0007 hrs

Post ni ditulis pada jam 12:07 a.m..  Yeah, nanti pukul 8 pagi aku nak terbang, aku jadi burung hantu rindukan bulan. Walaupun aku takde tengok bulan pun hari ni. 

Ada sedikit pesanan I nak tinggalkan kat uols. Mula dari esok sampailah 27 Disember nanti, blog ni akan terbiar sepi tanpa berpenghuni. Means, akak tak post apa-apa tau. Jadi, janganla sibuk whatsapp wechat akak mintak update blog ni sebab akak malas nak angkut sekali laptop kesayangan ni. Mana nak cekau wifi, line data pun slow nak mampus kat sana nanti. Akak bukan stay kat Kota Kinabalu tau. Kat Lawas ni sebab dia masih lagi belum berapa dimajukan, so bab-bab tenet ni memang masalah sikit. Doakanlah ada kemajuan nanti k? Duit berbilion tu kalau simpan je tak guna. Baik majukan kawasan-kawasan yang belum maju ni ha. Eh politik pulak. 

Pada malam yang indah hening dan permai ini, aku nak bagitau samting. Mulai dari hari ni, kot ye pun nak stalk blog ni, janganlah susahkan orang lain. Means, kalau aku ada post nama seseorang ke apa ke, korang direct tanya aku je. Jangan susah-susah pergi tanya empunya nama. Ni tuan tanah kan ada. Tanya je aku. Boleh je aku bagitau. Kesian dia. Kalaulah sekiranya aku ada up post dengan terkandung nama seseorang, tu mungkin aku tengah hepi overdose atau feeling rasa nak terjun dari tingkat tertinggi menara Twin Tower sebab marah dan kecewa sungguh.

Percayalah, akak punya kemarahan ni jarang lama-lama. Banyak perkara dah berubah sekarang. Aku dah tak macam dulu. Kepala budak-budak. Biasalah. Sejak kes dalam entri I see fire haritu, aku dah belajar banyak benda. Masih belajar dan terus belajar. Ni balik kampung ni, pasal nak menuntut ilmu dari atok ler. Orang lama banyak pengalaman. Sambil-sambil bercuti tenangkan fikiran, aku nak dengar macam-macam perkara dari keluarga sebelah mak. Asyik dengar dari keluarga sebelah bapak je. Nampak sangat aku kena brainwash. Hoho. Dah ler guna bahasa Melanau Bintulu pekat, kadang-kadang aku ni ternganga jugak. Almaklumlah, sis ni kacukan Melanau Bintulu-Kedayan Limbang/Brunei plus Sabah sikit. Banyak bahasa kena kuasai. Hahaha. Nanti dah kawen, aku paksa anak aku belajar jugak bahasa-bahasa ni semua. Plan sampai ke anak dah ni. Calonnya belum tentu ada ke tidak. :D

Oleh itu, akak nak mengakhiri post ini dengan ucapan, "kenanglah daku dalam doamu". Hahahaha. Moga-moga esok dalam flight akak jumpa pramugara hensem dan peramah sungguh. Takpun, penumpang seat sebelah hensem namatey dan bujang. Boleh aku move on cepat sikit. Doakan aku dapat diorang punya ID Wechat, nombor henpon, username Twitter serta account Facebook. Takpun alamat rumah. Nanti utus pigeon hantar surat kat dia. 

Bye korang. Jangan tengok lama-lamalah. Nanti rindu. Beauty Kaseh~ *penangan iklan Maria Farida tergedik-gedik kat iklan TV3*

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian