STPM 2015

Akhirnya, tamat sudah peperangan terakhir (kalau yang tak repeat la). Masalahnya bagi aku belum lagi tamat sebab ada lagi 3 kertas menunggu. As usual, post yang paling dinantikan (yeke?) iaitu moment yang berlaku sepanjang peperiksaan berjalan. Enjoy tau sebab aku dah susah payah cari port baek punya semata-mata nak up post ni. Teehee!

3 November 2015
Pengajian Am 3
Ada dua paper pada hari tersebut. Pengajian Am dan Geografi. Memang dari semester 1 lagi aku dah berbulu dengan kawan baik ni. Perlu ke dia letak sehari sama-sama? Kita mula dengan paper P.Am dulu. As usual, mana-mana exam kena mula dengan Bismillah. Masa paper ni haritu, memang diakui, aku masuk dewan peperiksaan dengan ilmu yang tak berapa nak banyak since emosi belum nak betul lagi. Aku cuma bergantung dengan latihan objektif yang aku buat kat library je. Tu pun 2 hari sebelum exam aku cuba untuk kuasai Kumpulan D-8, OIC, ASEAN, dan lain-lain pertubuhan yang disertai oleh Malaysia sama ada peringkat antarabangsa mahupun serantau.

Ilmu esei pulak aku cuma bergantung kepada isu-isu yang aku selalu dengar kat tv dan some contoh esei yang aku baca kat buku rujukan. Masa menjawab, so far aku rasa aku macam biasa nampak je soalan objektif. Boleh dikatakan tak da masalah la masa hitamkan jawapan objektif. Untuk bahagian B pulak, mula-mula aku nak jawab soalan yang internet tu tau. Siap dah buat perenggan pendahuluan. "Jadual menunjukkan bilangan blablabla..." Nak masuk perenggan kedua, nak letak isi, tiba-tiba tak paham dah soalan. Akhirnya terpaksa la aku ambik soalan yang mula-mula. Pasal tangkapan dadah. Nasib la aku boleh je jawab.

Dah tu, tetiba pulak perut aku vibrate. Lapar la tu! Dipermudahkan urusan untuk jawab soalan tu. Alhamdulillah. Esei bahagian C pulak kena pilih 2 dari 3 soalan. Aku ambik yang kedua terakhir. Esei pertama, aku cuma mampu bagi empat isi. Esei kedua, aku bagi cukup 5 isi. Dan sesungguhnya ketika itu, aku adalah orang pertama yang mintak helaian tambahan sebab memang jahanam betul rupa kertas tu. Cancel sana, potong sini. Aku tak nak sakitkan mata pemeriksa. Maka aku ambik effort untuk minta helaian tambahan dan kemaskan sikit.

Geografi 3
Untuk paper geo, yang mula pukul 11 pagi, sejam je noks masa menjawab. Sebelum tu, lepas je abis paper P.Am pukul 10 pagi, aku tak fikir lain, aku cuma nak makan sebab memang dah lapar. Perut aku dah bukak lagu Goyang Dumang. Sibuk mengunyah, aku sempat jugak discuss something pasal geografi. Dan sukacitanya aku mengatakan, aku tak study sangat geografi ni. Baca pun takda guna sebab memang tak masuk langsung. Sampai nangis-nangis sebab kesal tak dapat masuk apa-apa walaupun baca.

Masa dapat kertas soalan tu, aku scan la beberapa soalan, alhamdulillah.Satu definisi pun takda. Rasa macam kertas tu sesuai untuk aku. Sebab aku tak hafal waima satu definisi pun. Soalan semua memang tahap KBAT la. Aku yang tak berapa baca pun tau kebanyakan soalan memang bukan dari buku. Aku apalagi, memang menggoreng sepuas hati dalam kertas. Yang menyakitkan hati, baru masuk soalan 2 dah 30 minit berlalu. Geram nau aku. Dan sesungguhnya, satu kelas memang berbulu dengan soalan 4. Instead of dia tanya apa prinsip pembangunan lestari, dia tanya apa cabaran yang dihadapi untuk menjayakan pembangunan lestari! WTF??? Dan dia boleh tanya, apa yang pihak berkuasa tempatan buat untuk jayakan pembangunan lestari. Aku mula-mula memang tak nak jawab sebab aku memang tak connect langsung dengan soalan. Tapi, masa 10 minit terakhir, aku putuskan untuk jawab je soalan 4 dan penuhkan setiap ruang kosong. Memang ntah apa-apa aku letak. Mana yang aku rasa berkaitan dengan pembangunan lestari, aku letak je. Memang tahap nak selamat sangat dah tu. Tuan pemeriksa, baik bagi markah bonus sebab aku sudi jawab soalan tu tau!

4 November 2015
Bahasa Melayu 3
Paper mula pukul 11 pagi. Tapi aku ambik keputusan untuk turun pukul 7 pagi untuk pastikan aku buat revision. Kalau aku kat rumah, either aku tidur sepuas hati atau meluangkan masa bersama wifi. Jangan harapla aku nak sentuh buku. Perkara ni dah berlarutan sejak semester 1 so aku ambik langkah berjaga-jaga kali ni. Heh. Masa sibuk-sibuk baca, tetiba aku nampak Din Cakoi datang sekolah dan masuk makmal komputer. Memang aku pelik. Apa Din Cakoi buat kat SMK Bandar? Ambik MUET ke? Setahu aku dah lepas dah kalau nak exam MUET. Lepas beberapa stranger yang berderet masuk ke makmal komputer, tetiba aku nampak Mimin dengan mak dia. Aku memang terus tegur la. Rupanya, pasal nak dapatkan tender kantin SMK Bandar. Tak sangka pulak aku Din Cakoi berminat dengan tender kantin. Kalau dia dapat tender kantin, sah tahun depan junior makan cakoi sebagai breakfast diorang hoho.

Semasa buat revision, tu pulak budak-budak form 5 dah tamat paper Sejarah. Paper 2 kot. tak pasti jugak aku. Dan dalam masa yang sama, Tingkatan 4 pun rehat jugak. Hmm bising la kantin tu. Aku cuma mampu menyumbat telinga dengan earphone dan cuba hadam isi-isi yang ada dalam buku BM. Nasib la lepas tu diorang blah. Dan lepas je diorang blah, aku rasa kepala aku dah tepu dengan ilmu BM. Aku stop la lepas tu. Lagipun rasanya, dah oke kot dengan semua tu. Tinggal nak masuk jawab exam je lagi.

Sepanjang menjawab, memang takde masalah besar sangat sebab kebanyakan aku dah paham. Tetiba kat soalan subjektif, dia tanya apa maksud tulang itik. Dalam banyak-banyak simpulan bahasa, tulang itik yang dia pilih? Itik sapa yang terlepas ni? Tak reti nak kurung dalam kandang ke??? Tulang itik betullah! Aku jawab je berdasarkan ingatan aku terhadap peribahasa beberapa tahun lepas yang dah semakin reput dalam kepala otak aku. Lepas tu ada satu soalan yang betul-betul tricky. Kalau tak tahu, memang jahanam la markah kat situ. Soalan minta untuk buat ayat bagi bezakan perkataan taman dan sarjana. Memandangkan aku memang expert dalam bab mengarut, so satu aku bagi ayat kata nama. Satu lagi ayat kata nama khas. Ngehngehngeh. Ambik kau.

Balik rumah tengah hari tu, kecoh kat form 6 confession pasal tulang itik. Aku gelak besar baca diorang punya luahan. Yang SPM pulak sibuk bising pasal ramalkan masa depan berdasarkan teknologi yang ada sekarang dan pasal Ferdinan Magellan. Memang terhibur aku petang tu disebabkan diorang.

5 November 2015
Ekonomi 3
Dalam keempat-empat paper, cuma paper Ekonomi je yang berjaya kejutkan aku pada pukul 3 pagi. Tu pun aku tutup alarm dan reset balik untuk bangun pukul 4 pagi. Memang dah tahap terpaksa sangat dah tu. Ada jugak la masuk sikit. Aku malas nak cerita panjang. Yang pasti masa menjawab exam ekonomi, nak kata stuck tu tak la sangat sebab aku memang ratu mengarut. Aku menggoreng jawapan dengan riangnya. Cuma soalan kuantitatif memang mengelirukan aku dan apa yang ada dalam fikiran aku masa tu ialah, kalau tak pass kali ni, repeat masih ada. Harap bukan aku lagi yang repeat ekonomi. Serik dah. Takkan 3 semester, 3 kertas ekonomi jugak aku repeat? NOOOOO! Dan rupanya, aku salah formula. 7 markah aku hilang begitu sahaja sobsss.

Akhir kata, kalau tak pass jugak kali ni, paper repeat masih ada. Yang penting duit kena sedia awal-awal. Hmm doakan kejayaan aku tau. Mudahan semester kali ni aku berjaya cipta rekod, at least ada satu A dalam result aku. Doakan tau! Sayang semua muahhh!

Okbai.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian