I see fire

Sebelum aku mula meluahkan kat sini, aku nak minta maaf kepada mana-mana individu yang pm aku semalam. Aku sengaja taknak balas mana-mana mesej. Tapi aku memang ada respon pada group but no for any private chats. Sorry sangat-sangat. Emosi semalam memang berada pada tahap yang membimbangkan. 

Semua sebab kertas ulangan Ekonomi semester 1. Aku sangat berharap pada paper ekonomi ulangan ni sebab haritu untuk subjek geografi, nampak macam tak menjanjikan apa-apa yang manis. Aku berusaha betul-betul cuba hadamkan semua formula, cara menjawab, cara mengira. Pendek cerita, I gave my all to this paper. Besar harapan aku untuk pastikan aku boleh menjawab semua soalan.

Aku memang betul-betul berazam untuk pastikan paper ekonomi ni tak kecundang macam paper geografi haritu so malam before exam, aku sempat togok kopi secawan untuk pastikan aku tak mengantuk sepanjang buat revision. Tapi aku lupa, kopi dah berkesan sepenuhnya dengan aku. Kalau dulu, minumlah sampai 3 cawan sekalipun, tetap mengantuk. Tapi kali ni, memang efek penuh pada aku dan aku memang susah nak tidur. Aku rasa pukul 2 pagi baru aku dapat tidur betul-betul. Apa aku buat sepanjang jam yang aku tak dapat tidur tu? Aku study semua mengenai kira-kira dalam objektif. Dalam pukul 1 baru aku stop dan cuba untuk tidur. Tapi tetap tak boleh. All I can do is terkebil-kebil dalam gelap.

Walaupun aku tidur pukul 2, tapi I managed to wake up on 5 a.m since I know I need to sit for the paper on 8. Dan aku bangun dalam keadaan yang bersemangat dan berazam tinggi untuk menjawab paper ni. Semasa dalam dewan exam, aku memang rasa diri dah cukup untuk menjawab eventhough ada rasa agu-ragu. Masa pengawas exam bagi arahan untuk bukak kertas soalan, suddenly semangat aku drop macam tu saja. I dont know what happened but suddenly memang aku dah hilang konfiden. 

Sepanjang peperiksaan berlangsung, serius aku katakan, aku lupa almost semua yang aku dah faham dan semua jawapan yang aku bagi, nampak sungguh jahanam. Habis exam, all I can do is jut to put a fake smile on my face and pretend to be as calm as I can.

Balik rumah, aku rasa macam zombie. Aku terlalu kecewa dengan diri aku. RM100 yang aku bayar untuk repeat semester 1 rasa macam burn macam tu saja. Walhal duit tu jugaklah yang aku segan betul nak mintak kat bapak. Every single question dari bapak yang tanya pasal macam mana paper tadi aku langsung tak jawab. Aku terlampau kesal. Untuk segala effort yang aku curahkan, lebur macam tu saja! Lepas tu aku bukak social media as usual, hibur hati. Tau-tau aku nampak satu komen yang bagi aku sangat bodoh dan tu memang menambahkan sakit hati aku. Tak cukup kat sekolah, kawan yang tak repeat kata soalan kali ni senang. Tambah pulak ada manusia yang aku tak tau mana dia dapat thought gitu. Did you expect benda yang sama akan keluar setiap tahun ke? Sedangkan punya banyak benda yang boleh masuk dalam soalan and you expect the same untuk setiap kali exam. Boleh tak simpan sikit bodoh tu? 

Sepanjang hari aku jadi moody sebab dua perkara. Satu, aku kecewa. Dua, sebab aku jumpa sorang manusia bangang tahap petala yang rasa positif dan sungguh yakin dengan benda yang sama akan keluar setiap kali exam. Kalau macam tu, baik aku hafal past question je. Sebab benda sama akan keluar kan? Bangang abadi. Sampai satu tahap, aku dah memang betul-betul marah dan all I want to see is fire. Aku bakar semua yang berkaitan dengan ekonomi semester 1 malam semalam. Dalam gelap, kat beranda, sorang-sorang, aku bakar buku nota ekonomi dan semua latihan yang cikgu dah bagi. To show how frust I am dan nak 'bakar' manusia bangang abadi tu. Dalam api yang marak tu, aku lepaskan semua kemarahan aku, semua kekecewaan aku.

And apa yang aku jumpa lepas tu, I found something sweet. Aku jumpa semangat aku. Dari bara-bara yang tertinggal, aku dah kembali tersenyum. Seriously, sepanjang hidup aku, inilah kali pertama di mana aku betul-betul rasa frust sebaik saja lepas aku duduk exam. Selalu, aku selalu lepaskan je semua sebaik wisel penamat dibunyikan and jadi happy seperti biasa. Perasaan yang sungguh sakit bila dah curahkan semua effort dan letakkan harapan yang tinggi lepas tu semuanya hancur lebur, memang rasa macam separuh nyawa hilang. Nasib baik datang thought untuk bakar semua notes. So aku boleh lepaskan semua kekecewaan dan kemarahan aku. And this time, aku tak titiskan walau setitik air mata pun. Usually, kalau aku terlalu kecewa dan marah pun, aku akan tetap nangis di penghujungnya. Api yang marak tu ajar aku untuk lepaskan semuanya dan renung api tu sampai dia tinggal bara then jadi abu. Bara tu yang buat aku tersenyum. Aku puas. Inilah cara yang terbaik bagi aku untuk memaknai idioms, "yang lalu biarlah berlalu." Biarkan kekecewaan jadi abu agar kau jumpa satu senyuman yang selama ni kau tak pernah lakarkan. 

And, hari ni, aku mampu sengih dan lupakan apa yang telah berlaku. Aku akan balas semua mesej kemudian. Another paper to go and I'm done with my journey in 2015. Thats all for now. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak