Posts

Showing posts from December, 2015

Balik kampung #part1

Image
Yo! Lama tak duduk depan laptop ni. 17 hari aku tinggalkan laptop berwarna maroon ni terdampar atas meja bersendirian tak berteman. Mana-mana yang memang dah jadi pembaca tegar kat sini, mohon maaf sebab dah lama tak update. Post HARITU kan dah bagitau. Maka, hari ni 27 haribulan dan aku telah pun selamat kembali ke rumah ni dengan keadaan sedikit masih pening-pening lalat sebab jet lag tetapi demi blog yang kelihatan agak berhabuk seperti laptopnya, update hajelah. 
PERINGATAN! Kat post ni nanti, bakal ada banyak gambar. Kot....
Seperti yang anda tahu, aku telahpun terbang ke Kota Kinabalu pada 11 Disember 2015 yang lalu dari Bintulu pada pukul 0810. Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut, tolong pastikan anda bukan dalam keadaan yang serius sebab ada certain part akan buat anda rasa aku ni bangang dan bakal menjengkelkan korang. 
Pada pagi yang sejuk boleh boleh ngam badan aku yang berlemak berketul ni, aku bangun awal. Actually, malam sebelum tu aku tak dapat nak tidur sangat pu…

0007 hrs

Post ni ditulis pada jam 12:07 a.m..  Yeah, nanti pukul 8 pagi aku nak terbang, aku jadi burung hantu rindukan bulan. Walaupun aku takde tengok bulan pun hari ni. 
Ada sedikit pesanan I nak tinggalkan kat uols. Mula dari esok sampailah 27 Disember nanti, blog ni akan terbiar sepi tanpa berpenghuni. Means, akak tak post apa-apa tau. Jadi, janganla sibuk whatsapp wechat akak mintak update blog ni sebab akak malas nak angkut sekali laptop kesayangan ni. Mana nak cekau wifi, line data pun slow nak mampus kat sana nanti. Akak bukan stay kat Kota Kinabalu tau. Kat Lawas ni sebab dia masih lagi belum berapa dimajukan, so bab-bab tenet ni memang masalah sikit. Doakanlah ada kemajuan nanti k? Duit berbilion tu kalau simpan je tak guna. Baik majukan kawasan-kawasan yang belum maju ni ha. Eh politik pulak. 
Pada malam yang indah hening dan permai ini, aku nak bagitau samting. Mulai dari hari ni, kot ye pun nak stalk blog ni, janganlah susahkan orang lain. Means, kalau aku ada post nama seseoran…

Tamatlah perjuangan

Image
Maka dengan ini, aku dengan bangganya nak bagitau, aku dah tamat semua kertas termasuklah yang ulangan. Punya lama aku tunggu saat ini lebih-lebih lagi dengan perangai aku yang lebih suka terbongkang kat rumah sementara menunggu paper seterusnya walaupun sepatutnya aku study hoho. 
Paper ulangan ekonomi semester 2 tadi berjaya merawat luka yang berdarah di hati sejak aku menjawab paper ulangan ekonomi semester 1. Lepas paper ulangan ekonomi 1 haritu, memang hati aku sungguh sakit dan kecewa sangat-sangat. But I didnt cry for it. Kecewa yang sangat mendalam sampai takda rasa nak nangis pun. Rasa masa tu aku dah kecewakan bapak yang sudi sponsor RM100 semata-mata untuk aku repeat paper ekonomi dan geografi. Macam dah tau je apa result tu nanti. Betapa masa tu aku mengharap sangat-sangat untuk aku berjaya menjawab paper ekonomi sebab aku tak rasa geografi nanti akan jadi cantik. Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku masa paper geografi tu. Macam aku langsung tak dapat apa-apa input sep…

Jumaat ni fly!

Okeh mungkin dah terlalu lewat untuk aku post pasal usia aku yang dah sampai part terakhir usia pangkal 1. Tahun depan dah naik pangkal 2,. Sobs.. 5 Disember haritu dah birthday aku tapi nampaknya masa tu aku terlalu malas nak bukak laptop dan biarkan je idea berkulat dalam otak. Happy bithday to me yay!
Okeh bersempena dengan tajuk tu, mudahan paham la ye. Iaitu Jumaat ni bersamaan dengan 11 Disember 2015, aku bakal terbang ke Kota Kinabalu. Bukan melancong biasa-biasa, nak balik kampung nih. Taksabar giler aku nak cari gaduh dengan budak-budak kecik merangkap sepupu dan anak-anak buah aku wuuu! Sekarang ni rasa macam kaki tak jejak lantai sebab eksaited sangat. Aku dah siap pack baju sumbat dalam luggage. Walhal Jumaat baru pergi sana. Hari ni baru Rabu. Rasa macam lambat sangat nak Khamis ni. Aku dah cukup reput kat rumah ni. Tiap pagi keluar bilik pukul 9.30 pagi. Ooppss, jangan tuduh aku lewat bangun tau. Aku dah bangun awal pun cuma malas nak hadapi hari lebih awal. Biarlah aku…