UPU oh UPU

Rasanya kali ni memang tahap bingung dan resah. 2 tahun lepas, aku apply UPU untuk masuk diploma tapi sayangnya aku tak dapat. Masa tu aku boleh lagi watlek watpis. Kenapa jelah sekarang tak dapat ekkk?

Sekarang, langsung takda masa yang aku tak fikir adakah aku akan dapat masuk uni. Even masa termenung kat tempat kerja pun aku still fikir benda yang sama dan benda tu memang tak akan berhenti menghantui aku. The only yang aku tak fikir ialah bila aku diberi kerja yang memerlukan kreativiti otak aku. Tapi masa aku tengah memerah otak pasal tu, aku sibuk pulak nak tumbuk customer yang buat kacau masa aku tengah berfikir. Kuang hajo. Masa tu pulak kau orang sibuk nak mengganggu kerja aku dengan menyelerakkan barang yang aku tengah susun. hadei!

Aku selalu jugak share pasal benda ni kat akak-akak aku kat kedai buku tu. Diorang biasanya bagitau, 
"relek, perjalanan masih jauh. Ni baru mula. Belum lagi yang seterusnya." - Jenn
"Keputusan kau cantik, mustahil kau tak dapat.. Aku caya kau boleh. Nina lawyer kami! - Ayang 
Oke, Ayang boleh tahan mengarut jugak. Aku lawyer? Tak kot. Tengoklah nanti hahahah!

Rasanya aku patut pesan kat supervisor aku kot, dia kena selalu ajak aku susun barang. So kat situ aku test kreativiti aku then aku boleh lupakan pasal UPU. Aku kena cepat-cepat get rid UPU dalam hidup aku dan meneruskan hidup aku sebagai manusia normal. Ni dah kira aku dah masuk tahap kurang normal dalam keadaan sekarang yang aku tengah jatuh hati untuk kesekian kalinya. Dan orang tersebut ialah... hahahah ok sekian. Saje jer nak update takut bersawang pulak blog ni karang sebab aku sibuk sangat dengan kerja. Asyik OT jer.  

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak