Jumaat ni fly!

Okeh mungkin dah terlalu lewat untuk aku post pasal usia aku yang dah sampai part terakhir usia pangkal 1. Tahun depan dah naik pangkal 2,. Sobs.. 5 Disember haritu dah birthday aku tapi nampaknya masa tu aku terlalu malas nak bukak laptop dan biarkan je idea berkulat dalam otak. Happy bithday to me yay!

Okeh bersempena dengan tajuk tu, mudahan paham la ye. Iaitu Jumaat ni bersamaan dengan 11 Disember 2015, aku bakal terbang ke Kota Kinabalu. Bukan melancong biasa-biasa, nak balik kampung nih. Taksabar giler aku nak cari gaduh dengan budak-budak kecik merangkap sepupu dan anak-anak buah aku wuuu! Sekarang ni rasa macam kaki tak jejak lantai sebab eksaited sangat. Aku dah siap pack baju sumbat dalam luggage. Walhal Jumaat baru pergi sana. Hari ni baru Rabu. Rasa macam lambat sangat nak Khamis ni. Aku dah cukup reput kat rumah ni. Tiap pagi keluar bilik pukul 9.30 pagi. Ooppss, jangan tuduh aku lewat bangun tau. Aku dah bangun awal pun cuma malas nak hadapi hari lebih awal. Biarlah aku berbungkus selimut terbongkang lagi atas katil sampai jam dekat-dekat pukul 10.00 pagi hoho.

Sepatutnya aku balik sana hari Sabtu ni tapi atas permintaan makcik makcik aku, balik jelah 11 haribulan kan. Pasal tiket, mula-mula memang satu hal la. Harga mahal sangat. Nasib baik makngah aku sponsor. RM619 total harga tiket. Mau tak terkujat jantung aku tengok harga dia. Kalau ikut kepala jimat aku, aku naik je dari Miri ke Lawas. Baru RM200++. Tak sampai RM300 pun. Tiket bas pergi Miri takdelah mahal sangat. Tapi ni atas paksaan makngah aku, direct je dari Bintulu ke Kota Kinabalu. Selamat sikit. Iyolah. Taulah muka aku ni tak nampak macam kaki adventure. Jangan lupa tau, aku pernah balik jalan kaki dari SK Kampung Baru yang sebelah SMK Bintulu tu balik rumah. Time bulan puasa panas terik lagi tu. Siap kena kejar anjing. Tapi tu masa aku darjah 4 la hahahah. Itupun ada Asmah temankan. Maka berlari marathon lah aku dengan Asmah ketika itu. Hekhek

Kebetulan pulak pada tarikh tu nanti, sepupu aku memang kebetulan ada kat KK so senang sikit. Harap-harap la lepas tu ada lagi pengembaraan di Kota Kinabalu. Macam tahun lepas ahahahah! Dari Sipitang kira-kira pukul 8 pagi camtu, sampai KK dah pukul 10. Dari stesen bas nak seberang jalan siap lalu Bukit Bendera semata-mata nak pergi tandas, memang masa tu aku tak letih langsung. Lepas tu kena lintas balik jalan, nak cari van sewa. Tambang singgit sorang. Destinasi, ke 1Borneo. Tempat wajib pergi kalau pegi Kota Kinabalu. Cuci cuci mata jelah noks. Nak shopping lebih-lebih, memang mak tak mampu. Dalam kata tak mampu, ada jugak rembat baju 2 helai dengan skirt ahahaha. Menipu je lebih.

Kali ni, barang-barang tak bawak banyak. Dan memang masih ada ruang dalam beg. Lepas tu aku terfikir, apa kejadahnya aku nak bawak sampai 2 beg kalau 1 luggage dah cukup... Oke aku kena bawak buku mewarna aku. Takmau tidur tengah hari waima kat kampung sekalipun. Setakat ni aku kurang tidur petang kecuali hujung minggu. Lagipun kat kampung tu ada banyak benda aku boleh buat kalau bosan. Main ngan kucing ke, ayam-ayam nenek aku banyak. Dan yang pasti, budak-budak semua ada. Kan cuti sekarang ni. Abes la korang. Makcik korang yang ganas ni dah touchdown kampung. Kita tengok sapa kena smackdown. Ngehngehngeh~

Satu benda yang special pasal kampung aku ni, kira-kira 5 minit berkereta dan 15 menet berbasikal (bergantung speed la, kalau aku, 10 menet jer. Ni guna timing atok aku), dah sampai ke pos imigresen Sindumin. Dan untuk pengetahuan uols, Sindumin dah termasuk daerah Sabah. Ertinya, kampung aku, Merapok ni bersempadan dengan Sabah jer. Memang kawasan keluar masuk orang ramai lah. Brunei la yang paling banyak melintas ni. Nak gi KK kata diorang. Kebetulan, makcik aku dari Brunei ada kat kampung sekarang. Mungkin nanti, jumpa kat KK je. Diorang nak g KK hari Khamis nanti. Lagipun flight aku nanti pukul 8 pagi. Ya Allah, tazabarnyeeeee!

Pasni boleh la acah-acah gi airport sorong troli. Say gudbye dengan bapak aku, macam nak pergi lama. Walhal 27 haribulan nanti balik sini ahahaha. Okeh takyah fikir Bintulu. Yang penting aku nak ukur tanah kat Sipitang dan Lawas nanti. Tengok tamu. Nak borong tudung. Aku bawak tudung 4 helai je. Semua instant punya. Hihi. Jimat masa nak lilit. Sarung je. Mungkin aku borong tudung instant je nanti. Tapi nak jugak beli shawl hahaha aku rasa aku dah ketinggalan zaman dah. ntah lah, kita kena tengok bajet dulu. Bajet ciput tapi nafsu membeli besar, satu hape pun takleh beli nanti. N kena fikir jugak, just in case exceed luggage nanti kan. Mana aku nak cekau duit? Hihi. Yang penting, balik kampung, jumpa atok, makcik, kazen, sedara mara serta jiranku sahabatku. Jiran-jiran pun semua kaum kerabat je. Hoho.

Nampaknye lepas dari 27hb la baru nampak balik post kat sini. Aku takkan update apa-apa kat blog sepanjang aku kat sana sebab line tahap tahi keras takmau keluar dari tutttt. Laptop pun aku tak bawak. Dan aku tak install blogger dalam manamana device aku. Jangan rindu aku tau? Toksah mintak souvenirs. Aku kedekut tahap air digenggam setitik pun tak keluar menitis. Aku kena sambung pack barang-barang. Yang baju-baju semua dah setel. Tinggal nak pack segala keperluan asas macam berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu dan lain-lain. Pin tudung kena bawak lebih. Asal pergi mana-mana, memang ada jembalang curik pin tudung sampai tak dijumpa sehingga ke hari ini. Kena letak dalam satu tempat yang paling selamat. Oh yes. Aku dah jumpa kenapa aku kena bawak 2 beg. Satu beg nak letak segala benda-benda nilah. Malas nak sumbat lagi. hahahah oke thanks layan I yang merapu ni. Eksaited tak menyempat. Bai korang. Muah! Hahahahahah. Qu Puteh Qu Puteh, barulah puteh! 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian