Refleksi

Aku ada lebih kurang 7 hari bekerja lagi sebelum hari gaji. Bila teringat macam mana aku spend duit gaji aku 2 bulan lepas, memang rasa nak hempuk diri sendiri ke dinding. So untuk gaji kali ni, biarlah aku spend duit semata-mata untuk belanja makan waktu bekerja sahaja. Means, malas nak sibuk beli itu ini. Walaupun sebenarnya, aku jumpa satu lagi buku Lang Leav. Hashtag peminat tegar Lang Leav. 

Dalam tempoh hampir 4 bulan, macam-macam benda sedarkan aku. Lagi-lagi bekerja dalam suasana bukan semuanya umur sebaya. Aku ada 3 support system kat Popular ni. Akak I-can-read-you dan dua beradik tu. Diorang banyak share dengan aku life kit. Akak I-can-read-you adalah orang yang paling banyak nasihat aku. Aku selalu share dengan dia apa yang aku rasa dalam hidup ni. Especially lepas je aku dapat full result STPM. Aku tak dapat 3.00 dan benda tu buat aku rasa makin tak yakin dapat melangkah ke uni life. 

Akak I-can-read-you banyak bagi dorongan. Sampaikan dia ajak aku masuk OUM. Belajar sambil bekerja katanya. Tapi aku rasa tak mungkin aku dapat buat exactly macam dia. Akak I-can-read-you sekarang pursue untuk degree di OUM. Dalam masa yang sama dia bekerja jugak. Aku memang salute dengan dia. Tapi tak kisah la sebab dia pun dah ada diploma jugak. If and only if dia give up dalam studies pun, dia dah ada diploma dalam genggaman.

Aku ni macam mana? Benda yang aku harap-harapkan untuk aku capai, pun aku gagal untuk pegang. macam mana haluan hidup aku lepas ni? Aku nak ulang balik 2 tahun yang aku dah bazirkan untuk Tingkatan 6 yang akhirnya tak jamin aku apa-apa? Nak masuk diploma balik? Kalau aku nak masuk diploma, patutnya sejak tahun 2014 lagi aku dah duduk kat sana. Tapi apa yang aku buat, aku silap apply dan akhirnya dipaksa untuk tamatkan Tingkatan 6. 

Sebelah hati memang betul-betul berharap, adalah satu tempat khas untuk aku di universiti. Sebelah hati pulak, memang rasa dah betul-betul putus asa untuk sambung study dan rasa nak putuskan untuk menjadi permanent staf di Popular sahaja. gaji bukan tak naik, bukan aku akan stay jadi Retail Assistant untuk selamanya. 

Bila fikir-fikir balik, aku dah tak jumpa jalan penyelesaian. Yang aku tahu, aku akan tunggu bulan Ogos. Bulan yang menentukan sama ada aku akan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau tetap di Popular Bookstore saja sebagai permanent staff. 

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian