Tamatlah perjuangan

Maka dengan ini, aku dengan bangganya nak bagitau, aku dah tamat semua kertas termasuklah yang ulangan. Punya lama aku tunggu saat ini lebih-lebih lagi dengan perangai aku yang lebih suka terbongkang kat rumah sementara menunggu paper seterusnya walaupun sepatutnya aku study hoho. 

Paper ulangan ekonomi semester 2 tadi berjaya merawat luka yang berdarah di hati sejak aku menjawab paper ulangan ekonomi semester 1. Lepas paper ulangan ekonomi 1 haritu, memang hati aku sungguh sakit dan kecewa sangat-sangat. But I didnt cry for it. Kecewa yang sangat mendalam sampai takda rasa nak nangis pun. Rasa masa tu aku dah kecewakan bapak yang sudi sponsor RM100 semata-mata untuk aku repeat paper ekonomi dan geografi. Macam dah tau je apa result tu nanti. Betapa masa tu aku mengharap sangat-sangat untuk aku berjaya menjawab paper ekonomi sebab aku tak rasa geografi nanti akan jadi cantik. Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku masa paper geografi tu. Macam aku langsung tak dapat apa-apa input sepanjang aku study sorang-sorang kat rumah. As usual memang aku lebih suka study malam. Sebab tu kot payah sikit dan memang banyak dah lupa sebab tu 2 semester yang lepas kot.

Sepanjang menjawab paper tadi, memang diakui aku tersenyum sendirian. Buat pertama kalinya, aku rasa konfiden menjawab soalan objektif dalam ekonomi. Dia tak macam semester 1 yang lepas. Banyak kepada nak detect harga dan kuantiti keseimbangan. Tak macam semeser 2 ni. Tu yang seronok sikit plus aku dah selesaikan kesemua kertas model dalam buku yang aku beli. Banyak soalan yang aku buat dalam kertas model tu serupa dengan apa yang ada dalam exam tadi. Thats why memang super puas hati. 

Esei as usual, kelentong sana sini. Ada gakla baca esei-esei ni tapi tak dapat dihayati seperti mana aku menghayati novel chentan chentun. Kali ni memang berjaya lengkapkan semua esei. Walaupun kelentong. Tolongla bagi markah ihsan sebab aku tunjukkan effort nak jawab semua soalan. Bahagian C pulak, sungguh tak disangka-sangka keluar kira kadar penggangguran, pendapatan per kapita dan segala yang sewaktu dengannya. Hepi giler seh! Walaupun tak study sangat bab 1 tapi dia keluar jugak. Nasib la masa sem 3 memang terer kira benda tu so bila dia tetiba keluar dalam ulangan semester 2, memang rasa nak buat lompat bintang 5 kali. 5 kali jer tau. Lebih dari tu, akak mengah hoho. 

Sesungguhnya inilah kali pertama akak rasa sungguh gembira lepas menjawab paper. Tapi aku tak pasti tu hepi sebab apa la kan. Mula-mula aku rasa aku gembira soalan senang dan boleh jawab, tapi dalam masa yang sama aku rasa aku jugak hepi sebab dah last paper kan. Pasni cuti. Dia punya thrill tu tak sama macam lepas abis SPM dulu. Rupanya dulu tu tak thrill sebab aku cuma tamat sekolah kat SMK Baru je tapi beberapa bulan kemudian still jadi budak sekolah balik kat SMK Bandar. Lama aku tunggu saat ni hahaha! Pasni no more remaja-lah-sangat. 

Berikut merupakan post yang aku letak kat instagram dan Facebook lepas tamat paper. 


Caption perenggan kedua tu mohon ampun kalau ada yang termuntah lepas membacanya. Tu gambar sebelum masuk dewan exam. Dan yang kat sebelah akak tu adalah orang yang bersama-sama dengan akak menamatkan perjuangan STPM 2015 dengan jayanya. Sama-sama sengih lepas abes paper. Tetiba rindu pulak dengan cikgu-cikgu yang jadi pengawas peperiksaan. Baik betul diorang tu. Cikgu Michael Lody, Cikgu Terry dan ketua pengawas yang aku tak pasti nama dia. Aku panggil dia cikgu Wolverine sebab ada iras-iras wolverine hoho. Cikgu Michael tu la yang paling banyak jalan sana-sini. Sudahlah tadi aku yang pertama mintak kertas. Masa aku toleh belakang, aku tengok dia tengah sengih-sengih tengok henpon. Maka terpaksalah diriku mengetuk meja dan mengganggu konsentrasi calon lain yang tengah struggle untuk menjawab soalan sekaligus meneveskan diorang untuk usaha menjawab soalan hoho. Maka lepas tu aku menyambung menjawab dan kemudian mengetahui aku masih ada lagi satu helai kertas yang memang disediakan. Tak menyempat punya pasal sebab tengok soalan esei rasa macam dah nampak sparkle untuk jawapan kepada soalan tersebut. 

Tadi aku jugak berjaya menyiapkan semua soalan kira-kira 20 minit sebelum masa tamat. Hampir reput jugakla menunggu jam menunjukkan tepat 10 pagi. Habis je pengawas exam kutip semua kertas jawapan, klasmet aku yang paling nakal dah mula tolak kerusi sebab nak bangun. Walhal cikgu 3 orang tu masih lagi sibuk mengira. Mau tak senyum diorang tengok gelagat remaja-lah-sangat yang tak sabar-sabar nak abes paper ni hahahahah! Keluar je dari dewan exam, aku dah keluarkan tab aku dan menghidupkan aplikasi B612. Nak selfie la apa lagi. Masih kat tangga, aku dah ajak yang lain selfie sekali tapi nampaknya yang respon cumalah 3 orang tu. Walaupun pengawas exam tengok dari atas, tak peduli. Gasaklah selfie. Aku tau dia gelak tengok aku. Takpe, sis tak kesah pun. 

Dan untuk merayakan paper terakhir, pegi ke restoran seberang tu dan aku mendapat tahu, aku nak dibelanja oleh 2 manusia sempena meraikan birthday aku lagi 4 hari. Hehehe mekasih awak berdua, besfren diorang ni, since 2014. Cik Bridget dan Cik Erica, thanks sebab ingat I yang baru nak masuk 19 tahun ni.

Maka berakhirlah segala jerih perih 3 semester aku di SMK Bandar walaupun dulu memang rasa nak givap. Setinggi-tingi penghargaan aku kalungkan kepada bapak sebab menaruh kepercayaan untuk aku berada dalam tingkatan 6 ni. Pada mak, maaf sebab dulu Na tak dapat masuk IPTA. Tapi walau apa-apapun, Na dah berjaya tamatkan semua ni. Na tak jadi masuk Politeknik. Rindu mak. Kepada semua, thanks a lot sebab percayakan aku. Sayang semua :)





P/s : Post ni sepatutnya dah post 1 Disember tapi masa tu internet memang down giler. Aku baru ingat nak post hari ni. Thanks...

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak