Tetap Menghantui

Kita dah elok-elok tutup suis PBS, tinggal nak sediakan powerpoint je lagi. Tau-tau 5.30 pagi tadi datang satu notification kat WeChat, cikgu Ekonomi suruh ambik draf. Aku bukak pukul 6.45. Rasa nak tumbang je. Aku punyalah dah seronok tidur malam semalam. Terbangun awal pun sebab kaki cramp je. Pastu dah tak boleh nak tidur. Terpaksalah aku balas aku akan ambik je draf tu nanti. Kebetulan ada nak keluar untuk sambut birthday kawan sebab tu boleh je ambik. Kalau tak, boleh je aku bagi alasan takde transport nak ambik hahahah.

Aku belek satu-satu, takdelah salah banyak sangat. Aku tak paham kenapa dia still cakap jadual aku salah. Walhal dah ikut apa yang dia nak. Kalau huraian yang salah, aku boleh terima lagi sebab kerja tu aku buat dalam keadaan mengantuk tengah pagi-pagi buta sampai pukul 3 pagi tak tidur-tidur lagi. Memang apa-apa yang aku type masa tu memang jahanam sikit rupa dia. Kopi 3 cawan pun tak jalan masa tu. Tetap jugak mengantuk. Walau macam mana jahanam pun hasil dia, aku berjaya pecut pergi bilik guru nak hantar kat dia. Sebab aku almost terlewat. Mana taknya, si Wee yang selalu lewat tu pun ada sama dengan aku masa nak masuk pagar sekolah. Pasal tu la aku cakap aku dah lewat. Wee selalu datang ngam-ngam selangkah kaki dia masuk pagar loceng terus berbunyi.

Cadangan yang aku bersusah payah cari satu persatu siap masuk akta dan jumlah denda pun dia potong. Sungguh sakitnya tuh di sini. Dulu orang bagi pendek, dia suruh panjangkan. Kita dah panjangkan, dia cancel sampai 7 baris. Ni memang rasa nak cabut brake kereta dia je. Habis ink aku. Otak aku rasa dah macam nak berhenti berfungsi disebabkan dia. Tak seronok tau tak baca Dasar Monetari tu. Pastu nak ngamkan ayat dia masuk dalam kajian. Pergh.

Aku rasa dia memang dah tahap tak larat kot nak menyemak tapi tetap nak paksa diri. Sebab tu semua benda berubah-ubah. Ni semua salah MPM. Kot iya pun nak senangkan sikit Sem 3, consider la pihak yang menghasilkan dan menyemak. Nak gila mengorek satu persatu.

Tapi rasanya, yang jahat-jahat tu kerja aku. Asal melibatkan ekonomi, memang aku takleh nak menerima hakikat waima kuman sekalipun. Yang lain, boleh je aku siapkan muahahahah. Kecuali Pengajian Am sekarang ni buat aku menyampah. Rasanya dah 3 bulan sem 3 ni, aku tak dapat apa-apa input dalam kelas Pengajian Am. Aku boleh terima karangan kena buat sampai 2. Aku cuma tak suka part menganalisis jadual then interpret dalam bentuk esei. Kena bagi sebab kenapa berlaku peningkatan, penurunan, tak konsisten, malar.. Nak muntah. Rasa nak berguru dengan Tun Dr. M je.

Aku ada satu hal nak cerita sebenarnya. Selasa lepas kalau tak silap keputusan UPU dah diumumkan. Dalam ramai-ramai senior Form 6 yang ambik STPM batch 2014, cuma 5 orang SAHAJA yang dapat masuk ke universiti. Yang dapat pointer 2.92 tak dapat masuk pun. Sekurang-kurangnya, 2.99 dan ke atas. Kalau boleh 4.00 baru benar-benar layak. Memang satu kelas seriau. Cikgu cakap, untuk menaikkan semangat anda. Ni nak meruntuhkan angan-angan ni. Sehari-hari topik pasal tu aje. Aku ni memang sakit sikit. Semester 1 sangkut Geografi, cuma dapat 2.00 je. Semester 2 naik beberapa je. Struggle betul nak repeat ni. Buku semester 1 dan 2 memang belum ada nak pegang lagi sebab sibuk PBS. Aku boleh anggap repeat tu bakal berlaku pada tahun depan. Walhal beberapa minggu je lagi tinggal.

And now, I dont even know what does my future holds. Kabur. Bukan setakat kabur, macam hitam je. Amanah banyak di bahu aku. Makin lama, makin banyak aku pikul. Faktor sekeliling banyak ubah aku. Misalnya, bapak aku sendiri. Aku tak pasti siapa yang berubah sekarang ni. Dia yang terlalu sibuk dengan urusan serta kehadiran seseorang ataupun aku yang sentiasa mengurung diri untuk menyelesaikan kerja...

*sigh*

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian