkut. Plan A tu yang nak gabung semua jadi satu tadi tu lah. Terpaksa guna tradisional, bukak file satu persatu. Nasib baik aku bawak kertas giliran hari tu so boleh Wee tolong atur tajuk file. Dan lepas tu budak lower dah sampai. Kenapa la korang sampai dalam keadaan serba-serbi belum sedia??? Harrrghhhhhhhh! Nasib baik lepas tu setel semua. Berkat ketenangan ahli kumpulan aku dan kebijaksanaan Wee mengawal keadaan. Kalau harap aku, memang tak ah. Memang perasaan dia lain kali ni. Bukan aku tak pernah buat presentation kot sebelum ni. Pengajian Am hari tu dah buat kot. 1 on 1 lagi. Depan cikgu yang paling aku takut hahahah. Mungkin masa tu aku pegi cuci muka dulu then aku gain confidence dari situ, Kali ni tak. Sibuk cuak. Lupa nak cuci muka. 

Selesai semua kerja Wee, semua gi depan lepas tu masa aku cuba sambung wayar LCD ke laptop aku, tetiba tak dapat masuk. Sempat kecoh kat depan tu. Depan budak-budak lower 6 lagi. Aku kecoh kejap sebab tak dapat masuk! Wee kutuk aku, "kamu ni!" Oh dapat rupanya. Lega... Mulalah present. Wee dulu. Then Ben. Aku. Ivana. Tracy. Dan begitulah seterusnya. Sampai habis. Yang kali pertama tu, aku mengaku memang aku betul-betul nervous. Nak bercakap pun rasa tak tentu hala. Tapi I've tried my best masa tu dan dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Dalam 5 orang tu, aku mengaku slide aku yang langsung takda explaination panjang-panjang untuk biasakan diri tidak terlalu membaca and banyakkan memandang audience. Kira berjayalah ni muehehehehe. Aku bentang untuk bahagian kaedah rujukan (sekunder), peta kedudukan gerai, jadual jenis dan bilangan gerai serta graf. Tiga-tiga tu sederet. Lepas tu aku jugak adalah pembentang terakhir di mana aku bentang pasal rujukan dan lampiran.  

Dalam masa yang sama, untuk mengelakkan audience bosan, kami ada plan C. Gula-gula. Berjaya! Tapi seriously masa soal jawab dengan lower 6, diorang sangat krik-krik. Masa aku sendiri yang bentang, aku ada gak tanya, "jelaskah dengan explaination saya?" Yang jawab 2 orang je... Hadei. Reactionless betul diorang ni. Takyah malu-malu ah dengan kami ni sebab akak abang Upper 6 ni semua memang muka tak malu. Mana-mana pergi, belasah je bising. Dan jugak, kami ada memberi gambaran dalam bentuk video mengenai suasana di kawasan kajian. Nasib kumbang yang sorang ni panjang akal nak bawak videocam dia masa lawatan ke kawasan kajian haritu. Aku letak dalam bahagian lampiran. Sekali lagi, video tu semua takleh masuk lam slide. Tradisional sekali lagi. Aku ni memang serba-serbi tradisional hahahah. Aku jugak sempat buat lawak bodoh kat depan. Wee ada rakam sekitar gerai. Tapi yang kelakarnya, dia terakam sekali punggung makcik kat depan dia. Wee ni taklah pervert sangat. Tak sengaja sebenarnya. Aku cuma mencuba untuk menarik perhatian penonton je. Yang paling banyak reaction Upper 6 jelah sebenarnya. Lower 6 kekal dengan imej muka ketat. Aku memang takleh tahan betul ngan budak-budak ni. 

Kalau nak tahu, semua 5 orang tu pakai biru sebab nak ngamkan dengan Wee yang setiap Isnin akan pakai biru. Alang-alang aku dah post ni kan, biarla aku letak sekali komen cikgu. Aku citer part aku jelah pasal orang lain aku tak dengar sangat. Cikgu kata aku yakin bercakap. Haih aku memang tak tahulah macam mana cikgu tengok aku walhal aku kat depan tu pada awalnya rasa nak tumbang. Dan masa nak ambik hadiah untuk sesi soal jawab, aku terkeluarkan imej jantan aku. Tak sedar yang diri sendiri sedang pakai kasut yang tersungguhlah ladiesnya. Tak takut terpelecok betul aku ni ahahahahah. Overall, cikgu kata kami berjaya present dengan bagus dan slide pun jelas dan terang. Means memang berjaya la ni alhamdulillah. Biarpun aku yang paling kecoh antara diorang 4 tu. Muahahahaha. 

And ada satu lagi aku nak citer. Nak tau berapa orang student lelaki lower 6 kelas Geografi? Sorang. Dia tu lah yang ketua kelas. Yang lain semua blah. Masa cikgu komen pasal ahli lain, aku sempat berbual dengan dia. Aku tanya, "kamu sorang ka laki dalam kelas ni?" Dia jawab, "ya". Aku tanya lagi, "kekok?" Dia jawab dengan muka malu-malu, "ya, kak". Kesian betul. Harap dia boleh bertahan dengan sentengnya kepala perempuan dan boleh bekerjasama dengan perempuan. Paling diharapkan, dia kekal lelaki sampai ke penghujungnya. 

Sekarang, segala saka yang berkaitan dengan kerja kursus geografi tak akan mengganggu hujung minggu aku. Tinggal saka ekonomi lagi yang tak reti-reti nak blah dari hidup aku. Ntah bila nak betul aku pun tak tahu. Sudahlah nak kena buat yang baru lagi bahagian yang aku paling tak suka nak buat... soal kerja kursus BM, memang tak sibuk sangat since kerja kumpulan dan cuma perlu hantar satu je hardcopy. Kira selamat la sikit. 

Maka berakhirlah post panjang kali ini. Maaf jika anda bosan. Saya memang suka bercerita. Hahahahah bai!


dari kanan : Tracy, Cikgu Lily, Benazir, Ivana, Aku
Depan : Jerrold Wee
Yang tak berkaitan dalam gambar : Gerson si photobomber. (kat belakang tu)

Dedikasi untuk ahli kumpulan aku, terima kasih buat kamu bereempat sebab tahan  dan sabar dengan saya yang ganas dan boleh dikatakan hati kering walaupun saya bukanlah ketua kumpulan ni. Kita dapat selesaikan semua ni, semua sebab kita saling bekerjasama dan boleh menerima arahan dengan baik. Moga lepas ni kekal jadi kawan sebab saya suka bekerja dengan kamu berempat. Thanks! 
 


Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak