I Am Popularian

Hari yang dinanti sepanjang minggu telah tiba. Adanya hari off menyebabkan aku begitu menghargai rumah biarpun kat tempat kerja lebih sejuk sebab ada air cond je. Oh yes, aku dah memulakan kerjaya di Popular Bookstore di Bintulu Parkcity Mall sejak Selasa lepas. Ngam seminggu dah aku kerja. Puas hati gak a dah dapat kerja. Sambil-sambil cari duit, sambil-sambil tu boleh la kurangkan berat badan sikit. 

Ingatkan aku tak diterima bekerja. Buat aku seram sejuk aje bunyi Miss Kong inform aku. Aku mula bekerja pada selasa lepas pada pukul 12.30 tengah hari. Seksa giler nak mengharungi 1st day walaupun 1st day tu takdelah banyak kerja. Mungkin tengah dalam proses menyesuaikan diri agaknya sampai sakit kepala. Lepas pukul 6, terus kepala aku masa tu berat sangat. Cuma aku malas nak bagitau diorang, nanti tak pasal-pasal kena label diva. Maka aku tahan sampai habis shift pukul 10 malam. Sampai rumah, terus muntah. Teruk ahahaha. Masuk hari kedua, aku dah okey. Full shift lak tu, ingatkan jadi sama macam 1st day. Alhamdulillah tak jadi macam tu. Siap aku diberi tugas menyusun fail dan document case yang aku rasa aku dah pernah belek sejak 3 tahun lepas. Dulu aku membelek je, sekarang aku yang susun biar cantek biar lawa. Jadi kalau nampak document case yang bersusun cantik ikut warna, kerja aku la tu hoho. 

Aku cuma part timer je kat situ. Jawatan aku ialah Retail Assistant Cum Cashier. Aku RA untuk stationery department tapi just in case kitorang punya cashier off atau sibuk, maka aku pun boleh jadi cashier. Tak semestinya aku je, yang lain pun boleh. Semua terer jadi cashier tau RA yang ada kat Popular tu. Kecuali yang lelaki. Yang pompuan suma expert. Aku belum lagi hoho. Tapi sejujurnya, aku taknak jadi cashier. Menyusahkan aku n kerja tu seperti cuba mengubah aku jadi lebih feminin sebab aku perlu bersopan santun dan tersenyum sentiasa. Hmph, kalau kawan-kawan aku nampak imej  tu, konfem diorang gelakkan aku sebab aku tak pernah-pernah lemah lembut sopan santun. Pelislah! Kalau aku jadi RA, aku boleh je jadi diri sendiri. Sejak bila jer la aku reti duduk kepit. Selalu kangkang je. 

Hari pertama aku bekerja, aku dah buat jantung si Zetty hampir tertanggal dari posisi asalnya. Hari kedua, aku tak sengaja panggil si Shahir tu abang. Patutnya aku panggil dia Bro je. Colleague aku kat situ ramai yang lebih senior tapi sorang pun tak diminta untuk dipanggil akak atau abang. Kecuali, Miss Kong jelah. Colleague aku kat sana ialah Vianni (permanent cashier), Jennifer, Ayang, Rachel, Hung, Ah Yau, Shahir, Anna, Ken, Kak Ida, Zetty, Delly, Ciro dan Shu Ming. Anna, Ken dengan Hung adalah supervisor kitorang. Ayang dengan Shahir tu adik beradik. Ken pulak lelaki yang berjiwa wanita dan Zetty ialah wanita yang berjiwa lelaki. Ciro dan Shu Ming adalah orang baru kat Popular Bookstore, macam aku. Delly ialah admin kitorang. Miss Kong pulak ialah outlet head dan dia menjaga 2 cawangan Popular Bookstore kat Sarawak ni, satu kat Sibu n kat sinilah. Pastu ada pulak sorang mamat kerek, nama dia Teng, chinese. Tapi dia ni stok macam si Jerrold la. Muka Cina, tapi orang tak tau dia cina dan dia sangat fluent berbahasa Melayu. Aku pun mula-mula ingat si Teng ni bukan Cina. Aku tau dia cina sebab aku perhatikan name tag dia. Tapi mamat kerek ni bukan kerja kat Bintulu, dia urus bahagian Sibu. Dia akan datang bersama Miss Kong. 

Disebabkan aku ni under stationery department, memang aku takde masa nak aman. Kalau tak susun fail, aku letak price tag. Kalau tak letak price tag, korang nampak aku tengah sumbat barang kat display. Kalau takde kat display barang, aku kat kaunter cashier. Kalau tak kat kaunter, aku jadi cleaner, sapu kedai. Kalau takde jugak, aku tengah rest la tu n sedang merayau-rayau di sekitar Parkcity Mall. Kalau aku kejap ada kejap takda, means aku tengah layan customer yang carik barang jelah. Aku paling geram kadang-kadang dengan sesetengah customer ni. Dia masuk menonong ke dalam kedai, then terus tanya kat mana barang yang dia nak. Takleh ke gi carik dulu? Sabar ajelah, nanti-nanti dapat ler gaji. 

Actually bersyukur jugak kerja bahagian stationery ni. Sentiasa ada kerja untuk disiapkan. Stok datang tak dijangka dan aku lebih suka mengambil kerja pricing ni muehehehe. Nak main pistol price tag tu. Penat si Shahir ajar aku macam mana nak refill tag kat dalam pistol. Oh ya, si Shahir ni sama department dengan aku. Thats why, masa Anna cik supervisor stationery department busy kat office, si Shahir ni mengajar aku cara-cara untuk sumbat barang dan takyah ikut sangat arahan Anna. Alasan dia sama je, "ko sik nampak ka stok berlambak ya?" Aku yeye jelah. Kalau layan sangat si Shahir ni, boleh jadi gila. Walaupun sebenarnya, yang Retail Assistant semua perangai lebih kurang je. Kecuali si Zetty dengan Rachel je lah yang pendiam dan serius. 

Seminggu aku bekerja, aku dah nampak macam-macam perangai manusia. Yang pemalas, yang menyepahkan, yang suka datang beli barang pada saat-saat kedai nak tutup dan manusia yang sekadar masuk untuk memenuhkan Popular Bookstore. Usually, kaum ayah la yang selalu masuk jadi mandur tengok sekeliling. Tengah waktu puncak lak tu dia masuk melawat. Hailah.... Kat sini jugak, aku melatih diri untuk memekakkan telinga bila budak-budak mula menangis meraung bila tak dibelikan kaler pensel. Kalaulah boleh, aku pengsankan je diorang sebelum masuk ke kedai biar mak bapak boleh beli barang dengan aman dan tak perlu bergaduh dengan anak-anak. Tapi masalahnya, nanti aku masuk jail pulak hahahah. Dan sebenarnya, budak-budak boleh jadi sales promoter yang baik. Tengok dari cara diorang mintak mak ayah belikan pensel warna. "Mak, dalam tok ada banyak jenis warna, pasya nya ada bekas kedirik. Murah jak mak" Lebih kurang la dengan ayat yang aku biasa dengar tiap hari. Pastu jawapan parent diorang ada 2 jenis je, sama ada beli atau suruh letak balik. Kalau yang kena suruh letak balik tu, tengok je beberapa saat kemudian, meraung sampai mak bapak terpaksa cancel beli barang dan tinggalkan je barang yang diorang nak beli tu kat tepi. Siapa yang kemas? Aku jugak...

Hari ni sempat update blog pun sebab aku off. Baru je selesai uruskan urusan bukak akaun KWSP dengan CIMB. Popular bayar gaji melalui CIMB. Terpaksalah buat akaun pulak. Nasib jelah tak ramai orang so aku boleh je terus uruskan tanpa perlu menunggu lama. 

Maka sekianlah post hari ini. Kbai. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak