Balik kampung #part1

Yo! Lama tak duduk depan laptop ni. 17 hari aku tinggalkan laptop berwarna maroon ni terdampar atas meja bersendirian tak berteman. Mana-mana yang memang dah jadi pembaca tegar kat sini, mohon maaf sebab dah lama tak update. Post HARITU kan dah bagitau. Maka, hari ni 27 haribulan dan aku telah pun selamat kembali ke rumah ni dengan keadaan sedikit masih pening-pening lalat sebab jet lag tetapi demi blog yang kelihatan agak berhabuk seperti laptopnya, update hajelah. 

PERINGATAN! Kat post ni nanti, bakal ada banyak gambar. Kot....

Seperti yang anda tahu, aku telahpun terbang ke Kota Kinabalu pada 11 Disember 2015 yang lalu dari Bintulu pada pukul 0810. Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut, tolong pastikan anda bukan dalam keadaan yang serius sebab ada certain part akan buat anda rasa aku ni bangang dan bakal menjengkelkan korang. 

Pada pagi yang sejuk boleh boleh ngam badan aku yang berlemak berketul ni, aku bangun awal. Actually, malam sebelum tu aku tak dapat nak tidur sangat pun. Eksaited sangat nak fly. Walhal yang mendorong aku susah tidur pada malam tersebut ialah aku tidur petang. Hahahah! Pada pukul 6 pagi, aku dihantar ke airport oleh bapak aku sendiri memandangkan aku kengkononnya nak nikmati sendiri pengalaman ke airport oleh bapak. Tak ler kempunan nanti memandangkan aku akan berjauhan dari beliau selama 2 minggu. 

Sampainya di airport, aku dalam keadaan sedikit hampa sebab bapak aku cuma turunkan aku kat airport lepas tu wish "safe flight" dan akhirnya berlalu pergi sebab nak kerja. Ceh. Maka dalam keadaan mulut hampir-hampir nak menyumpah tapi tak jadi sebab takut nanti kapal terbang tu terhempas dan aku tak sempat nak mintak ampun dari bapak, maka aku mencapai sebijik troli dan masuk ke airport ambil feeling jadi pelancong berpengalaman merantau berbatu-batu jauhnya di seluruh dunia walhal takde la banyak sangat tempat aku dah tuju. Boleh kira guna sebelah tangan je. Apabila aku dah berada dalam ruang airport, penghawa dingin airport tu sedikit menjengkelkan sebab buat aku rasa nak terkencing sebab sejuk sangat. Hampeh. Mata meliar tengok security check dan kaunter check-in sebab nak tengok macam mana orang buat tapi masalahnya, belum bukak dan belum ada orang. Lagi lah level menghampehkan setiap manusia tu bertambah. Aku nak kencing ni. Dah la travel sorang-sorang tak berteman dan manusia yang bertugas pada waktu tu belum sampai-sampai lagi. Tagune taguneeee.

Dalam keadaan aku berusaha bersabar dan mengawal level ke"nervous"an tu, aku tertengok satu LED board kat kaunter check in yang masih lagi belum berpenghuni. Ayat dia lebih kurang gini:

PLEASE TAKE UR BOARDING PASS AT MHKIOSK BEFORE CHECK IN.TQ
Aku ni dahlah tak pernah sorang-sorang fly, lepas tu tertengok benda-benda yang sungguh membuatkan aku makin nervous. Aku mati-mati ingat aku kena ambik lagi boarding pass kat MHKIOSK tu sekali lagi walhal yang ada kat tangan aku masa tu, pun dah boarding pass. Bangang. Kalut semacam kol pembeli tiket, nak reconfirm betul-betul. Malam sebelum fly tu, punyalah panjang penerangan pembeli tiket kat aku tapi nampaknya aku tak tumpukan perhatian. Sampai sekarang pun aku masih lagi geram dan saket hati dengan diri sendiri sebab buta tak baca betul-betul kertas yang ada kat tangan. Lepas dari tu, pegawai imigresen telah pun sampai maka security check pun bermula. Apa aku buat lepas tu memang mengujakan. Aku perhatikan dulu macam mana individu lain buat dan lepas tu aku terkedek-kedek tolak troli aku nak letak beg kat security check. Pastu aku nampak orang beratur kat kaunter check in. Aku pun ikut. Maka selesai satu hal dan hajat nak buang sisa menjadi semakin cerah. Lepas setel semua, aku letak balik troli kat tempat asalnya iaitu di luar. Baik kan aku? Hoho. 


Aku bawak 2 beg. Ingatkan nak bawak yang coklat tu jadi hand carry tapi aku batalkan niat sebab terlalu berat untuk disangkutkan kat bahu. Aku letak je cargo duadua. Aku old school sebab belum nak pakai beg beroda. Bayangkan jelah macam mana aku menyumbat barang kat beg hitam putih tu. 

Keluar dari tandas selepas melunaskan hajat yang tertangguh selama lebih 15 minit, aku naik eskalator nak pergi atas untuk persediaan berlepas. Kat atas tu, sekali lagi berlaku kebangangan aku. Haih. Pada awalnya aku rasa aku dah cukup bersedia lepas scan ketiga-tiga device aku dan kemudian menonong masuk ke balai menunggu. Lepas je staf airport memanggil penumpang ke Kota Kinabalu, masa staf tersebut nak ambik samting kat tiket tu, rupanya... aku tak menyinggah sebentar di kaunter imigresen untuk pemeriksaan identiti untuk kebenaran berlepas. Terpaksalah aku kembali semula ke kaunter imigresen dan menayang wajah inosen ini kat akak imigresen untuk mendapatkan cop beliau yang berbentuk segi tiga. Aku saspek diorang ni pengikut Iluminati. Hoho. 

Setel semua, barulah turun dan akhirnya berjalan penuh konfiden ke pesawat MASWINGS MH3324. Korang jangan ingat semuanya dah berjalan lancar. Masih ada lagi episod kebangangan aku. Masuk je ke dalam pesawat tersebut, aku disambut penuh sopan santun oleh abang pramugara yang membuat aku jatuh hati pada kesantunan beliau walaupun menyedari, tu memang skop tugas dia. Tapi, itulah kali pertama aku disambut dengan ayat, "Assalamualaikum dik. Selamat datang." Dia panggil aku dik! Kembang semangkuk jamban jap. Biasa orang panggil aku "kak" walaupun usia aku belum masuk pangkal 2 pun. Tahi betol! Ekceli abang tu muka macam pelakon Ammar Alfian. Hitam manis dan sado. Hihi. Masa aku nak duduk kat tempat aku, dah ada sorang uncle duduk di seat sebelah. Tapi tempat duduk aku bersebelahan tingkap dan uncle tersebut terpaksa berdiri untuk memberi laluan kepada aku untuk duduk. Seat aku masa tu ialah 14F. Ni dia part bangang yang aku mention tadi. Aku nak pakai tali pinggang keselamatan. Oke dah masuk. Pastu aku nak test macam mana bukak dia. Macam-macam cara aku buat, aku tarik, aku pulas tapi dia tak nak bukak. Lepas tu ada tayangan video mengenai langkah keselamatan dalam pesawat. Barulah paham. Nampak... bangang kan? Hahahaha! 

Perjalanan tu ambik masa selama 1 jam 15 minit dan aku ada satu kelebihan duduk sebelah tingkap. Boleh la tengok luar. Tapi, matahari pulak menyinar terang dan menyebabkan aku silau pulak nak nikmati pemandangan. Tutup je lah tingkap. Sampai je airport Kota Kinabalu, ni memang menyakitkan hati jugakla. KKIA ni dah la besar, lepas tu memang membingungkan. Punyalah jauh nak ambik luggage. Nasiblah masa tu aku ambik keputusan untuk ke tandas dan buang sisa. Kebetulan, ada penumpang sama satu pesawat. So, aku tanya dia. Rupanya dia ni orang Sabah. Asal Penampang. Dia kat Bintulu pun sebab ikut husband. Dialah saviour aku apabila dia memberitahu macam mana nak ambik luggage. Sekali lagi, kena lalu uncle aunty imigresen. Hmm. Tapi sayangnya, akak tu memang bawak badan je. Tak bawak luggage pun. Baru nak sama-sama dengan dia. 

Maka terpaksalah aku menguatkan hati dan berjalan keluar dari kawasan balai menunggu sambil-sambil amazed tengok manusia pelbagai rupa, bangsa dan warganegara. Nama pun Kota Kinabalu International Airport kan. Hoho. Tempat shopping pun ada. Boleh tahan. Sambil buat muka cool walhal dalam hati rasa nak bom airport tu sebab menyusahkan aku untuk mencari kaunter imigresen untuk dapatkan beg-beg aku. Aku keluar dari situ dan nampak sorang staf, lalu bertanya beliau, kat mana kaunter imigresen. Katanya, "sampai suda ba ni. Masuk dalam." Sambil tersenyum. Sekali lagi aku jatuh hati pada kehenseman wajah dan kesantunan lelaki. Masuk je aku kat tempat yang beliau tunjukkan tu, aku nampak ramai orang berbaris untuk dapatkan pengesahan imigresen sebelum dapatkan barang masing-masing. Ramai giler. Dan semua kaunter bukak. Sampai turn aku, akak imigresen tanya, "dari Bintulu?" Dan aku apply bahasa Sabah untuk kali ketiga di KKIA. Mula-mula dengan akak saviour, lepas tu kat abang staf airport dan kali ketiga dengan akak imigresen. Lepas pengesahan selesai, sekali lagi aku perhatikan orang ramai. Diorang turun ke eskalator, dan aku pun menonong ikut jugak. Sampai sana, oh kat situ rupanya ambik luggage. Ngam kakak sepupu pun kol tanya aku kat mana, dalam keadaan terkocoh-kocoh kejar beg aku, aku bagitau, "jap tengah ambik beg!" 

Selesai ambik beg, aku jumpa balik akak saviour, rupanya dia ikut aku. Sempat la berbual bual pendek sebelum aku jumpa pakcik aku dan anak dia. Rasa macam separuh beban sesat kat KKIA hilang macam tu aje. Lega giler dapat keluar dari kesesakan orang ramai kat aiport tu. Lepas je dari tu, aku terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk berjumpa dengan kakak kepada mak aku. Sebenarnya, adik bongsu mak aku admitted kat hospital untuk menjalani pembedahan untuk dialisis. Kat lengan. Adik bongsu mak aku ni, dia OKU. Sindrom down. So, memang susah nak handle sebab ada angin dia yang kadang-kadang tak bagus so dia susah nak paham keadaan. Masa dia kat bilik pembedahan pun, orang nak cucuk bius pun susah. 8 orang kena pegang dan tahan dia untuk cucuk bius. Tapi tenaga dia masa tu memang kuat. Tak sangka giler. Lepas orang cucuk bius, pun dia masih tahan mata dia dari tidur walaupun dia dah lemah. Ni memang epic la. 

Aku pulak, memang dah dalam keadaan keletihan dan dalam masa yang sama masih lagi jet lag. Aku tidur je depan lif walaupun orang ramai lalu lalang sementara menunggu pembedahan tu selesai. Ntah berapa lama dah aku terlentok tenang kat tiang. Memang tahap mengantuk la sampai mak cik pak cik aku semua dah duduk kat kerusi. Aku sorang je masih elok kat lantai. Kesian betul la. Baru je sampai bukannya dibawak gi shopping mall ke buat aku hidup sikit. Terus ke hospital. Tu pasal aku lesu. Dari jam aku dibawak ke hospital pukul 10 pagi sampai lah pukul 8 malam, bayangkan jelah belakang aku memang dah tak betul rasanya. Penat! Malam tu, aku bermalam di Cyber City Apartment yang menjadi rumah singgah keluarga sepupu kalau diorang akan bermalam di KK. And guess what, aku takleh tidur langsung! 


Ni makcik aku dari Brunei. Dia kat KK pun memang hajat nak melancong sambil nak lawat makcik aku yang OKU tu. Actually, dia ni mak tiri sepupu aku je. Suami dia kawin baru. Suami dia ni ipar mak aku, means, kakak mak aku lah. Tapi maklong dah lama meninggal so ni lah dia maklong aku yang baru. Aku panggil dia, Tua. Sebab suami dia pun kitorang semua panggil Tua Amit. 


Aku. Ajim. Kaka Mimi.
Kenapa kami bertiga bergambar bertiga macam ni? Sebab tiga-tiga pun anak tunggal. Yang lelaki kat tengah tu adalah yang paling bongsu. Kalau kami bertiga sama sama macam ni, orang akan anggap adik beradik. Dan aku adalah kakak sulung. -.- Walhal yang baju cekelat tu la yang paling tua. 
Okay, part 1 tamat. Tunggu je part yang seterusnya. Dan aku sendiri tak pasti post ni akan ada berapa banyak episod. Hoho.
 



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian