Posts

Showing posts from May, 2016

Tukar department

Akhirnya! Tercapai hasrat nak kerja kat department buku! Nama je kerja kat kedai buku, tapi termasuk kat area stationary pulak! Berbulan mereput sorting clear holder, pricing pen, susun pemadam, susun pen, refill pen, gantung tu, gantung ni, panjat tangga, susun buku nota yang sentiasa bersepah, layan pe'el abang-abang collector Hot Wheels serta seribu satu kesabaran yang terpaksa ditambah setiap kali jumpa barangan bersepah yang buat aku istighfar sendiri serta tertanya-tanya, manusia ke yang keluar masuk popular ni? Kenapa nampak macam ada garuda langgar kapal je?
Dua hari lepas, masa tengah bertungkus lumus menyiapkan tugas pricing barangan jenama under Popular guna pistol price tag, tu jugak la orang-orang dalam ofis panggil aku. Ingatkan permintaan aku nak jadi permanent staf yang ditolak haritu dah dipertimbangkan, rupanya nak tanya aku nak ke pergi English department. Mula-mula aku bagitau diorang nak fikir dulu. tapi aku diminta untuk bagi jawapan on the spot tu jugak. Te…