Cuti cuti cuti

Kelebihan menjadi pelajar tingkatan 6 : Banyak cuti :D

Lama aku menantikan kedatangan cuti. Sepatutnya lepas je habis kerja kursus ekonomi, mesti terus cuti. Tapi aci gak la. Sebab cuti bermula selepas semua kerja kursus tamat. So, sekarang masanya untuk mencari balik ilmu-ilmu yang bertempiaran lari lepas kena libas dengan kesibukan kerja-kerja kursus yang menggunung seperti Everest itu. 

Cuti seminggu je pun tapi punya girang macam cuti ada 3 bulan. Aku tak cuti sangat. Ada kelas tambahan ekonomi untuk dihadiri dari Isnin sampai Rabu. Esok Rabu. Last day kelas tambahan. MasyaAllah, hepinya. Pastu boleh melantak rendang sampai berak. Wahahahaha

Cerita pasal kelas tambahan ekonomi semester 1. Sesungguhnya aku tak tahu nak rasa malu ke, bangga ke. Serius aku tak tau. Sebabnya, yang dalam kelas tu semua budak lower 6. Aku sorang je Upper yang datang. Budak Upper ni memang kurang asam tahap asam jawa Xtra Adabi betul. Entah ke mana tuju diorang yang ditakdirkan senasib dengan aku ni mengulang kertas Ekonomi semester 1 pun, aku tak tahu. Terer betul boleh belajar sendiri. Aku tak boleh. Lagi-lagi, ilmu semester 1 banyak dah dipadam secara automatik sebaik saja ilmu semester 2 disumbat secara paksa. 

Pasal memori ilmu semester 1 dah say byebye ngan aku, maka datang satu keinsafan(lah sangat) untuk datang ke kelas ekonomi semester 1. The perks on being the only 19 between all those 18 is, cikgu tanya, "boleh paham ka Nina?" Aku apa lagi, cakap je tak boleh. Maka aku ni macam special student sebab cikgu duduk sebelah aku untuk menerangkan satu persatu. Ntah kenapa aku nak banggakan pasal ni. Walhal aku sepatutnya malu sebab kena repeat paper. Huhuhuhuhuhuhuhuhu~ Lantaklah. Aku sedar aku ni kurang bijak dalam bidang pengiraan so here I am. Kena repeat Ekonomi sebanyak 2 semester. Nasiblah Eko sem 3 takda nak ulang-ulang. Kalau tak, ntah apa jadi kat aku. Jadi Ahmad Maslan agaknya kihkihkih!

Cuti dah berlangsung selama 4 hari tapi! Homework aku masih suci belum berdebu. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk dibiarkan berkulat sampailah sekolah bukak Isnin depan. Doakan tak berkulat la hahahahah!

Baeklah, sekian kali ini dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Yang tak bercuti, sila berhuhuhuhu di tempat lain. Kat sini kawasan orang gembira.

oh ya lupa. Selamat hari raya AidilAdha. Lembu kambing semua tengah bergetar kaki ni. Assalamualaikum~

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak