Come faster before I lose my hope

Selamat berpuasa! Lama tak update, bukan lupa tapi takdo maso nak buek cano nih. Ada je masa tapi rasanya nak rehat lebih. 

5 Jun haritu dah rasmi sebagai Retail Assistant kat English department di bawah kelolaan Puan Iyda. Tapi itu jugak bermakna terpaksa melepaskan salah seorang lejen kat Popular Bookstore. Aku suka department ni walaupun kadang-kadang rindu jugak kat department lama. Rindu nak susun pen, susun pensel, susun clear holder kat belakang yang ntah pape banyaknya sampai kadang-kadang rasa nak baring kat situ sebab penat sangat. 

English department ni sebenarnya lebih mencabar dari stationary sebab lebih banyak customer yang perlukan macam-macam buku. Maklum pulak sekarang ni musim Me Before You maka berlambaklah pertanyaan dari customer, ada tak buku Me Before You by Jojo Moyes. Takde wahai akak abang sekalian alam semuanya. Plus kalau buku english datang stok pun, paling banyak pun sekotak je. Tu pun isi kotak tu tak semua buku yang sama. Tak macam novel melayu, sekarang tengah hit drama #Assalamualaikum cinta dengan Mamat Muka Selipar Selenga, maka datanglah buku-buku tersebut sampai 50 naskhah. Me Before You haritu datang 5 jer. tu pun sebelum movie dia launch. Lambat jugak mula-mula. Lepas tu sekali aku toleh, nak cari buku tu pasal customer tanya, rupanya dah habis. tau dah apa sebab dia, movie tu dah masok panggung. Sebabkan rimas asyik datang pertanyaan "Me Before You takde lagi ke", aku gi lekat sticker hasil tulisan tangan sendiri kat post material Popular Choice. Kalau nampak benda lain dari yang lain tetiba melepek kat mana-mana post material kat kedai tu, aku la yang punya kereje. Huahuahua. "OUT OF STOCK" katanya... 

Kadang-kadang customer ni sengal diorang boleh tahan jugak, dah letak out of stock maseh gak tanya Me Before You takde ke? Hoih cik kak, tak nampak ke sticker putih suci murni bertulisan dakwat hitam out of stock walhal awak dari kawasan tu jugak? Lepas tu mengadap pulak pertanyaan diorang, bila stock sampai? Stock barang memang sampai tiap minggu, tapi buku tu tak semestinya bakal join setiap shipment. So memang benda tu out of kitaorang punya kuasa nak paksa buku tu masuk ke tak. Hape ke susah sangat nak paham Bahasa Melayu ni? Nak aku maki jugak ke. Yang si retail assistant kat Malay dept ni pun boleh tahan kaki kencing customer gak. Semalam datang customer muka ketat tanya mana buku Me Before You sebab salah sorang pekerja kat sini bagitau mingu ni datang buku tu. Aku rasa nak tikam buku kat muka dia pasal kencing customer. Halo, ni english dept tak sama macam Malay dept. Malay dept senang la sebab order je dah sampai. english pulak, author dia international. Lagi pulak sekarang tengah hit movie of course la bersepah permintaan. Mana nak hantar kat worldwide lagi. Hape pun tak boleh minah tu. 

Belum reda dengan permintaan buku Me Before You, datang pulak pertanyaan buku Me After You pun hasil Jojo Moyes. Ya Allah... sabarkan hatiku. Yang takde jugak dicarik. Buku Nicholas Spark, Sophie Kinsella, Cecilia Ahern ngko tak nak ke? Ke Jodi Ellen Malpas. Aku tau la pasal aku yang susun. tumbuk skali hape pun tak dapat. Huh

Akhirnya aku memutuskan untuk menyusun buku di bahagian children. Tapi nampaknya kat situ pun tak kurang hebatnya. Kat situ, taufan Katrina aku saspek pernah jadi. Segala ribut taufan yang bernama memang sentiasa jadik kat situ. Hari Isnin haritu, pasal budak-budak dah takde, kan dah abes cuti maka aku pun rasa bersemangat untuk housekeep. Tau-tau siang tu aku cuma mampu selesaikan 1 shelf activity je. Mau tak gila aku nak asingkan sticker book, activity, colouring. Sudahnya aku sumbat je ikut rasa hati. Aku rasa aku akan uruskan kat situ sebaik je tamatnya Ramadhan Mubarak ni. Duduk kat sana, sabar tak berapa tebal jadi makin berkurang ke tahap bahaya. Sebelum aku maki anak orang dengan dialog di bawah ;

WHY IS IT SO HARD FOR YOU TO PUT BACK THE BOOKS TO WHERE IT BELONG??? WANNA DIE AH??????
Maka sebaiknya aku menyorok kat bawah meja kat area New Arrival je. Muat pulak aku kat situ. So senang je, just in case tak jumpa aku kat mana-mana ceruk kedai, kemungkinan besar aku tengah mengular kat bawah tu. Actually tu port baekkk punya untuk aku selesaikan urusan pricing magazine yang maha banyak dan sentiasa bertali arus datangnya setiap minggu. Macam tu datang, macam tu jugak le banyaknya masa return nanti. Banyak je abang-abang tengok magazine kat Popular ni tapi semua baca free je. Banyak cantek muka korang. Nanti-nanti aku akan cerita macam mana proses return magazine. Yang tu takleh campur dalam entri ni. Huehuehuehue...

Seperti yang anda maklum, aku ni cuma part timer yang tunggu keputusan kemasukan ke unversiti tapi budak-budak baru part timer semua ingat aku ni adalah permanent staff pasal aku nampak biasa sangat dengan semua benda. Yang mengantoikan status aku ni pun sebenarnya dari nametag aku je. Aku punya nametag still guna logo Trainee lagi walaupun aku kat situ dah nak masuk 6 bulan. Menanti kedatangan Ogos tu sungguh la menyeksakan jiwa dan ragaku. Aku berperang dengan emosi, antara harapan dan kehendak, mana satu aku nak dahulukan? Sejujurnya aku dah tak menaruh apa-apa harapan untuk dapat mana-mana course yang aku apply sejak mendapat tau full pointer STPM. Aku semakin hilang harapan dan sebelum aku hilang minat sepenuhnya untuk sambung study, baik bulan Ogos tu datang lagi cepat supaya tak semakin menyakitkan aku. 

Maka, sekian. okbai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak