Rindu

Siapa dalang yang rajin sangat view blog aku ni sampai mencecah 10K views? Biarlah.

Aku lupa nak announce pasal result MUET haritu. Sibuk exam (lah sangat). Band 3 je mampu. Ada lagi 6 markah sebelum band 4. Geram jugakla hahahaha. Kalau perform bagus- bagus masa speaking, agaknya boleh kot band 4. Takpe. Cukup.


Aku sebenarnya rindukan dia. Sangat-sangat. Even doakan dia pun, masih jugak ada rindu tu. Tak pernah hilang. Orang tengok aku, sebagai seorang yang suka menyakat, ceria. Tapi the other side of me, takda sorang pun tahu. Japanese said, a person have their own three side. Side yang pertama, semua orang nampak. Side kedua, family dan orang terdekat saja yang tahu. Dan side yang terakhir, cuma kita sendiri yang tahu dan sekiranya ada orang mendapat tahu pasal tu, semestinya takda orang nak dekat pun. Same goes to me. 

Terus terang aku kata, aku ni bukan baik sangat. Even kawan sendiri pun boleh kecil hati dengan aku. Aku seorang yang tak boleh adapt sangat dengan orang. Aku ada classmates yang suka menggunakan kekurangan aku sebagai bahan gurauan diorang. Dan aku terpaksa bertahan dengan semua tu. Just because my dad is a single father now, diorang boleh acah-acah yang tu hasben diorang and I am their step daughter. Kalau aku keluarkan side aku yang betul-betul punya, memang ada yang cedera. Tapi aku cuma mampu bertahan dan cuba follow the flow. Kalau melampau sangat, aku memilih untuk tak nak teruskan.

There is so much aku nak muntahkan pada orang-orang sekeliling aku. Tapi aku paham, diorang manusia. Bukan dinding. Perkataan "I'm always here for you..", tu semua tak wujud. Aku tak percaya dengan kesetiaan. Sebab bila pergi seseorang tu, the other one akan cari orang lain dan perlahan-lahan lupakan semua kenangan dengan yang lama. Itu yang aku rasa sekarang. Aku paham dengan resam dunia, patah tumbuh hilang berganti. Tapi aku tak boleh terima bila semua tu berlaku pada aku. How could people forget their moment with someone when he or she gone forever? 

Pada masa-masa yang aku rasa cukup down, aku tak mampu buat apa-apa. Aku cuma mampu diam. Dan lebih senang berkurung. Sebab, kalau aku keluar dari kurungan tu, manusia lain akan terluka. Dan pada masa-masa itulah, I need my mom the most. Aku boleh nampak dia berada di sekeliling. Duduk depan aku, dan tepat tengok pada aku. And then, she'll vanished. Dan tinggalkan aku sekali lagi. 

Aku sering menyesal dengan diri sendiri. Banyak benda aku tak mampu nak  buat sepanjang 18 tahun dia bersama dengan aku. Aku gagal berkali-kali. Apa yang aku buat, cuma memberontak dalam diam sebab dia tak paham yang aku ni tak pandai sangat. Aku tetapkan satu mindset: "Mak cuma kejar keputusan yang baik. Bukan kegembiraan aku." Tapi aku lupa, banyak perkara yang dia lakukan. Segalanya untuk kegembiraan aku. Masa tu, fikiran aku asyik dimomokkan dengan perkataan, "Mak tak paham aku". Ada banyak perkara yang berlaku dalam keluarga ni. Macam-macam. Aku tak akan bocorkan apa perkara tu demi menghormati privasi sendiri. 

Aku tahu aku akan jadi tersangat rindu apabila aku pandang tempat-tempat di mana dia selalu berada. Di meja makan, dia akan duduk di depan aku. Itu tempat dia sejak sekian lama. Dia duduk menonton tv. Betul-betul depan tv. Dia di dapur, memasak untuk makan tengah hari walaupun dalam keadaan yang tak betul-betul kuat. Setiap petang, dia duduk di beranda, sambil merasai bayu petang dan memangku kucing. Dan aku menemani dia. Waktu-waktu bersama dia, itu adalah moment paling indah apabila dia berkongsi pelbagai cerita tentang masa lalu dan tak lupa bagi nasihat. Perkara paling selalu diulangi ialah, "nanti kalau mak mati, kau jangan ikut mati. Teruskan hidup. Bapak kau mungkin akan tinggalkan kau suatu hari nanti untuk perempuan lain. Kau teruskan saja kehidupan. Tanpa dia pun, kau boleh bahagia." Dan itulah perkara yang aku pegang. Seminggu aku ambil untuk membaiki diri. Mak mungkin pergi, tapi dia telah tinggalkan aku satu semangat. Seandainya ada manusia cuba menjatuhkan, aku tak diam. Itu adalah yang aku warisi dari dia. Baran aku, juga sama macam dia. Aku jadi sama sepertinya. Supaya pada saat-saat aku ditinggalkan sendirian, aku tidak mati dan dia terus menjadi bara yang hidupkan api dalam aku.

Dan sesungguhnya, rindu itu tak akan habis. Sesalanku juga tidak ada penghujungnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak