Tukar department

Akhirnya! Tercapai hasrat nak kerja kat department buku! Nama je kerja kat kedai buku, tapi termasuk kat area stationary pulak! Berbulan mereput sorting clear holder, pricing pen, susun pemadam, susun pen, refill pen, gantung tu, gantung ni, panjat tangga, susun buku nota yang sentiasa bersepah, layan pe'el abang-abang collector Hot Wheels serta seribu satu kesabaran yang terpaksa ditambah setiap kali jumpa barangan bersepah yang buat aku istighfar sendiri serta tertanya-tanya, manusia ke yang keluar masuk popular ni? Kenapa nampak macam ada garuda langgar kapal je?

Dua hari lepas, masa tengah bertungkus lumus menyiapkan tugas pricing barangan jenama under Popular guna pistol price tag, tu jugak la orang-orang dalam ofis panggil aku. Ingatkan permintaan aku nak jadi permanent staf yang ditolak haritu dah dipertimbangkan, rupanya nak tanya aku nak ke pergi English department. Mula-mula aku bagitau diorang nak fikir dulu. tapi aku diminta untuk bagi jawapan on the spot tu jugak. Terima jelah. Dah aku pun memang nak jugak rasa buat kerja kat department buku. Kebetulan jugak pada hari tersebut, staf stat department cuma aku dengan inche supervisor je. Dan dia sendiri turun padang tolong aku pricing barangan under vendor. Teamwork done well. Semua barang berjaya siap di'pricing'kan dalam satu hari. Sumpah memang kedai nampak macam kilang sebab kotak banyak sangat.

Lepas je aku mendapat berita mengenai peralihan aku ke english department, mamat tu pulak yang dipanggil masuk. Rupanya nak mintak izin dari dia pasal salah seorang anak dia akan dipindahkan ke department lain. Aku tau sebenarnya dia susah nak izinkan. Ni bukan teori aku saja saja tau. Ada tiga teori yang menyebabkan aku berkata sedemikian.

Pertama, aku memang banyak komplen pasal itu ini tapi aku tetap je buat. Kalau dah namanya tugas, walau sebenci manapun aku dengan perkara tu, aku tetap kena buat. Yang ni memang normal. Nama pun kita kena profesional. Walaupun stationary department ni memang setiap hari nampak macam ada garuda langgar, tapi aku takde masalah dengan kerja aku as aku memang dah biasa sangat dengan keadaan macam tu. 

Kedua, aku bukan sepenuhnya perempuan. Kalau dibandingkan dengan sorang lagi staf perempuan yang sama department, aku lebih kepada jantan. Sebab aku buat kerja banyak serap tenaga aku. Benda ni memang diakui sendiri oleh inche supervisor. Kotak vendor Tan Eng Hong biasanya banyak dan berat-berat, aku angkat sendirian ketika yang lain sibuk tarik. Tak pun kotak berisi A4 yang bergantung tu. Pada awalnya aku buat semua tu ketika awal-awal fasa aku minat kat dia. Saja nak tunjuk terer. Tapi sekarang, aku dah tak rasa apa-apa kat dia dan aku buat semua tu sebab memang kerja aku. 

Ketiga, tadi aku diminta untuk bantu bakal supervisor aku kat English department dan inche supervisor stat tak senang duduk pasal assistant dia dah mula buat kerja kat department baru walaupun belum cukup bulan lagi. Kesian pulak aku tengok dia yang membatalkan niat untuk berbincang dengan aku pasal macam mana nak susun semula kawasan stationary department yang bersepah ittew. Memang pada awalnya, aku pun bersetuju pasal rancangan dia tapi lepas tu bakal bos pulak merayu mintak tolong aku untuk tanggalkan price tag pasal nak return barang kat supplier secepat mungkin. Lagi la aku kesian, Buku yang perlu dikembalikan tu pulak maha banyak. Baik aku bantu dia. Dan akhirnya inche supervisor aku terpaksa memerhatikan aku dari jauh dan sekali sekala melawat aku kat bakal tempat baru aku. 

Oh ya aku dah mula bercuti selama 3 hari bagi memberi laluan untuk menyambut ketibaan ulang tahun arwah mak. inche supervisor mati-mati ingat aku nak rehat seketika pasal aku nampak macam paksa diri untuk siapkan semua kerja dalam tempoh yang singkat. Aku tak tau mungkin semua ni cuma perasaan aku je, tapi sejak akhir-akhir ni, dia memang bagi aku tak buat banyak sangat kerja. Kalau nampak macam aku sorang je buat kerja, dia sendiri akan turun padang dan bantu. bukan aku tak boleh buat sendiri tapi dah dia pun tiba-tiba muncul, aku tak boleh nak kata apa. Two is better than one kan? Dan apabila berita mengenai aku yang akan dipindahkan ke department lain diterima, dia semakin pelik. Segala-gala nak berada tak jauh dari aku. memang serupa macam aku yang dulu, ikut dia ke hulu ke hilir konon nak bantu walhal cuma nak berkepit je dengan dia. Aku taktau nak kata apa dah. Tapi dia sendiri yang batalkan niat untuk quit dari Popular. Segala gerak geri dia aku dah tak mampu nak baca sebab aku dah mula rasa yang perasaan aku kat dia cuma macam musim kucing mengawan je kot (pandai-pandai aku je bagi perbandingan dengan kucing) 

Apa-apapun aku tak sbar untuk mulakan tugas di department baru bersama dengan Puan S aka I. hihi 

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak