Now, what to choose?

Bagi orang-orang yang tak ambik repeat paper untuk semester 3, diorang masing-masing dah dapat slip. Tapi bagi hakak ni yang memperjudikan hidup sekali lagi di medan ulangan kertas ekonomi 3, hm tak tau la macam mane ghopenya keputusan paling final nanti. 

Setelah 3 semester aku memperjuangkan sisa-sisa semangat yang berjaya dikutip kembali, inilah yang aku dapat. Nak kata cantik, aku tengok biase je. Nak kata buruk pun, aku berjaya melepasi tahap pointer 2.5. Itu kata bapak akulah. Mungkin dia sendiri tak sangka aku berjaya reach 2.83. Biar aku terangkan satu persatu. Sebelum ni aku ada ambik repeat paper untuk 2 semester awal. Untuk semester 1, aku repeat geografi dengan ekonomi. Masa tu aku cuma dapat D+ untuk ekonomi dan fail untuk paper geografi. Lepas ulang, itulah rupanya. Dapat gak naik sampai lulus. Semester 2, aku mencuba sedaya upaya untuk menaikkan pointer dari 1.33 sampai at least dapat C. Hampeh tak dapat. Sama jer. Free free je RM50 aku melayang nak belanja MPM makan Kepsi untuk gaji diorang. Walhal aku macam orang gila masa menjawab paper ulangan tu. Bila dapat result untuk sem 3 pulak, punyalah berharap taknak ulang dah. Tapi nampaknya jodoh aku dengan cikgu Tan the great serta cikgu Wong tersayang terlalu kuat, terpaksa I repeat ekonomi untuk kali ketiga. Saja jer aku tak nak repeat untuk geografi. Takut kepala aku takleh nak terima lagi dah n masa tu aku cuma ada RM50 je untuk bayar paper ulangan. Kesian kan? Hahahahah!

Takpelah, aku pun dah beli nombor pin UPU tadi. Dah terbeli, maka mohon jelah UPU walaupun aku memang super was-was. Takut untuk dikecewakan untuk kesekian kalinya. Syukur ada bapak n kawan-kawan yang bagi semangat kat aku. Maka, dari diorang jugaklah lepas ni aku memperjudikan pilihan-pilihan untuk memohon kat laman UPU. Moga dipermudahkan segalanya. Bai!

P/s : aku rasa baik bapak aku ada sekali masa aku nak apply ni. Kang aku ambik ntah pape jer. 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian