Just my 20 cents:)

Banyak benda yang berlaku, kadang-kadang buat aku fed up nak hidup. Like, everything perlukan aku untuk berfikir macam mana nak survive sedangkan aku belum punya pengalaman yang cukup sepenuhnya untuk cope everything all by myself. 

This few days, beberapa insiden seolah-olah cuba nak runtuhkan dan jatuhkan aku dari tempat sedang aku berpijak sekarang. Perasaan aku disakiti, ego aku diuji, kesabaran aku menipis dan semua tu nampak betul-betul susah untuk aku atasi. Kalau tak kerana aku mencuba untuk kuat, dah lama kot aku jatuh. Sebelum semua tu datang kacau aku lagi. 


Dalam hidup, macam-macam hal boleh berlaku. Pelangi muncul selepas hujan, ribut datang membawa kilat. Manusia datang dan pergi. Hati diubati kemudian disakiti. The only reason kenapa kita masih kat sini adalah sebab semangat. Bukan sekadar semangat dalam diri sendiri, tapi didorong oleh orang-orang yang sayang dan percaya kita. Family, closest friends atau sesiapa saja yang kenal kita macam mana dan apa yang kita buat setiap kali datang masalah. 

Ingat beberapa hal ni dalam hidup. 

Pertama, bukan kau sorang je ada hati dan perasaan. Benda ni aku dah tengok banyak dan aku sendiri yang alami. Dah jadi pun kat aku. Dah seminggu lebih ni orang tu tak nak cakap dengan aku. Maaf kalau apa yang aku akan sampaikan lepas ni kasar bunyinya. Tapi aku nak bagi satu kenyataan. Kalau dengan satu perkataan kasar pun boleh buat kau sentap berhari lamanya, baik kau cepat-cepat refleks diri dan fikir balik, "berbaloi ke aku nak marah pasal tu?" Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang. Sebab kita bukan boleh baca perasaan orang pun. Kita tak tahu berapa bakul dah orang maki kita, cuma orang biasanya tak bagitau terus terang sebab nak jaga perasaan. Tau tak betapa susahnya nak jaga perasaan orang sedangkan perasaan diri sendiri pun dah lumat ditumbuk dan halus dicincang? Kalau asyik nak orang lain jaga perasaan kau, sedangkan kau sendiri tak buat apa, baik letak ending je kat diri kau. Al fatihah je terus. Aku tak kata yang aku ni jaga perasaan orang, sedangkan aku sendiri pun dah buat macam-macam sampai orang sentap dengan aku. Tapi agak-agakla, usia dah 20-an ni, nak sentap hapekebendenya? Ada otak fikir, bukan saja-saja nak sumbat dengan quote cinta jiwang karat semata. 

Kedua, hati-hati dengan hati. Hati ni susah sikit. Dia cepat sentap, dia cepat terasa, dan paling kerap, dia la yang paling mudah jatuh cinta. Kau takyah kerap hantar bunga ke hadiah ke apa, cukup kau treat seseorang tu dengan baik dan sering bersama dia, kau telah memiliki seorang pencinta. Sekarang, biar aku nak sampaikan sesuatu. Kalau kau seorang lelaki, tak kisah macam mana friendly pun kau kat mana-mana orang, jangan sesekali buat perempuan tu rasa special. Kalau kau seorang perempuan, jangan cepat simpan hati, sebab tak mungkin apa yang kau rasa pada lelaki tu betul. Sebelum hati kau terasa sakit tengok lelaki tu dengan perempuan lain, baik kau shield hati cepat-cepat. 

Ketiga, jangan dibanggakan dengan apa yang kau dah miliki. Contoh, sebelum ni kau cuma seorang pembantu kedai. Sekarang kau dah naik pangkat jadi ketua. Jangan sesekali bagitau kat orang bawahan kau, "sekarang ni semua ni hal kau je. Kau buat sendiri." Jangan, bro. Jangan camtu. Tak kisah la apa pun pangkat kau, jangan lupa satu hal, sebelum ni kau pernah berada dalam phase tu, soa kau dah tau macam mana susahnya kerja kau. Jangan simpan prinsip ni, "biar orang lain pulak rasa apa yang aku rasa dulu." Jangan. dont spread it. Kau tak perlu berada kat sana seharian lamanya, cukup dengan bagi sedikit bantuan. Contoh kalau orang tu dia tak berapa nak kuat hati nak naik atas ambik barang, apa salahnya lend a hand. Daripada kau duduk kat dalam ofis, mereput dalam tu sambil main phone. Tak keluar peluh der. Bantu sikit, takpe. Selebihnya, tau la dia macam mana nak uruskan. 

Keempat, okey sampai situ je post. Tengah sakit kepala pun sempat lagi post kat sini. Asal tak keje je, sakit kepala kat rumah. Tak menjadi hasrat nak overtime hari ni. Ingatkan nak setelkan kerja sebelum mat bongkak tu balik. Tau-tau aku tak larat pulak nak kerja hari ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak