Posts

Showing posts from 2016

I wanna go home!

November is coming to the end dan December bakal menjelma. Sepeti tahun-tahun sudah, aku jugak memutuskan untuk pulang ke kampung halaman tempat lahirkuu~
Mula-mula memang fikir nak balik next year je. Sebab cuti yang agak terhad pasal tu la tak fikir sangat nak balik jugak tahun ni. Tapi nampaknya makcik makcik aku begitu merindui kepulangan aku ke kampung maka sejak seminggu lepas aku asyik belek kalendar nak rancang bila nak balik sana. 
Tarikh dah tetap. Tinggal nak submit borang cuti. Hakikatnya semua orang tau aku memang akan bercuti bulan hadapan. Asyik diorang je cuti, tiba pulak giliran aku yang bercuti. Hohoho~ Ada sebab lain jugak aku nak balik kampung ni. Salah satunya memang seruan makcik makcik aku kat sana jelah. Lagi satu pasal aku nak menenangkan fikiran dari stress kerja. 
Memang la akan ada orang heran, "aih, keja kede buku jak pun, stress apanya?" Sepatutnya memang tak stress la, pasal kerja kedai, cuma banyak sibuk susun barang je. Tapi aku ni Retail As…

Minah sekut

Halo uols. Takde masa aku nak update blog ni sebenarnya. Plus takde mende sangat nak story. Biasa aku post kat Twitter je. Takpun aku gi melalut je kat sapa-sapa yang sudi dengar. Haritu dapat skuter sebijik. Sebab memang dah impian hasrat di lubuk hati paling dalam untuk dapat motor. Paling senang skuter jelah. So, bapak aku pun dengan baik hatinya, belikan aku skuter. Yamaha Ego LC. Kaler biru + hitam + kuning sikit. Memang yang kaler kuning tu boleh kira aku mintak tauke kedaj hapuskan 70% la pasal kaler kuning dia macam kaler cirit. Geli ahahahaha. Selepas seminggu, baru aku diberi kebenaran bawak skuter pegi kerja. Jangan soal pasal lesen. Aku kira stok hati kering je bawak kat jalan. Tapi dont worry be happy. Aku dah register dah pun. Tunggu hari nak kursus je nih. Nak diceritakan, baru hari kedua aku bawak baby boooncit aku tu, aku terbabas tercampak ke pokok bunga yang ditanam oleh BDA. Kawasan kejadian berdekatan dengan Parkcity Mall. Masa tu hujan renyai-renyai dan apa yang …

"Wajib sambung oh, jangan tak sambung oh!"

Semalam aku jumpa dengan bekas guru kelas masa form 6 dulu, Cikgu Lily. Pada beliau aku tumpahkan segala rasa sedih bila tak dapat sambung ke mana-mana universiti. Katanya, cuba lagi. Kalau tak, masuk swasta. Aku bagitau cikgu Lily, kalau tak dapat jugak 9 September ni, aku masuk diploma balik. Sejujurnya, masuk swasta bukan dalam pilihan aku. 
Kebetulan semalam shift morning, balik pukul 7 petang, aku ajak bapak makan kat restoran feveret kitorang di Kampung Assyakirin, Anjung Selera. Aku bagitau dia, pasal apa yang cikgu Lily dah nasihat aku. Cikgu Lily tekankan ayat, "mesti WAJIB sambung. Jangan TAK sambung!" Sampai sekarang masih terdengar-dengar cara cikgu Lily sebut. Bila sebut soal aku disuruh masuk swasta, secara tiba-tiba macam aku terpaham sesuatu dari ayat yang bapak aku cuba sampaikan. Aku mungkin boleh sambung ke kolej swasta, sekiranya kos pengajian hanya dalam RM40K. Tidak termasuk perbelanjaan lain. Macam-macam perkara yang kami bincangkan. Like, ini masalah…

Why?

Hey. Rasa dah lama sangat tak update. Just takde benda nak share. Tapi sekarang aku ada benda nak share so here I am today. 
Last time aku bercerita pasal UPU. Aku takdapat. God knows, I cried a lot during that day. Mood aku sangat down. Hati aku sakit sangat masa tu. Lebih-lebih lagi aku tertekan dengan permintaan orang tua untuk tetap letak harapan. Sedangkan aku sendiri masa tu dah pun putus harapan. Demi dia, aku mohon sekali lagi untuk rayuan. Tanpa bertanya dan memberitahu beliau, aku tukar kontrak aku kat Popular. Kerana hati aku dah terlalu tawar untuk menunggu. Lepas beberapa hari, baru aku bagitau perkara sebenar kat bapak. Beliau terkejut, tapi aku berhak untuk tentukan apa yang aku nak. 
Sekarang, keputusan rayuan tu dah diumumkan. Sekali lagi, berita yang aku terima adalah dukacita. Serious? Apa semua ni? Like, memang la aku tak letak harapan tapi kenapa minta untuk dibuat rayuan kalau tak nak terima? Memang keputusan yang tak reach pointer 3.00 ke atas memang tak layak …

Worth waiting?

Image
Yo! Lama sangat tak update due to haritu sakit sampai admit kat wad. Dah keluar wad pulak, cun pulak tengah sibuk beraya. Lepas beraya, sambung pulak kerja. Kebanyakannya spent time bermalas-malasan sambil-sambil mengenang nasib diri. Harini tetiba terseru pulak nak update.
The time is running. Dan kali ni tak lama lagi benda yang ditunggu-tunggu selama ni bakal tiba. UPU. Yang dinantikan selama ni. Yang selama ni banyak memutar belitkan hal-hal dalam kepala otak aku sampai rasa nak give up. Sumpah, memang rasa nak give up. Mula-mula, memang aku rasa kalau aku dapat pun tawaran tu nanti, aku reject je. Somehow, tetiba beberapa harini aku mula rasa aku tak paptut buat keputusan macamtu. Pada logik akal orang, memang orang akan fikir, "oh, finally minah ni sedar yang dia tak patut berfikir untuk tak nak masuk universiti dah sebab dah selesa sangat bekerja."
Apa yang buat aku berfikir untuk tak mengalah pada penghujung masa ni? Beberapa hari sebelum end of July haritu, para su…

#sissabar

Image
Sila hadam gambar di bawah dengan teliti dan sepenuh jiwa raga.


Aku jamin semua orang tahu apakah benda yang tertera di atas itu. Korang ingat, kami-kami yang kerja kat kedai ni taktau dunia ke? Jangan ingat korang budak uni/politeknik/kolej/kolej vokasional, korang boleh bodoh-bodohkan kami yang kerja kat kedai je ni. Kami mungkin tak berpeluang macam korang untuk sambung pengajian yang lebih tinggi. Tapi sekurang-kurangnya kami berusaha bersabar macam mana nak handle korang punya bangang tu. Otak taktau la letak mana. Kat tapak kaki kot sebab lutut dah tak mampu tanggung. 
1)  Susah sangat ke nak lengkapkan tempat kosong tu?
Bagitau aku, apa yang susah sangat nak lengkapkan baucar tu awal-awal sebelum menyusahkan diri kat kaunter baru nak bercari pen kejadah semua? Datang kaunter dengan buku penuh sebakul, lepas tu cakap nak pakai baucar. Prosedur kami sebagai pekedai mudah, minta untuk tengok IC dan baucar. Bila dapat baucar, rasa nak terjojol bijik mata. Suci murni pulak baucar ham…

Come faster before I lose my hope

Selamat berpuasa! Lama tak update, bukan lupa tapi takdo maso nak buek cano nih. Ada je masa tapi rasanya nak rehat lebih. 
5 Jun haritu dah rasmi sebagai Retail Assistant kat English department di bawah kelolaan Puan Iyda. Tapi itu jugak bermakna terpaksa melepaskan salah seorang lejen kat Popular Bookstore. Aku suka department ni walaupun kadang-kadang rindu jugak kat department lama. Rindu nak susun pen, susun pensel, susun clear holder kat belakang yang ntah pape banyaknya sampai kadang-kadang rasa nak baring kat situ sebab penat sangat. 
English department ni sebenarnya lebih mencabar dari stationary sebab lebih banyak customer yang perlukan macam-macam buku. Maklum pulak sekarang ni musim Me Before You maka berlambaklah pertanyaan dari customer, ada tak buku Me Before You by Jojo Moyes. Takde wahai akak abang sekalian alam semuanya. Plus kalau buku english datang stok pun, paling banyak pun sekotak je. Tu pun isi kotak tu tak semua buku yang sama. Tak macam novel melayu, sekaran…

Tukar department

Akhirnya! Tercapai hasrat nak kerja kat department buku! Nama je kerja kat kedai buku, tapi termasuk kat area stationary pulak! Berbulan mereput sorting clear holder, pricing pen, susun pemadam, susun pen, refill pen, gantung tu, gantung ni, panjat tangga, susun buku nota yang sentiasa bersepah, layan pe'el abang-abang collector Hot Wheels serta seribu satu kesabaran yang terpaksa ditambah setiap kali jumpa barangan bersepah yang buat aku istighfar sendiri serta tertanya-tanya, manusia ke yang keluar masuk popular ni? Kenapa nampak macam ada garuda langgar kapal je?
Dua hari lepas, masa tengah bertungkus lumus menyiapkan tugas pricing barangan jenama under Popular guna pistol price tag, tu jugak la orang-orang dalam ofis panggil aku. Ingatkan permintaan aku nak jadi permanent staf yang ditolak haritu dah dipertimbangkan, rupanya nak tanya aku nak ke pergi English department. Mula-mula aku bagitau diorang nak fikir dulu. tapi aku diminta untuk bagi jawapan on the spot tu jugak. Te…

Refleksi

Aku ada lebih kurang 7 hari bekerja lagi sebelum hari gaji. Bila teringat macam mana aku spend duit gaji aku 2 bulan lepas, memang rasa nak hempuk diri sendiri ke dinding. So untuk gaji kali ni, biarlah aku spend duit semata-mata untuk belanja makan waktu bekerja sahaja. Means, malas nak sibuk beli itu ini. Walaupun sebenarnya, aku jumpa satu lagi buku Lang Leav. Hashtag peminat tegar Lang Leav. 
Dalam tempoh hampir 4 bulan, macam-macam benda sedarkan aku. Lagi-lagi bekerja dalam suasana bukan semuanya umur sebaya. Aku ada 3 support system kat Popular ni. Akak I-can-read-you dan dua beradik tu. Diorang banyak share dengan aku life kit. Akak I-can-read-you adalah orang yang paling banyak nasihat aku. Aku selalu share dengan dia apa yang aku rasa dalam hidup ni. Especially lepas je aku dapat full result STPM. Aku tak dapat 3.00 dan benda tu buat aku rasa makin tak yakin dapat melangkah ke uni life. 
Akak I-can-read-you banyak bagi dorongan. Sampaikan dia ajak aku masuk OUM. Belajar sam…

Just my 20 cents:)

Banyak benda yang berlaku, kadang-kadang buat aku fed up nak hidup. Like, everything perlukan aku untuk berfikir macam mana nak survive sedangkan aku belum punya pengalaman yang cukup sepenuhnya untuk cope everything all by myself. 
This few days, beberapa insiden seolah-olah cuba nak runtuhkan dan jatuhkan aku dari tempat sedang aku berpijak sekarang. Perasaan aku disakiti, ego aku diuji, kesabaran aku menipis dan semua tu nampak betul-betul susah untuk aku atasi. Kalau tak kerana aku mencuba untuk kuat, dah lama kot aku jatuh. Sebelum semua tu datang kacau aku lagi. 

Dalam hidup, macam-macam hal boleh berlaku. Pelangi muncul selepas hujan, ribut datang membawa kilat. Manusia datang dan pergi. Hati diubati kemudian disakiti. The only reason kenapa kita masih kat sini adalah sebab semangat. Bukan sekadar semangat dalam diri sendiri, tapi didorong oleh orang-orang yang sayang dan percaya kita. Family, closest friends atau sesiapa saja yang kenal kita macam mana dan apa yang kita buat …

I still cry

Dah nak masuk 2 tahun. Tapi, dalam fikiran, dia masih menghuni. Dan dia adalah satu-satunya yang akan aku izinkan selamanya tinggal dalam hati. Mohon jangan pergi. Biar jasad tak lagi terlihat, asalkan dalam hatiku tetap ada kamu. 
Hampir 2 tahun, macam-macam hal berlaku setelah ketiadaannya. Aku seperti biasa, masih lagi menangisi kehilangannya. Hadirnya seseorang cukup mengingatkan aku pada dia. Aku sudah lama tak rasa masakan seorang ibu. Hadir beliau, cukup buat aku rindukan pada insan tersayang yang telah pergi. Pada kasih dan budi beliau, aku kadang-kala hampir menangis depan semua orang. 
Hampir 2 tahun itu juga, aku rasa kosong dalam hidup. Saat aku melihat ibu-ibu yang sudah menginjak usia tua, mereka masih lagi teguh bersama anak-anak. Sedangkan aku, kosong sendirian berusaha mencari erti hidup dalam diri. Sering tertanya-tanya, kalau mak masih ada, apa yang akan dia katakan pada aku ketika aku menginjak usia ini? Adakah larangannya masih sama seperti ketika aku masih usia …

UPU oh UPU

Rasanya kali ni memang tahap bingung dan resah. 2 tahun lepas, aku apply UPU untuk masuk diploma tapi sayangnya aku tak dapat. Masa tu aku boleh lagi watlek watpis. Kenapa jelah sekarang tak dapat ekkk?
Sekarang, langsung takda masa yang aku tak fikir adakah aku akan dapat masuk uni. Even masa termenung kat tempat kerja pun aku still fikir benda yang sama dan benda tu memang tak akan berhenti menghantui aku. The only yang aku tak fikir ialah bila aku diberi kerja yang memerlukan kreativiti otak aku. Tapi masa aku tengah memerah otak pasal tu, aku sibuk pulak nak tumbuk customer yang buat kacau masa aku tengah berfikir. Kuang hajo. Masa tu pulak kau orang sibuk nak mengganggu kerja aku dengan menyelerakkan barang yang aku tengah susun. hadei!
Aku selalu jugak share pasal benda ni kat akak-akak aku kat kedai buku tu. Diorang biasanya bagitau,  "relek, perjalanan masih jauh. Ni baru mula. Belum lagi yang seterusnya." - Jenn "Keputusan kau cantik, mustahil kau tak dapat.. …

Now, what to choose?

Image
Bagi orang-orang yang tak ambik repeat paper untuk semester 3, diorang masing-masing dah dapat slip. Tapi bagi hakak ni yang memperjudikan hidup sekali lagi di medan ulangan kertas ekonomi 3, hm tak tau la macam mane ghopenya keputusan paling final nanti. 
Setelah 3 semester aku memperjuangkan sisa-sisa semangat yang berjaya dikutip kembali, inilah yang aku dapat. Nak kata cantik, aku tengok biase je. Nak kata buruk pun, aku berjaya melepasi tahap pointer 2.5. Itu kata bapak akulah. Mungkin dia sendiri tak sangka aku berjaya reach 2.83. Biar aku terangkan satu persatu. Sebelum ni aku ada ambik repeat paper untuk 2 semester awal. Untuk semester 1, aku repeat geografi dengan ekonomi. Masa tu aku cuma dapat D+ untuk ekonomi dan fail untuk paper geografi. Lepas ulang, itulah rupanya. Dapat gak naik sampai lulus. Semester 2, aku mencuba sedaya upaya untuk menaikkan pointer dari 1.33 sampai at least dapat C. Hampeh tak dapat. Sama jer. Free free je RM50 aku melayang nak belanja MPM makan K…

I Am Popularian

Hari yang dinanti sepanjang minggu telah tiba. Adanya hari off menyebabkan aku begitu menghargai rumah biarpun kat tempat kerja lebih sejuk sebab ada air cond je. Oh yes, aku dah memulakan kerjaya di Popular Bookstore di Bintulu Parkcity Mall sejak Selasa lepas. Ngam seminggu dah aku kerja. Puas hati gak a dah dapat kerja. Sambil-sambil cari duit, sambil-sambil tu boleh la kurangkan berat badan sikit. 
Ingatkan aku tak diterima bekerja. Buat aku seram sejuk aje bunyi Miss Kong inform aku. Aku mula bekerja pada selasa lepas pada pukul 12.30 tengah hari. Seksa giler nak mengharungi 1st day walaupun 1st day tu takdelah banyak kerja. Mungkin tengah dalam proses menyesuaikan diri agaknya sampai sakit kepala. Lepas pukul 6, terus kepala aku masa tu berat sangat. Cuma aku malas nak bagitau diorang, nanti tak pasal-pasal kena label diva. Maka aku tahan sampai habis shift pukul 10 malam. Sampai rumah, terus muntah. Teruk ahahaha. Masuk hari kedua, aku dah okey. Full shift lak tu, ingatkan jad…

AlKisah si penganggur terhormat

Paling menyedihkan bagi seorang remaja yang baru sahaja bergelar 19 tahun pada Disember 2015 yang lalu dan tiba-tiba datang tahun 2016 yang mengubah angka 1 pada pangkal umur kepada 2. Why? Why? Why?
Pada usia 20 tahun yang belum cukup bulan ni, aku menghadapi satu perkara yang paling menyusahkan dalam hidup. Aku nak kerja. Well, that doesnt look really much. Masalah dia ialah apabila kau ada sorang bapak yang letak syarat kalau nak kerja. Satu, kena ada sorang kawan yang dia kenal dan dia boleh percaya. Kedua, dekat dengan rumah atau bapak. Syarat kedua tu takdelah susah sangat. Banyak je kerja dekat dengan rumah sampai aku boleh je jalan kaki. Syarat pertama tu yang hampeh betul. 
Antara sebab utama aku nak kerja ialah, nak cari pengalaman. Pastu, aku nak rasa pegang duit sendiri lepas dapat gaji. Ketiga, aku nak lari dari kebosanan kat rumah. Disebabkan aku selalu sangat kat area rumah ni lah, ternakan lemak aku semakin menjadi-jadi dan all I can do is bakar dedaunan berguguran da…

Balik Kampung #part2

Image
Yo! Sori tak sambung terus pasal pengembaraan balik kampung ni. memang nak sangat sambung cepat-cepat so cepat la habis pasal ni tapi masalahnya I demam pulak hoho. Semalam hingus tak berhenti-henti mengalir. Boleh kata semalam tu aku memang tak produktif langsung. Memandangkan hari ni dah sihat sikit, nak lah sambung balik. 
Sambungan dari last post, aku akhirnya memulakan perjalanan pulang ke kampung pada pukul 11 pagi. Mak cik aku yang warded tu pun dah discharge pada hari yang sama so lega sikitlah. Boleh lah balik kampung cepat-cepat. Boleh aku tidur lena ditemani unggas dan embun sejuk. Heheh. Masa on the way nak balik kampung, kami sempat singgah di Putatan kejap. Aku masa tu heran jugak, dah kenapa stop kat Putatan ni. Usually, memang stop kat Papar kalau nak singgah makan pun. Rupanya, aku diajak ke One Place Mall untuk beli sehelai jubah. Sebab esoknya, ada kenduri kendara kat kampung dan aku pulak memang tak bawak mana-mana baju kurung atau jubah. Yang dalam beg semua blau…