Posts

Showing posts from June, 2016

Come faster before I lose my hope

Selamat berpuasa! Lama tak update, bukan lupa tapi takdo maso nak buek cano nih. Ada je masa tapi rasanya nak rehat lebih. 
5 Jun haritu dah rasmi sebagai Retail Assistant kat English department di bawah kelolaan Puan Iyda. Tapi itu jugak bermakna terpaksa melepaskan salah seorang lejen kat Popular Bookstore. Aku suka department ni walaupun kadang-kadang rindu jugak kat department lama. Rindu nak susun pen, susun pensel, susun clear holder kat belakang yang ntah pape banyaknya sampai kadang-kadang rasa nak baring kat situ sebab penat sangat. 
English department ni sebenarnya lebih mencabar dari stationary sebab lebih banyak customer yang perlukan macam-macam buku. Maklum pulak sekarang ni musim Me Before You maka berlambaklah pertanyaan dari customer, ada tak buku Me Before You by Jojo Moyes. Takde wahai akak abang sekalian alam semuanya. Plus kalau buku english datang stok pun, paling banyak pun sekotak je. Tu pun isi kotak tu tak semua buku yang sama. Tak macam novel melayu, sekaran…