Posts

Showing posts from September, 2015

Cuti cuti cuti

Kelebihan menjadi pelajar tingkatan 6 : Banyak cuti :D
Lama aku menantikan kedatangan cuti. Sepatutnya lepas je habis kerja kursus ekonomi, mesti terus cuti. Tapi aci gak la. Sebab cuti bermula selepas semua kerja kursus tamat. So, sekarang masanya untuk mencari balik ilmu-ilmu yang bertempiaran lari lepas kena libas dengan kesibukan kerja-kerja kursus yang menggunung seperti Everest itu. 
Cuti seminggu je pun tapi punya girang macam cuti ada 3 bulan. Aku tak cuti sangat. Ada kelas tambahan ekonomi untuk dihadiri dari Isnin sampai Rabu. Esok Rabu. Last day kelas tambahan. MasyaAllah, hepinya. Pastu boleh melantak rendang sampai berak. Wahahahaha
Cerita pasal kelas tambahan ekonomi semester 1. Sesungguhnya aku tak tahu nak rasa malu ke, bangga ke. Serius aku tak tau. Sebabnya, yang dalam kelas tu semua budak lower 6. Aku sorang je Upper yang datang. Budak Upper ni memang kurang asam tahap asam jawa Xtra Adabi betul. Entah ke mana tuju diorang yang ditakdirkan senasib dengan aku ni men…

*senyum tak perlu kata apa-apa*

Setelah berbulan-bulan tertonggeng, tertinggung, terjongkang dan tergolek, akhirnya selesai juga ketiga-tiga kerja kursus mengikut waktu yang ditetapkan. Pelbagai halangan telah ditempuhi dengan penuh sabar (lah sangat) dan akhirnya semua berjalan mengikut yang telah dirancang (walaupun berlaku sedikit pertindihan antara satu sama lain). 
Pagi tadi telahpun selesai pembentangan untuk kerja kursus ketiga iaitu Bahasa Melayu. Kerja kursus yang ni adalah yang paling mudah untuk diselesaikan sebab dilakukan dalam kumpulan. So, mudah sikit nak siapkan. Terima kasih kepada ketiga-tiga jejaka yang tak berapa nak hot tu sebab sudi kutip aku masuk grup diorang. 
Sepanjang kerja kursus dijalankan, aku mengakui pengagihan tugas antara kami bereempat memang kurang seimbang sebab Bro Wan dengan Bro Kal ketika tu memang ada masalah dengan laptop memasing. So, terpaksalah aku dengan Bro Wee buat extra kerja. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana ada sinar keinsafan dalam diri Bro Kal sebab dia a…

Kau tak tahu

Kau tak tahu betapa susahnya dapatkan sejumlah wang.
Aku anak bekas penjual kuih muih tepi jalan. Sejak bapa aku diberhentikan kerja dari bank suatu ketika dahulu. Betapa susahnya hidup masa tu. Sedangkan sebelum tu, ikut sukalah nak ke mana-mana. Lagi-lagi masa tu bapa aku pegang jawatan tinggi. Balik kampung, petik jari jer. Tapi masa kegawatan ekonomi, bapa aku pun tersenarai dalam orang-orang yang diberhentikan kerja. Maka, masa itu, mak aku berusaha untuk cari akal bagaimana nak teruskan kehidupan. Timbul satu idea. Jual kuih muih. Untung pada masa muda mak dulu, dia rajin kumpul resipi kuih muih. Maka bermulalah kehidupan aku bantu mak bapak seawal usia 5 tahun. Walaupun aku cuma tolong menyemak dan melanggar karipap dengan basikal je. 
Bertahun-tahun kami hidup macam tu. Dari usia aku 5 tahun. Mak bapak aku dah rasa bagaimana sakitnya hati dihina oleh ahli keluarga sendiri sebab hidup miskin. Tapi masa diorang susah, tau pulak merangkak cari mak bapak aku mintak tolong bantu. …