Posts

Showing posts from March, 2016

I still cry

Dah nak masuk 2 tahun. Tapi, dalam fikiran, dia masih menghuni. Dan dia adalah satu-satunya yang akan aku izinkan selamanya tinggal dalam hati. Mohon jangan pergi. Biar jasad tak lagi terlihat, asalkan dalam hatiku tetap ada kamu. 
Hampir 2 tahun, macam-macam hal berlaku setelah ketiadaannya. Aku seperti biasa, masih lagi menangisi kehilangannya. Hadirnya seseorang cukup mengingatkan aku pada dia. Aku sudah lama tak rasa masakan seorang ibu. Hadir beliau, cukup buat aku rindukan pada insan tersayang yang telah pergi. Pada kasih dan budi beliau, aku kadang-kala hampir menangis depan semua orang. 
Hampir 2 tahun itu juga, aku rasa kosong dalam hidup. Saat aku melihat ibu-ibu yang sudah menginjak usia tua, mereka masih lagi teguh bersama anak-anak. Sedangkan aku, kosong sendirian berusaha mencari erti hidup dalam diri. Sering tertanya-tanya, kalau mak masih ada, apa yang akan dia katakan pada aku ketika aku menginjak usia ini? Adakah larangannya masih sama seperti ketika aku masih usia …

UPU oh UPU

Rasanya kali ni memang tahap bingung dan resah. 2 tahun lepas, aku apply UPU untuk masuk diploma tapi sayangnya aku tak dapat. Masa tu aku boleh lagi watlek watpis. Kenapa jelah sekarang tak dapat ekkk?
Sekarang, langsung takda masa yang aku tak fikir adakah aku akan dapat masuk uni. Even masa termenung kat tempat kerja pun aku still fikir benda yang sama dan benda tu memang tak akan berhenti menghantui aku. The only yang aku tak fikir ialah bila aku diberi kerja yang memerlukan kreativiti otak aku. Tapi masa aku tengah memerah otak pasal tu, aku sibuk pulak nak tumbuk customer yang buat kacau masa aku tengah berfikir. Kuang hajo. Masa tu pulak kau orang sibuk nak mengganggu kerja aku dengan menyelerakkan barang yang aku tengah susun. hadei!
Aku selalu jugak share pasal benda ni kat akak-akak aku kat kedai buku tu. Diorang biasanya bagitau,  "relek, perjalanan masih jauh. Ni baru mula. Belum lagi yang seterusnya." - Jenn "Keputusan kau cantik, mustahil kau tak dapat.. …

Now, what to choose?

Image
Bagi orang-orang yang tak ambik repeat paper untuk semester 3, diorang masing-masing dah dapat slip. Tapi bagi hakak ni yang memperjudikan hidup sekali lagi di medan ulangan kertas ekonomi 3, hm tak tau la macam mane ghopenya keputusan paling final nanti. 
Setelah 3 semester aku memperjuangkan sisa-sisa semangat yang berjaya dikutip kembali, inilah yang aku dapat. Nak kata cantik, aku tengok biase je. Nak kata buruk pun, aku berjaya melepasi tahap pointer 2.5. Itu kata bapak akulah. Mungkin dia sendiri tak sangka aku berjaya reach 2.83. Biar aku terangkan satu persatu. Sebelum ni aku ada ambik repeat paper untuk 2 semester awal. Untuk semester 1, aku repeat geografi dengan ekonomi. Masa tu aku cuma dapat D+ untuk ekonomi dan fail untuk paper geografi. Lepas ulang, itulah rupanya. Dapat gak naik sampai lulus. Semester 2, aku mencuba sedaya upaya untuk menaikkan pointer dari 1.33 sampai at least dapat C. Hampeh tak dapat. Sama jer. Free free je RM50 aku melayang nak belanja MPM makan K…