*senyum tak perlu kata apa-apa*

Setelah berbulan-bulan tertonggeng, tertinggung, terjongkang dan tergolek, akhirnya selesai juga ketiga-tiga kerja kursus mengikut waktu yang ditetapkan. Pelbagai halangan telah ditempuhi dengan penuh sabar (lah sangat) dan akhirnya semua berjalan mengikut yang telah dirancang (walaupun berlaku sedikit pertindihan antara satu sama lain). 

Pagi tadi telahpun selesai pembentangan untuk kerja kursus ketiga iaitu Bahasa Melayu. Kerja kursus yang ni adalah yang paling mudah untuk diselesaikan sebab dilakukan dalam kumpulan. So, mudah sikit nak siapkan. Terima kasih kepada ketiga-tiga jejaka yang tak berapa nak hot tu sebab sudi kutip aku masuk grup diorang. 

Sepanjang kerja kursus dijalankan, aku mengakui pengagihan tugas antara kami bereempat memang kurang seimbang sebab Bro Wan dengan Bro Kal ketika tu memang ada masalah dengan laptop memasing. So, terpaksalah aku dengan Bro Wee buat extra kerja. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana ada sinar keinsafan dalam diri Bro Kal sebab dia ada jugak rasa bersalah. Sebabnya, dialah yang paling tak banyak kerja. Bro Wan ada jugak aku suruh dia buat bahagian hasil kajian sebab dia paling pandai menerang sesuatu perkara secara mudah dan senang faham. Bro Wee pulak banyak cover untuk bahagian printing, edit setiap isi serta yang paling banyak menyumbang idea. So, senanglah ada team  mate yang boleh bagi kerjasama walaupun kadang-kala dalam kelas bm diorang menyimpang ke hal-hal nak bentuk badan macam Dwayne Johnson dan biarkan aku terkulat-kulat menaip sorang diri.

Ketika pembentangan tadi, thanks to U6A1 sebab bagi perhatian yang penuh sepanjang kami membentang sampaikan terlebih sikit masa. Sebabnya, tajuk kami adalah mengenai simpulan bahasa so some of it memang menarik perhatian diorang untuk menyampuk dan memandai-mandai bagi definisi. Nasib baik betul. 

Maka dengan ini, tertutuplah sudah peluang untuk membaiki mana-mana kerja kursus sebab masing-masing dah selamat dalam simpanan cikgu. Moga dengan kerja kursus tersebut, dapatla aku masuk universiti dan dapat duit tambahan dari makcik kat Brunei. 

Oh by the way, nombor maxis buat masa ni takleh nak contact dulu tau sebab henfon yang tu dah jahanam. So, kalau ada apa-apa, just Whatsapp, WeChat or boleh cari aku kat Facebook. Nampak je macam tak post apa-apa, tapi aku selalu jugak scroll Fb tu so dont worry sekiranya aku hilang. Aku tak hilang, cuma Wifi selalu friendzoned aku. Limited lah, apalah. Stress mak.

Panas giler weh jerebu ni. Boleh tak SMK Bandar mula bercuti pada esok hari. Ngehngehngeh... 


Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak