Kau tak tahu

Kau tak tahu betapa susahnya dapatkan sejumlah wang.

Aku anak bekas penjual kuih muih tepi jalan. Sejak bapa aku diberhentikan kerja dari bank suatu ketika dahulu. Betapa susahnya hidup masa tu. Sedangkan sebelum tu, ikut sukalah nak ke mana-mana. Lagi-lagi masa tu bapa aku pegang jawatan tinggi. Balik kampung, petik jari jer. Tapi masa kegawatan ekonomi, bapa aku pun tersenarai dalam orang-orang yang diberhentikan kerja. Maka, masa itu, mak aku berusaha untuk cari akal bagaimana nak teruskan kehidupan. Timbul satu idea. Jual kuih muih. Untung pada masa muda mak dulu, dia rajin kumpul resipi kuih muih. Maka bermulalah kehidupan aku bantu mak bapak seawal usia 5 tahun. Walaupun aku cuma tolong menyemak dan melanggar karipap dengan basikal je. 

Bertahun-tahun kami hidup macam tu. Dari usia aku 5 tahun. Mak bapak aku dah rasa bagaimana sakitnya hati dihina oleh ahli keluarga sendiri sebab hidup miskin. Tapi masa diorang susah, tau pulak merangkak cari mak bapak aku mintak tolong bantu. Masa kaya, bukan main bongkak. Aku mengaku, mak bapak aku memang berusaha mewahkan aku walaupun tak semewah mana. Apa yang anak orang lain ada, mereka akan pastikan aku pun ada benda yang sama. Aku tak mintak walaupun dalam hati memang nak perkara serupa. Aku kadang-kala tak sengaja tersebut nak sesuatu barang tu, diorang akan pastikan aku dapat jugak. Hidup aku tak merempat. Tengoklah badan aku. Tak cekeding. Means aku telah dibahagiakan sepenuhnya. 

Memang kadang-kala ada rasa jugak susahnya nak survive. Setiap minggu,  struggle sepanjang hari untuk dapatkan RM1000 tu. Orang Indonesia, aku tak hina. Masa orang lain sibuk kata diorang tu pendatang asing, aku sebaliknya berdiam diri. Sebab punca rezeki kami masa tu adalah dari diorang jugak. Dari orang-orang yang dikatakan pendatang asing tanpa izin ni lah aku belajar bagaimana hidup berlaku. Untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, mereka terpaksa tinggalkan ibu bapa, anak, isteri, saudara-mara, kehidupan di negara asal. Tapi, pengorbanan diorang berbaloi. Sebab hasil pengorbanan tu sungguh bernilai. Diorang berjaya baiki hidup. 

Pendapatan kami pada masa tu tidak terikat dengan jualan yang seminggu tu saja. Setiap malam, di kilang yang lain, pun ada jugak berniaga. Yang malam-malam tu, paling-paling pun dalam lingkungan RM40 hingga RM80. Cukup untuk bayar modal pada hari tersebut. Kadang-kala pada hari Ahad, pun ada. Aku paling suka berniaga pada hari Ahad tu. Sebab setiap jualan berupa nasi campur yang dibawa, akan habis dalam tempoh satu jam. Lauk simple je. Telur goreng, kacang panjang, kubis, sosej, ayam, hati ayam. Tu je. Telur goreng tu biasanya aku yang buat. Sebab mak kata aku buat telur mata kerbau tu elok bulat.  Kat rumah, mak akan tunggu arahan sama ada nak masak lagi atau tak. Biasanya 2 trip. Yang kedua tu pun sama, habis jugak. Cuma berniaga dari pukul 7 sampai 12 tengah hari. Tapi peniaga yang berniaga di situ selalu disaman oleh pihak berkuasa. Alasannya, kalau-kalau ada orang besar datang ke Bintulu, akan mencemarkan imej Bintulu. Lagi bagus kalau diorang nampak. Biar diorang tahu macam mana hidup rakyat. But still, datanglah surat saman sekalipun, itu tak akan jatuhkan semangat kami. 

Tapi kami mula slow down sebab mak dah mula sakit-sakit. Tak larat dah nak buat semua tu. Sampai satu tahap, kami berhenti berniaga. Dan bapak aku mula bekerja di sebuah syarikat ejen perkapalan. Sampai sekaranglah. Hidup tak sama macam dulu. Setiap minggu dapat duit belanja sampai RM50. Sekarang, cuma sebulan RM50. Itu pun tak cukup. Sebab harga sebungkus nasi tak berbaloi dengan kuantiti. Lagi-lagi sekarang ni, dah sibuk pulak nak majlis konvokesyen. RM150 bukan satu jumlah yang kecil. 

RM150 tu dulu, aku bersusah payah berdiri berjam-jam depan panggangan. Panggang sayap ayam, daging kambing, buntut ayam, sosej. Paling menyusahkan ialah buntut ayam. Mudah je nak naik api dia. Sebab lemak-lemak tu semua jatuh ke arang. Pasal tu la aku hitam. Lagi-lagi masa tu tak pakai tudung. Baju pun short sleeve je. Mana tak hitam. Walaupun stress jugak la sebab orang berkerumun tengok kecekapan kita. Dengan pesanan diorang lagi, "dik, satenya (kambing) 10 ya" "dik, mau pantat (buntut ayam) 10, satenya 20, sayapnya 5" Aku pulak memang bangang sikit kalau bab kira-kira. Mau tak sewel aku. Sayap masa tu harga RM2.50. Tapi mak bapak aku pandai, RM2.50 tu sesuai dengan saiz. Melampau la wei sayap kecik, harga mahal. Sebabnya, aku selalu komplen ayam panggang kat pasar malam harga sama tapi saiz kecik. Aku mengaku, walaupun aku ni cuma budak sekolah masa tu, pendapat aku biasanya didengar. Yang tak mengarutla. 

Aku membebel panjang-panjang ni sebab RM150 je. Tetiba flashback zaman doludolu. Punya susah aku nak sebut kat bapak nak mintak duit untuk bayar konvo. Tetiba naik harga pulak. Dulu cakap RM100 je. Sebabnya kurang lagi RM9000. Kalau akulah kan, aku tak buat untuk dinner tu. Cukup la untuk majlis konvo jer. Tapi ni agenda orang-orang kaya mintak dibuatkan dinner sekali kat sekolah. Pasal nak dinner tu la sibuk nak sewa aircond. Kebetulan sekolah tu ada dewan kan. Ada jugak mintak sponsor dari syarikat besar. Apesa tak mintak dari YB je. Aku rasa senang-senang je dia bagi. 

Harap-harap la tak perlu bayar sampai RM150 tu. Ada balance, aku kasi balik kat bapak. Kesian dia. Lagi cantek kalau free. Boleh beli barang keperluan lain guna duit tu. Maka, tolong doakan tak payah bayar yuran konvo :)

Bai,  


Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak