AlKisah si penganggur terhormat

Paling menyedihkan bagi seorang remaja yang baru sahaja bergelar 19 tahun pada Disember 2015 yang lalu dan tiba-tiba datang tahun 2016 yang mengubah angka 1 pada pangkal umur kepada 2. Why? Why? Why?

Pada usia 20 tahun yang belum cukup bulan ni, aku menghadapi satu perkara yang paling menyusahkan dalam hidup. Aku nak kerja. Well, that doesnt look really much. Masalah dia ialah apabila kau ada sorang bapak yang letak syarat kalau nak kerja. Satu, kena ada sorang kawan yang dia kenal dan dia boleh percaya. Kedua, dekat dengan rumah atau bapak. Syarat kedua tu takdelah susah sangat. Banyak je kerja dekat dengan rumah sampai aku boleh je jalan kaki. Syarat pertama tu yang hampeh betul. 

Antara sebab utama aku nak kerja ialah, nak cari pengalaman. Pastu, aku nak rasa pegang duit sendiri lepas dapat gaji. Ketiga, aku nak lari dari kebosanan kat rumah. Disebabkan aku selalu sangat kat area rumah ni lah, ternakan lemak aku semakin menjadi-jadi dan all I can do is bakar dedaunan berguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusaraaaa~ Oke tu lagu Misha Omar just in case korang nak tau hahahah. Kalau tiap hari bakar daun je, aku telah menyumbang kepada pencemaran udara dan itu adalah salah di sisi undang-undang. 

Haritu aku dah apply satu kerja tapi nampaknya tauke kedai tu tak berminat nak menerima aku yang debab ini sebagai salah seorang pekerjanya. I can work on shift okeh. Rugi dia tak ambik aku. Ataupun sebab utama dia tak ambik aku ialah, aku langsung takde pengalaman bekerja pun. 

Hari-hari duduk kat rumah, buat benda yang sama, online memanjang, memang tak lama lagi cepat je aku jadi lebih besar dari apa yang orang biasa tengok. nasib baik Astro bagi saluran free. Dapat aku layan movie tapi masalahnya movie dia suma bukan taste aku. Kartun pun tak best. 

Tadi aku sempat chat dengan salah sorang klasmet dan aku baru tau, ramai rupanya yang jadi penganggur terhormat ni. Mati-mati aku ingat aku sorang je yang menganggur.Taktau nak kata apa, tapi memang epic lah hahaha!

P/s : Kalaulah aku tak sibuk nak balik kampung masa disember haritu, senang-senang je aku dapat kerja kat tempat yang baru je aku apply. Hmph. Punya oke dah tempat tu n dia menepati spesifikasi yang bapak aku nak sangat, tetiba tak dapat. Kau tau tak apa rasa dia? Huh




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak