#sissabar

Sila hadam gambar di bawah dengan teliti dan sepenuh jiwa raga.


Aku jamin semua orang tahu apakah benda yang tertera di atas itu. Korang ingat, kami-kami yang kerja kat kedai ni taktau dunia ke? Jangan ingat korang budak uni/politeknik/kolej/kolej vokasional, korang boleh bodoh-bodohkan kami yang kerja kat kedai je ni. Kami mungkin tak berpeluang macam korang untuk sambung pengajian yang lebih tinggi. Tapi sekurang-kurangnya kami berusaha bersabar macam mana nak handle korang punya bangang tu. Otak taktau la letak mana. Kat tapak kaki kot sebab lutut dah tak mampu tanggung. 

1)  Susah sangat ke nak lengkapkan tempat kosong tu?

Bagitau aku, apa yang susah sangat nak lengkapkan baucar tu awal-awal sebelum menyusahkan diri kat kaunter baru nak bercari pen kejadah semua? Datang kaunter dengan buku penuh sebakul, lepas tu cakap nak pakai baucar. Prosedur kami sebagai pekedai mudah, minta untuk tengok IC dan baucar. Bila dapat baucar, rasa nak terjojol bijik mata. Suci murni pulak baucar hamba Allah ni. Kalau masa mula-mula dulu takpelah kita paham. Baru je dapat kan so dia punya eksaited nak pakai tu sampai lupa nak isi. Tapi sekarang, like now, dah nak expired kot natang tu, korang tak isi lagi ke? Baru dapat tu kira dimaafkan la jugak, tapi yang bangang sangat tinggal sekeping je kot baucar tu pun korang malas haramjadah nak isi ke? As you know, dalam sehari berapa ramai manusia yang datang ke kedai beli barangan masing-masing hanya untuk bagi peluang kat korang yang suka sangat bagi queue panjang kat kaunter. Dan tak semua manusia penyabar orangnya, termasuklah cashier yang handle korang tu. 

Ni lagi satu aku hairan, tengok balik gambar di atas, baris kedua. Nampak tak kat situ, NO. KAD PENGENALAN PELAJAR? Nampak tak? Yang korang pergi melalut tulis nombor kad  matrik la hapelah, korang dah kenapa? Hairan sungguh aku. Takleh ke ikut je apa yang dah tertera kat situ. Kalau dah letak situ nombor kad pengenalan, letak je lah nombor kad pengenalan. Lain la kalau kat situ letak nombor pendaftaran pelajar ke apa, takde la aku nak gaduh sangat. 

Berkaitan dengan nama pulak, aku rasa aku taknak la bagi nama anak panjang sangat. Tengok diorang tulis nama sendiri pun aku rasa seksa. Sudahlah prosedur nak tulis kat baucar ni susah, satu benda pun takleh salah, tulisan kena jelas, tu yang buat slow selalunya. Tapi tu bukan masalah aku so aku malas nak kisah. Tu salah sendiri yang malas sangat nak tulis awal-awal dah kenapa? 

Ada lagi satu spesis ni aku tak paham kenapa dia wujud di alam nan fana inihh. Dia letak nombor IC je. Kalau aku lempar baucar kat muka dia, kang tau pulak mengamuk. Selalunya yang buat camni, chinese la. Yang alang-alang sangat isi nombor IC je dah kenapa? Letak la skali nama dengan nombor henfon. Bila disuruh lengkapkan semua, dia jeling aku pulak. Nak aku korek biji mata kau ke? 

Kau orang tau nak cepat je tapi taknak pulak bagi kerjasama dari awal. Sapa yang salah skarang ni?

2) Spesis tak paham bahasa pun ada.

Aku paling ingat insiden yang satu ni. Masa tu hari Jumaat kira-kira 2 bulan yang lepas. Aku dan akak I-can-read-you adalah cashier on duty pada hari tersebut. Kira-kira dah masuk tengah hari masa tu, datangnya berkumpulan kecil budak-budak kolej vokasional. Tapi diorang memang ramai. Dalam sehari tu, kebanyakan baucar buku yang diterima adalah dari kolej vokasional. Tapi yang buat aku paling ingat insiden ni ialah diorang punya tak paham tu tahap memang tinggi melangit. Diorang datang kaunter, 5 orang dalam kumpulan tu, kelima-lima semua kerumun depan cashier, tanya boleh guna baucar buku tak kat sini. Ye memang boleh. Boleh guna untuk beli semua kan? Tak, cuma untuk bahan bacaan sahaja. Ingatkan paham. Sebab tengok diorang tak jenguk area buku. Diorang tengok area stationary. So aku dengan partner cashier masa tu assume diorang tak berniat untuk guna buku. Budak-budak tu siap mintak ambikkan scientific calculator lagi. Tapi bila aku terpandang bakul diorang, banyak pulak shopping diorang ni. Betul ke guna cash? Tapi aku taknak la terus assume diorang sengkek walaupun rupa memang ada :D  Bila dah selesai memilih, diorang datang kaunter. Cashier start untuk scan barang-barang. Tiba-tiba diorang cakap, "saya guna baucar." Masya Allah. Budak-budak ni sengaja betul nak cabar orang. Partner cashier aku masa tu ganas jugak. Maklumlah orang usia 3 series walaupun muka tak nampak sangat. "BAUCAR CUMA BOLEH GUNA UNTUK BELI BUKU SAHAJA. YANG INI SEMUA TAK BOLEH!" Terang-terang dah masa diorang tanya tu, cashier dah bagitau apa yang boleh beli guna baucar. Takde pulak dalam ayat bagitau, semua boleh beli untuk guna baucar. Maka berlalulah diorang dengan muka cemberut. Lantakla korang buat muka masam. Orang dah bagitau awal-awal yang susah sangat nak paham tu dah kenapa? Bakul yang penuh dengan barang-barang stationary tu pulak apa jadinya? Ditinggalkan di kaunter begitu sahaja. Sape susun balik? Aku jugak.

Dalam sehari tu, memang berbondong-bondong budak kolej vokasional silih berganti datang bertanya. Yang paham tu, alhamdulillah tak menyusahkan cashier. Tapi, kes yang sama memang berulang-ulang kali terjadi. Aku masa tu memang rasa nak hempap diorang. Keesokan harinya bila chief cashier bertugas, rupanya baucar budak-budak kolej vokasional tu sebenarnya tak boleh diterima. Usually kalau korang tengok kat belakang baucar tu, dia ada satu tempat khas untuk cop sekolah/kolej/universiti kan? Well, kolej vokasional Bintulu ni tak tau macam mana tahap bangangnya, diorang pegi cop kat depan. Masa tu jugak aku baru tahu, sekiranya ada dicop kat depan tu, maknanya pemilik ada tersilap tulis so pekedai akan minta pemilik baucar untuk kembali ke tempat study diorang untuk dapatkan cop dari jabatan yang edarkan baucar. Thats why memang takleh salah tulis waima satu pun. Aku dengan akak I-can-read-you mula gelabah ayam. Takut tetiba kena bayar balik pulak amount yang kitorang terima tu. Bukan sikit baucar yang diterima dalam sehari tu tambah pulak hari Jumaat memang Popular selalu penuh. Mudahan takde pape lah sebab sayang duit wooo. 

Aku menghargai kesudian diorang ni sebenarnya sebab sanggup datang kaunter untuk bertanya. Tapi kalau yang rajin sangat bersoal jawab ni memang aku berbulu sangat. 

Contoh:

Student : Assalamualaikum, kak. Sitok terimak baucar ka?
Cashier : Terimak. Tapi cuma boleh beli bahan bacaan jak.
Student : Bahan bacaan jak? Dak pen pa suma sik dapat?
Cashier : Bahan bacaan jak.
Student : Pendrive, hard disk, ink pun sik dapat?
Cashier : *suara dah naik.* BAHAN BACAAN JAK. YANG LAIN SEMUA SIK DAPAT.

Jangan hairan, memang betul jadik ni. Tak tau tang celah mana makna bahan bacaan tu yang diorang tak paham. Syukur jelah aku ni takde masalah period pain ke apa so takdela buat perangai PMS tu. Kalau tak, memang ada yang kena maki.

Kadang-kadang ada pulak yang terlebih konfiden. Dia tak tanya apa-apa. Konfiden je memilih barang. Botol air, kertas A4, pensel warna, pencil case, pembaris, pen etc. Datang kaunter, tunjuk baucar. Kena pulak dengan chief cashier yang selalu mood tak stabil. Padan muka. Tapi lagi padan muka aku la sebab aku jugak yang kena panggil untuk susun balik semua barang tu kat tempat asalnya. Nasib baik sekarang dah masuk English department so aku tak takde kaitan dengan stationary dah huahahahaha. 

Lagi satu spesis, dia memang dah bersoal jawab, tepat, padat, mutakhir kat staf. Jawapan kitorang memang standard. Cuma untuk bahan bacaan. Dia bantai ambik novel dengan buku nota. Cashier memang akan bagitau, cuma bahan bacaan so buku nota ni tak boleh. Dia buat muka pulak. Yang ni kena kat aku. Dia tanya, ada kamus elektronik tak? Tak ada. Tau apa dia cakap lepas tu? "Ihh baik beli kat Sibu je kalau susah sangat macam ni." Eh eh dia marah kita pulak. Pergilah Sibu sana yang kau susah susah kat sini dah kenapa. Huh! Aku memang tak lupa muka dia sebab ada iras Happy Polla sikit. Hahahaha!

3) Mak bapak dia masuk campur sekali

Yang ni takyah sebut la. Selalu sangat sampai kadang-kadang rasa nak mintak ampun je sebab ternaik suara kat orang tua. Kes ni selalu jadi bila anak explain kat parents pasal barang yang boleh dibeli dengan takleh beli. Aku saspek parents ni nak guna baucar tu untuk beli barang keperluan anak-anak yang lain kot. Abah dia dah start nak gaduh dah. Sorry pakcik. Muka bapak saye lagi seram dari pakcik walaupun bapak saye takde nak marah pun. Macam situasi nombor 2 jugak, dia start soal jawab. Kebetulan pulak Outlet Head ada kat sebelah. Dia handle. Jimat air liur ai. 

Kalau bukan bab gaduh bab cuma bahan bacaan je boleh beli guna baucar, part nak bagi tally sampai cukup amount RM250 tu pun susah. Bila ada balance 5 sen je lagi kena tambah tu takpe la diorang nak gaduh pun. Ni yang ada dalam belasan. Diorang suruh burn macam tu je. Kalau aku, aku sapu je puzzle kat belakang tu. Yang senang sangat nak burn balance tu dah kenapa. Kot ye pun kejar masa, jangan la dibuang camtu je, rezeki tau. Bukan senang nak dapat free. 

Kebanyakan student memang akan ajak parents untuk teman beli barangan. Selain lubuk untuk mintak bayarkan, boleh jugak guna untuk gaduh dengan cashier. Takpe, aku paham. Aku pun selalu buat perkara yang sama tambah pulak muka bapak aku memang macam samseng cina. Tapi kot ye pun, berpada-padalah saudara saudariku sekaliannya. 

Aku nak letak banyak pun tak larat. Fikir balik pasal benda tu pun dah stress. Dahlah masa permulaan baucar tu, aku stres dengan maha banyaknya barcode kena scan. Setiap kali morning brief je, aku adalah sasaran utama para supervisor sebab aku selalu tunjuk muka blur tanda tak paham satu mende pun pasal free voucher la, free member card la. Tapi lama-lama, aku dah okey dah dengan semua tu. Sebab kata kuncinya, apa-apa free voucher Popular yang dikeluarkan, memang wajib kena scan dulu. Nanti short. Nasib baik ada Puan Admin yang rajin dan sabar melayan blur aku. Cuma tembok kesabaran jelah yang makin rapuh sekarang ni. Banyak sangat layan pe'el pelik customer, diri sendiri pun terbeban. You know, customer is ALWAYS WRONG. Sesiapa yang cakap customer is always right, kepale otak dia koyak. 

Bila tengok video panda guling-guling, kadang-kadang rasa nak jadi panda je. Comel pun comel, tidur pun boleh ikut sukahati dia je kat mana-mana. 


Baiklah, sekian sahaja entry kali ini sebab aku tak sihat sangat. Bye.








Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak