Posts

Showing posts from January, 2016

I Am Popularian

Hari yang dinanti sepanjang minggu telah tiba. Adanya hari off menyebabkan aku begitu menghargai rumah biarpun kat tempat kerja lebih sejuk sebab ada air cond je. Oh yes, aku dah memulakan kerjaya di Popular Bookstore di Bintulu Parkcity Mall sejak Selasa lepas. Ngam seminggu dah aku kerja. Puas hati gak a dah dapat kerja. Sambil-sambil cari duit, sambil-sambil tu boleh la kurangkan berat badan sikit. 
Ingatkan aku tak diterima bekerja. Buat aku seram sejuk aje bunyi Miss Kong inform aku. Aku mula bekerja pada selasa lepas pada pukul 12.30 tengah hari. Seksa giler nak mengharungi 1st day walaupun 1st day tu takdelah banyak kerja. Mungkin tengah dalam proses menyesuaikan diri agaknya sampai sakit kepala. Lepas pukul 6, terus kepala aku masa tu berat sangat. Cuma aku malas nak bagitau diorang, nanti tak pasal-pasal kena label diva. Maka aku tahan sampai habis shift pukul 10 malam. Sampai rumah, terus muntah. Teruk ahahaha. Masuk hari kedua, aku dah okey. Full shift lak tu, ingatkan jad…

AlKisah si penganggur terhormat

Paling menyedihkan bagi seorang remaja yang baru sahaja bergelar 19 tahun pada Disember 2015 yang lalu dan tiba-tiba datang tahun 2016 yang mengubah angka 1 pada pangkal umur kepada 2. Why? Why? Why?
Pada usia 20 tahun yang belum cukup bulan ni, aku menghadapi satu perkara yang paling menyusahkan dalam hidup. Aku nak kerja. Well, that doesnt look really much. Masalah dia ialah apabila kau ada sorang bapak yang letak syarat kalau nak kerja. Satu, kena ada sorang kawan yang dia kenal dan dia boleh percaya. Kedua, dekat dengan rumah atau bapak. Syarat kedua tu takdelah susah sangat. Banyak je kerja dekat dengan rumah sampai aku boleh je jalan kaki. Syarat pertama tu yang hampeh betul. 
Antara sebab utama aku nak kerja ialah, nak cari pengalaman. Pastu, aku nak rasa pegang duit sendiri lepas dapat gaji. Ketiga, aku nak lari dari kebosanan kat rumah. Disebabkan aku selalu sangat kat area rumah ni lah, ternakan lemak aku semakin menjadi-jadi dan all I can do is bakar dedaunan berguguran da…

Balik Kampung #part2

Image
Yo! Sori tak sambung terus pasal pengembaraan balik kampung ni. memang nak sangat sambung cepat-cepat so cepat la habis pasal ni tapi masalahnya I demam pulak hoho. Semalam hingus tak berhenti-henti mengalir. Boleh kata semalam tu aku memang tak produktif langsung. Memandangkan hari ni dah sihat sikit, nak lah sambung balik. 
Sambungan dari last post, aku akhirnya memulakan perjalanan pulang ke kampung pada pukul 11 pagi. Mak cik aku yang warded tu pun dah discharge pada hari yang sama so lega sikitlah. Boleh lah balik kampung cepat-cepat. Boleh aku tidur lena ditemani unggas dan embun sejuk. Heheh. Masa on the way nak balik kampung, kami sempat singgah di Putatan kejap. Aku masa tu heran jugak, dah kenapa stop kat Putatan ni. Usually, memang stop kat Papar kalau nak singgah makan pun. Rupanya, aku diajak ke One Place Mall untuk beli sehelai jubah. Sebab esoknya, ada kenduri kendara kat kampung dan aku pulak memang tak bawak mana-mana baju kurung atau jubah. Yang dalam beg semua blau…