Balik Kampung #part2

Yo! Sori tak sambung terus pasal pengembaraan balik kampung ni. memang nak sangat sambung cepat-cepat so cepat la habis pasal ni tapi masalahnya I demam pulak hoho. Semalam hingus tak berhenti-henti mengalir. Boleh kata semalam tu aku memang tak produktif langsung. Memandangkan hari ni dah sihat sikit, nak lah sambung balik. 

Sambungan dari last post, aku akhirnya memulakan perjalanan pulang ke kampung pada pukul 11 pagi. Mak cik aku yang warded tu pun dah discharge pada hari yang sama so lega sikitlah. Boleh lah balik kampung cepat-cepat. Boleh aku tidur lena ditemani unggas dan embun sejuk. Heheh. Masa on the way nak balik kampung, kami sempat singgah di Putatan kejap. Aku masa tu heran jugak, dah kenapa stop kat Putatan ni. Usually, memang stop kat Papar kalau nak singgah makan pun. Rupanya, aku diajak ke One Place Mall untuk beli sehelai jubah. Sebab esoknya, ada kenduri kendara kat kampung dan aku pulak memang tak bawak mana-mana baju kurung atau jubah. Yang dalam beg semua blaus tshirt jeans je. Tudung pun memang bukan taraf sesuai nak pakai time kenduri. Melayang RM170 aku. Jubah dah RM145. Tu pun nasib baik makcik kedai sudi bagi less. Tak masuk nak beli tudung lagi, brooch kiut miut. Nama pun nak kenduri kan. Walhal dalam purse aku cuma RM300 je. Huhu

Sepanjang perjalanan menaiki kereta Myvi, diakui pinggang aku rasa nak tercabut. Sebabnya, kitorang ada bertiga kat belakang. Makcik aku yang OKU tu, sepupu dan aku. Of course kena la bagi kelebihan sikit kat makcik aku yang sindrom down tu kan. Tapi, paling azab, rasanya sepupu aku lah kot. Dia kat tengah-tengah. Nak menyandar salah, duduk tegak pun salah. Aku kira okelah sikit. masa tu, memang aku rasa nak sangat cepat-cepat sampai sebab aku tak tahan dalam keadaan ni lagi. Tudung toksah citer la, tak tau macam mana dah rupa aku setiap kali kami berhenti kat mana-mana stesen minyak untuk ke tandas. Apa yang penting, aku cuma nak ke tandas dan tak heran dah dengan kekemasan diri. Lagipun, sejak bila aku kesah pasal kekemasan diri? Hahahaha!

Kami sampai ke Merapok dalam pukul 6 lebih macam tu lah. Lega sangat-sangat bila dah sampai. Cepat-cepat aku ambik beg letak kat rumah nenek. Bilik mak aku ler. Lepas tu aku terus mandi dan lega sekali lagi apabila bekalan air kat kampung dah bersih. At least, rambut taklah keras lepas mandi kan. Kalau dulu, air keruh, walaupun dah sental rambut dengan syampu pun, still takleh nak feeling lepas buat iklan syampu. Cuma yelah, bilik mandi dah upgrade sikit. Diorang dah tambah zink kat dinding. Kalau dulu, dua pupu rumah sebelah nampak kalau ada orang mandi. Free show huhu. Tu jelah upgrade nyer bilik mandi rumah nenek aku. Lain takdak.

At first, aku nak tidur kat bilik mak aku je. Tapi, ngah cakap, tidur jelah rumah dia. Lagipun kat rumah nenek tu, kira kosong dah. Tinggal pakcik aku je. Kurang-kurang kalau tidur kat rumah ngah, ada teman untuk sepupu aku. Aku pun, ye je lah. Plus kat rumah ngah ada Astro. Memang budak zaman moden betol la. Hahahaha. Most of the time, aku memang lepak rumah ngah je. Aku pegi rumah nenek kat sebelah cuma masa nak mandi dengan masa nak guna mesin basuh. Tu je. 

Esoknya pada hari Ahad, aku diajak ke kenduri rumah orang kawen kat Kampung Bangkatan. Takdelah jauh sangat. Kira-kira 10 minit je naik kereta. Aku as usual, tak kisah orang ramai ke apa, kalau bab makan free, aku memang tak segan silu pun nak kaut seberapa banyak nasik dan lauk. Bila dah duduk kat kerusi, sedikit segan pulak jadinya sebab ngah dengan kazen ambik sikit je. Aku je yang nampak terlebih muatan dalam pinggan. Kena paham lah, orang yang besar ni, isi dalam pinggannya pun kenalah ikut saiz. hehehe. Dan salah satu perkara paing menarik kalau pergi kenduri-kendara ni, habis lah kau kena salam dengan semua saudara mara. Nasib baiklah rumah yang ni tak de ramai sangat saudara terdekat. Tapi, memang semua macam terkejut bila aku balik. Ape? Aku takleh balik lagi ke lepas mak aku takde? Heh!

Lepas tu, pada waktu tengah hari, pun ada lagi rumah kena tuju. Ada majlis akikah. Yang ni memang epic. Ramai saudara terdekat. Aku ni terus terang je, kalau sebut nama, aku memang tak tau nak beza. Tapi kalau muka, aku kenal la. Aku baru je masuk rumah, orang dah terkejut beruk nampak aku. Dan semua pun macam buat bunyi kesian. "Eh baik anak si Anah anii. Kakal ya mulih jua ke kampung walau mamanya udah nda ada.." Aku pulak terangguk-angguk sambil senyum. Kat sini pun korang nak buat drama sendu ke? belum masuk part aku nak ambik lauk lagi, masa tu memang tetiba aku jadi orang paling popular. Dan secara tidak langsung, topik orang kampung pada hari tu ialah, "anak si Anah mulih ke kampung!" Kalau kampung tu ada surat khabar khas kan, aku rasa, memang aku terus terpampang kat muka depan pada keesokan harinya. Konfem sisa family kat kampung Pelakat area Sipitang pun tahu aku dah balik. 

Sepanjang hampir sejam kat sana dan diri dikerumuni para nenek dan makcik, aku menerima 3 soalan paling popular dan terpaksa ulang tayang berkali-kali setiap kali jumpa lagi satu rombongan nenek dan makcik. Baca je sendiri kat bawah ni. And just in case kau tak tahu, bahasa belah mak ialah Kedayan. 

Soalan 1 : Batah kau sini, lai? (Translate : lama kau kat sini, nak?)
Jawapan : 27 baru ku mulih sana. (Translate : 27 baru aku balik sana.)


Soalan 2 : Abis sudah kau sekulah lai? ( Translate : Dah tamat sekolah ke?)
Jawapan : Abis sudah. Nunggu result ja.

Soalan 3 : Sihat pa mu, lai? (Translate : Bapak kau sihat?)
Jawapan : Sihat ja ya. Ka'aja ya kang ani tu. ( Translate : Dia sihat. Dia tengah kerja sekarang)

Sesetengah diorang anggap aku typical budak bandar yang tak reti berbahasa Kedayan. Hoho silap seribu kali silap. Mak aku dah bercakap dengan aku guna bahasa Kedayan sejak aku dari pertama kali lahir okeh. Even Bahasa Melanau yang merupakan lidah bapak aku pun aku cuma benar-benar fasih berbahasa masa aku umur 7 tahun tau. Itupun sebab aku selalu dengar. So, orang kampung yang mula-mula nak bercakap dengan aku lepas tu bagitau sesama diorang, "paham inda kah ya tutuan kitani?" (translate : Dia ni paham ke tak apa yang kita cakap?) Aku jawab je guna bahasa Kedayan. Tau terkejut. 

Malam tu terus aku mengadu kat sepupu pasal tanggapan orang kampung pada aku. Apa diorang ingat mak tu lepas kawen dengan orang Bintulu yang memang pure Melanau terus tak ajar anak bahasa dia? Kazen aku nasihat, kalau ada orang buat camtu lagi, biarkan je dia anggap kau macam tu. Lepas tu, sampai turn kau bercakap, gunalah skill bahasa kedayan yang paling pekat. Biar ternganga semua hoho.

Sepanjang kat kampung, memang susah nak nampak aku lekat kat rumah. Ngah aku suami isteri selalu keluar. Dan aku memang tak akan tinggal kalau anak diorang ikut sekali. Buat teman katanya. Aku pun iyakan jelah. Tak pergi mana pun, paling-paling Sipitang jer. Ngah aku selalu nak beli bahan buat kuih. Aku memang ikut je sebab saja nak tengok-tengok tempat orang. Tengok rupa negeri orang.

Setiap malam, aku memang sentiasa menyelit kat family sepupu aku ni. Lagipun aku kan tidur kat rumah diorang. So, apa-apa memang aku ada kat situ. Aku kat situ pun bukan sekadar melangut duduk tengok tv. Aku tolong ngah aku buat kuih. Banyak jugak aku belajar. Dan satu benda yang aku nampak dalam diri ngah aku, mak. Aku nampak mak. Dari cara dia bekerja. Memang serupa betul-betul dengan arwah mak. Kadang-kadang ada rasa nak nangis kat situ sebab rasa tak tahan sebab teringatkan mak.

Ada satu haritu, tetiba banjir. Aku ni memang hantu air. Takleh jumpa air. Lepas dapat lampu hijau dari orang tu, cepat-cepat naik atas simpan barang dan turun balik untuk berendam dalam air. Air sungai so takdelah kotor. Tapi aku baru sedar satu hakikat, walaupun aku hantu air, tapi aku tak tau berenang! Hahahaha big failure betol. 3 hari jugaklah baru air surut. Nasib banjir masa hari Jumaat petang. Hari Sabtu pagi, baru bangun dah dengar sepupu-sepupu dengan anak saudara semua dah riuh pagi-pagi. Rupanya seawal 6 pagi pun diorang dah terjun. Almaklumlah paras air pun dah sampai paha untuk aku yang berketinggian 161 cm. Bukan tak cuba berenang, ada jer. Aku hilang imbangan masa nak cuba berenang. Siap guna gelen lagi sebagai pelampung. Tapi aku hilang imbangan dan almost lemas. Lain jugak rasanya bila terendam dalam air tanpa pegang apa-apa. Nasib baik aku cepat-cepat naik. Terbatuk-batuk jugaklah tertelan air hahaha.


Ni keadaan masa awal-awal. Waktu petang ni. Tengok kat bahagian bawah rumah kuning tu. Masa puncak, beranda bawah tu pun almost tenggelam. Kesian cik ayam semua. Ada yang survive, ada yang meninggal dunia. 


Tengok kat bahagian papan yang timbul tu. Tu actually bangku tempat nenek aku lepak tiap hari. Pakcik aku pulak selalu tidur kat situ waktu petang. Ambik angin katanya. Masa banjir haritu, jadi swimming pool budak-budak jer la kawasan tu. 

Lepas abis je banjir tu, aku dah mula sedar, aku tinggal ngam ngam seminggu je tinggal kat kampung. Sepanjang seminggu tu, memang aku enjoy the moment to the fullest. Buat gila sana-sini. Dan dalam masa yang sama, jumpa Bang Imam yang hensem hahahah! Oke aku jumpa dia 3 kali jer. Skali masa banjir, sebab dia lepak depan rumah nenek sambil bual-bual dengan pakcik aku. Kedua, aku jumpa dia kat surau. Kali ketiga, masa aku dengan sepupu merempit guna basikal ke kedai hujung sana. Bang Imam on the way ke surau. Aku lupa Maghrib masuk awal kat Lawas hahahah. Pukul 6.10 petang dah masuk waktu.

Waktu kali kedua aku jumpa bang Imam tu yang aku nampak dia sangat hensem! Hahahahah! Ada tahlil kat surau malam tu. Masa tunggu time nak mula tahlil, nenek aku berbual dengan Bang Imam. Kebetulan, aku dengan sepupu duduk kat belakang je. Tiba-tiba nenek tunjuk kat kitorang. Aku dah rasa lain bila bang Imam tu tengok kitorang dua betul-betul. Cepat-cepat aku ajak sepupu blah. Baik duduk luar. Nanti aku tak nak balik Bintulu pulak hahahahah! Aku tau segala single detail mengenai Bang Imam. Ni semua berkat ada sepupu yang jadi radio buruk. Semua benda ada dalam tangan dia. Walaupun dia sendiri pun jarang ada kat kampung. Masa aku ada jer dia kat kampung.

Tiba hari yang dinantikan untuk balik semula ke Bintulu, aku memang rasa betul-betul tak sanggup nak tinggalkan kampung. Perasaan ni memang setiap kali akan muncul kalau aku nak tinggalkan sana. Hari Sabtu, aku dengan family sepupu berangkat ke Kota Kinabalu. Petang dalam pukul 4 atau 5 camtu dah sampai ke KK. Laju giler la pak sedara aku ni. Sampai KK terus bergegas ke Pasar Phillipines. Masa pertama kali aku ke pasar ni pada minggu pertama aku dulu, aku ternganga jugakla. Tomato sebungkus besar, seringgit je. Sayur aku rasa sebesar 3 cekak, seringgit! Amboi, baik nye! Kali ni, pergi lagi ke sana. Pelancong bersepah. Orang Sabah siap cakap Korea lagi kat pelancong Korea. Aku memang ternganga. Lagi besar dari biasa. Lepas tu terdengar orang Puteh nak ikan bakar siap dengan topping sambal. Aku cuma tak berkesempatan nak try. Mengidam aku tengok udang galah fresh tu. Nak jugak makan tapi apakan daya, aku bukan dengan bapak aku yang aku boleh mintak apa jer yang aku nak. All I can do is, minum air kelapa dengan isi kelapa yang hampir separuh cawan. Craving satisfied! Hoho

Sempat jugak lawat tempat fevret all time aku, 1Borneo. Banyak kedai baru tapi aku takleh nak jalan-jalan sangat. Ekot bontot diorang ajelah. Kalau yang tahun 2014, sepupu masatu pergi cuci rambut, aku pergi ke setiap penjuru 1Borneo. Luas tu. Dan lepas je cik sepupu selesai, dia jumpa aku tengah pilih baju dan aku dah ada sehelai blaus kuning mustard kat tangan. Dia amazed. Sebab masa dia tengah cuci rambut, dia suruh aku duduk diam-diam kat sofa. Tapi aku taknak.

Malamnya, sekali lagi bermalam kat apartment dan aku memang takleh tido. Kantoi gak aa dengan ngah. Pukul 2 pagi, kantoi tengah main Piano Tiles. Heheh. Pagi tu, memang kena pesan betul-betul. Jangan tido masa tengah tunggu flight. Sempat gak belasah roti telur yang bapak besarnya. Berbaloi dengan harganya.  Sampai kat KKIA, kali ni tak sesat lagi dah. Konfiden je jalan sampai ke hujung. Akak tu kata pegi gate A12. Mungkin akak tu patut tambah, jalan sampai hujung. Pastu turun eskalator. Situ ler gate A12. Aku sempat singgah Dunkin Donuts sebab tetiba kering tekak. Aku beli Minute Maid botol kecik je. Harga dia, RM6.35. Huh! 2 kali ganda dari harga yang aku selalu beli. Aku beli selalu dalam RM 2 ke RM3 jer. Bapak mahal. Sabo jelah aku. Kering tekak punya pasal.


Tak kisah keadaan sekeliling. But first, lemme take a selfie.
Sepanjang 1 jam lebih tu, aku tidur! Lepas je akak stewardess hidang air dan makanan, aku habiskan dua-dua then aku join orang sebelah ke alam mimpi. Hahahaha mengantok giler satu malam tak tido. Sedar-sedar dah landing. Mau tak mamai masa baru sampai. Tak cukup mamai, jet lag pulak. Tambah lagi perisa, rasa nak terkencing pun ade. Kalau kat negeri orang aku sesat takpelah jugak. Ni kat Airport Bintulu kot. Aku lupa yang aku kena lalu encik-encik imigresen untuk ambik beg. Dan aku salah line. Aku bukan kat line khas untuk rakyat Sarawak. Aku pegi masuk line lain. Bangang! Konfiden je aku berdiri kat situ dan sempat usha abam abam hensem. Aku tak pasti diorang ni student UPM ke cikgu-cikgu. Tapi, memang ke situlah tujuan kebanyakan dari diorang ni. Even cikgu SMK Bandar pun aku terjumpa sekali.

Lepas nampak bapak, barulah aku rasa lega dan telah berpijak di bumi yang nyata. Apa yang penting, tujuan ke tandas kena cepat dilangsaikan. Maka dengan itu, tamatlah sudah hikayat pengembaraan aku sepanjang 17 hari menghilang dari Bintulu.

Okbai!

P/s : Seminggu lamanya untuk selesaikan post ni. Malas punya pasal.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak