Riuh yang bakal dirindui

Akhirnya, selepas 14 tahun bergelar pelajar sekolah, telah datang satu hari di mana aku akan meninggalkan zaman persekolahan. Mati-mati aku ingat tahun 2013 tu la tahun terakhir aku sebagai student. Rupanya, tu cumalah tahun terakhir di SMK Baru dan aku menyambung pengembaraan ilmu ke SMK Bandar selama 1 tahun setengah. Memang tahap maximum dah umur aku sebagai student sekolah. Mungkin aku terlalu muda untuk proceed ke diploma tetapi dah maksimum untuk jadi budak sekolah. 

Sebelum aku letakkan speech kat post ni, baik aku letak semua gambar yang aku ambik tadi. Sanggup merisikokan diri bawak tablet pergi sekolah. Biasa handphone je aku seludup. Dan, aku dah terjangkit dengan wabak selfie so harap bertahan dengan cuteness level aku yang infinity ni. Hoho!



Ni Cikgu Lily. Guru kelas U6A1 yang sungguh sporting dan baik hati. Support system kitorang ni. 
*cikgu lagi nakal dari aku. Aku peace je, dia boleh buat muka sun shine lagi*



Yang hensem ni, cikgu Sidi. Ajar BM. Aku baru tau rupanya cikgu Sidi sama-sama lahir tahun 90-an. Mati-mati aku ingat dia 30-an. Rupanya baru 26 tahun hahaha! Ni support system number 2.


Ni cikgu Azizah. Suma panggil dia, Cikgu Jijah. Ajar Pengajian Am. Tadi tak sempat nak selfie dengan dia sebab sibuk revision. Guna je gambar dinner hari tu. 








Bridget (pakai spek) dan Erica. Bestfriend sejak tahun lepas. Dengarla diorang dua gaduh. Tak usah risau, bestfriend gaduh manja jer. (kasar sebenarnya).


Shirley. Bos pengawas ni. Aku suka usik dia jadi Meghan Trainor sebab dia gojes sangat masa malam dinner hari tu. 
"Elsa~ do you wanna build a snowman~"
p/s : abaikan lubang hidung


Evelyn dan Diana. Bestfriend jugak ni. 


Emilia dan Benazir. Gambar last, Benazir tak sanggup nak selfie lagi. Sambung study hahah


Vannesa a.k.a Bang Dino @ Kak Dino (kalau dia tengah ladies). Dia adalah Dinosaur, spesis yang susah nak dijumpai dan sungguh istimewa. Level nakal dia, aku cuma mampu istighfar ajelah.



Dari atas kiri : Alexsonlly, Gerson
Dari bawah kiri : Michael, Benedic

Mamat 4 orang ni adalah "bala-bala rusak". Alex dengan Benedic takleh kacau. Jadi rebutan sekarang ni ialah Gerson. Semua nak dia. Michael, takleh kacau jugak kot hahahah!


Dari atas kiri : Marwan, Haikal
Dari bawah kanan : Encik JW, Cikgu Sidi.

Disebabkan spesis lelaki dalam kelas U6A1 ni nak pupus, tu pasal la letak je cekau je Cikgu Sidi sekali. Nak cukupkan hahah. Marwan adalah kawan aku sejak darjah 1 lagi. Haikal tu bestfriend Marwan sejak sekolah menengah. Encik JW tu adalah ketua kelas. Nampak macam takleh harap, tapi sebenarnya dia caring terhadap semua orang. 
P/s : wajah beliau terpaksa ditutup untuk langkah-langkah keselamatan.


Lvyna. Penolong ketua kelas. Lurus jugak la dia ni, tapi dia best!


Daisy. Paling bijak dalam kelas. Dan paling comel jugak!


Jenny. Manusia biskut. Jarang-jarang nampak muka. Satu sekolah dengan dia sejak darjah 1. Satu kelas dari darjah 1-darjah 6. Masuk form 1, dah pisah. Tau-tau, jumpa balik di SMK Bandar.


3 orang ni partner in crime aku. Hehe. Ziana, Tracy, Ivana. Geng gosip ni hoho.


Gambar ni lain sikit. Sebab ni masa dinner hari tu. Ann. Dia tak hadir hari ni. Acah-acah Kylie Jenner. Kadang-kadang, dia jadi Kendall. ish ish.


Selebihnya, enjoy~
































Dengan ini, berakhirlah sudah sesi pengajian dan pembelajaran pelajar U6A1. Terima kasih atas tunjuk ajarmu wahai guru-guru kami. Moga kekal dalam limpahan rahmatNya dan diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menabur bakti ke atas anak-anak bangsa. 

Maka, keriuhan ini juga bakal ku rindu. Semoga berjaya, rakan-rakanku! 









Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak