Sayonara U6A1 STPM 2014/2015

Usia perkenalan setiap kami adalah berlainan. Tapi, dalam tempoh 1 tahun setengah ni, kami berjaya menjalinkan satu hubungan yang erat sesama kami. Dan aku rasa, itu adalah pencapaian terbaru. Sebelum ni, aku boleh dikatakan kurang bergaul dengan orang atas beberapa faktor. Tapi bila dah rapat, aku rasa orang meluat pulak dengan perangai aku yang banyak mulut dan kuat menyakat ni. 

Kelas U6A1 ni ada satu kelainan yang tersendiri. Susah aku nak jumpa kat tempat lain. Bagaimana mungkin, sebuah kelas yang ada pelbagai bangsa, tapi boleh satu kepala dalam hal-hal mendajalkan diri masing-masing? Perkara ini diakui sendiri oleh bapak aku yang tengok suasana kami ketika BBQ haritu. Rare katanya. Selamba, simple, tapi heboh dan penuh keriuhan. 

U6A1. Cikgu semua bising-bising sebab kami ni riuh sangat. Bising. Kelas yang begitu tinggi, di tingkat 3, Blok Daisi SMK Bandar, blok paling hujung, adalah satu tempat di mana kami menjadi pemerintah. Susah nak senyap. Bukan takda kelas lain, cuma kami ni lagi lejen la. Kalau cikgu Tan mengamuk je kami diam. Tapi cikgu Tan dah tak mengamuk sekarang. Dia jadi bestfriend kitorang suma hihi. 

Ni la senarai nama manusia-manusia yang aku akan rindu bentuk keriuhannya nanti.
  1. Alexsonlly
  2. Benazir Rua
  3. Benedic Satt
  4. Bridget Rata
  5. Daisy Sudan
  6. Diana Sulastrie
  7. Emilia Uyong
  8. Erica Belala
  9. Evelyn Cherida
  10. Gerson Joel
  11. Ivana Holly
  12. Jenny Sarian
  13. Jerrold Wee
  14. Lvyna
  15. Marwan Marzuqy
  16. Michael Chundang
  17. Muhammad Arif
  18. Nur Halimah
  19. Nurulain
  20. Shirley Simbun
  21. Tracy Liong
  22. Vannesa Onnievia
  23. Ziana
Bersama guru-guru yang osem sepanjang pengembaraan ilmu di Tingkatan 6 SMK Bandar
  1. Mr. Ting Tin Chung (PK Tingkatan 6)
  2. Cikgu Lily (Guru kelas, Geografi)
  3. Cikgu Tan Loo Mee ( Ekonomi sem 1, 2 & 3)
  4. Cikgu Usat (BM semester 1)
  5. Cikgu Azizah ( Pengajian Am)
  6. Mdm. Jusnita (MUET)
  7. Cikgu Syuhada (Pengajian Am sem 1)
  8. Cikgu Sidi ( BM semester 2 & 3)
  9. Cikgu Wong Yu Wei (Ekonomi sem 2 & 3)

Kepada "bala-bala rusak" sekalian, mohon maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan terhadap kamu semua. Percayalah, walau macam mana marah pun saya pada kamu, saya tak akan dapat nafikan bahawa kamu semua adalah rakan terbaik. Support system, masing-masing ada peranan. Walau macam mana nakal pun kamu semua, kamu semua sebenarnya sangat baik dan caring terhadap semua orang. Segala kesilapan kata-kata, perbuatan atau sebarang bentuk kesalahan yang pernah saya lakukan, mohon diampunkan. Seandainya saya masih berhutang dengan kamu, tolong beritahu. Ingatkan saya tentang hal itu. Moga usia perkenalan kita ni tak akan stop sampai sini saja. Ada masa kita berjumpa lagi. 

Guru-guruku, maafkan kami atas apa yang telah kami lakukan sepanjang kami menjadi anak murid kalian. Kenakalan kami tidak lain, tidak bukan, hanyalah untuk menghiburkan hati kalian yang mungkin kesedihan dan penuh kedukaan. Seandainya pernah mengguris, mohon dibuang dari hati agar tidak menjadi dendam. Halalkan ilmu yang telah dicurahkan. Segala kenangan bersama kami, mohon sentiasa diingati dan disimpan sebagai memori indah yang akan kekal menjadi sejarah dan diceritakan kepada pelajar-pelajar kalian yang lainnya. Sebagai wakil, kami memohon ampun sepuluh jari, meminta keberkatan ilmu darimu agar medan peperangan yang mendatang dapat ditempuhi dengan tenang dan penuh restu. 

Buat bapaku, impianmu tak pernah aku padamkan dari ingatan. Sesungguhnya doa dan harapan darimu dan arwah mama sentiasa menjadi pembakar semangatku. Terima kasih atas kesudianmu tetap memberi sokongan dan nasihat pada saat aku meluahkan dan memerlukan. Mohon restumu duhai bapaku, serta semangat sang ibu yang telah pergi, akan ku semat kekal dalam diri walau jauh manapun aku melangkah. 

Maka, berakhir sudah pengembaraan ilmu di SMK Bandar yang penuh dengan pelbagai memori. Bulan November yang mendatang akan menjadi satu pertempuran yang getir buat kami semua. Mohon doa dari semua agar setiap calon yang menduduki peperiksaan ini, akan berjaya di dunia dan di akhirat sana.

Terdapat sedikit kata-kata dari seorang rakan dan guru.

"Di setiap pertemuan pasti ada perpisahan, di setiap perpisahan pasti ada pertemuan semula, bersama-sama kita cipta kenangan, kerana melalui kenangan kita tersenyum gembira" - Ivana Holly, 30/10/2015

"Cikgu tak pernah anggap diri sebagai cikgu.. selama ini cikgu anggap diri sebaya dengan kamu semua.. yang sentiasa muda.. Cikgu anggap diri sebagai kawan anda yang lebih bijak untuk memberi ilmu kepada semua" - Encik Sidi, 30/10/2015

"Maafkan cikgu jika ilmu yang cikgu curahkan tidak seberapa.. tapi percayalah cikgu sedaya upaya memberi yang terbaik" - Encik Sidi, 30/10/2015.

Sayonara, sampai berjumpa lagi!





***

Okey, nak tisu. Keyboard dah banjir ni. sebab sibuk nak upload semua ni, tak study aku malam ni. Huhu. Selamat malam semuanya.

Yang comel,
Nina :)
 Baca ni baik-baik, dan simpan kemas dalam hati. 




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian