Posts

Showing posts from July, 2016

#sissabar

Image
Sila hadam gambar di bawah dengan teliti dan sepenuh jiwa raga.


Aku jamin semua orang tahu apakah benda yang tertera di atas itu. Korang ingat, kami-kami yang kerja kat kedai ni taktau dunia ke? Jangan ingat korang budak uni/politeknik/kolej/kolej vokasional, korang boleh bodoh-bodohkan kami yang kerja kat kedai je ni. Kami mungkin tak berpeluang macam korang untuk sambung pengajian yang lebih tinggi. Tapi sekurang-kurangnya kami berusaha bersabar macam mana nak handle korang punya bangang tu. Otak taktau la letak mana. Kat tapak kaki kot sebab lutut dah tak mampu tanggung. 
1)  Susah sangat ke nak lengkapkan tempat kosong tu?
Bagitau aku, apa yang susah sangat nak lengkapkan baucar tu awal-awal sebelum menyusahkan diri kat kaunter baru nak bercari pen kejadah semua? Datang kaunter dengan buku penuh sebakul, lepas tu cakap nak pakai baucar. Prosedur kami sebagai pekedai mudah, minta untuk tengok IC dan baucar. Bila dapat baucar, rasa nak terjojol bijik mata. Suci murni pulak baucar ham…