Why?

Hey. Rasa dah lama sangat tak update. Just takde benda nak share. Tapi sekarang aku ada benda nak share so here I am today. 

Last time aku bercerita pasal UPU. Aku takdapat. God knows, I cried a lot during that day. Mood aku sangat down. Hati aku sakit sangat masa tu. Lebih-lebih lagi aku tertekan dengan permintaan orang tua untuk tetap letak harapan. Sedangkan aku sendiri masa tu dah pun putus harapan. Demi dia, aku mohon sekali lagi untuk rayuan. Tanpa bertanya dan memberitahu beliau, aku tukar kontrak aku kat Popular. Kerana hati aku dah terlalu tawar untuk menunggu. Lepas beberapa hari, baru aku bagitau perkara sebenar kat bapak. Beliau terkejut, tapi aku berhak untuk tentukan apa yang aku nak. 

Sekarang, keputusan rayuan tu dah diumumkan. Sekali lagi, berita yang aku terima adalah dukacita. Serious? Apa semua ni? Like, memang la aku tak letak harapan tapi kenapa minta untuk dibuat rayuan kalau tak nak terima? Memang keputusan yang tak reach pointer 3.00 ke atas memang tak layak untuk melanjutkan pelajaran ke? Mesti kena bagi peluang kepada yang lebih pandai lagi then aku yang tak cukup pointer ni sebagai pilihan terakhir? Aku tak akan rasa macam ni kalau aku hidup sendiri sebatang kara takde sesiapa lagi dah kat dunia ni. Masalahnya sekarang ni, aku ada seorang bapak yang sangat memegang permintaan arwah isterinya supaya satu-satunya anak mereka dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Sebab tu aku memang sangat kecewa bila sekali lagi aku dapat berita yang mendukacitakan macam ni. 

Aku nak tahu, apa requirement paling minimum yang diorang nak. So lepas ni, sesiapa yang tak capai requirement tu, diorang boleh give up awal-awal dan tak payah nak undergo so many phase. Rayuan atau apa-apapun. Just do what they really want to do. 

Jujur aku katakan, aku buat rayuan pun semata-mata kerana harapan seorang ayah. Kali ni aku terpaksa tunggu lagi sampai 9 September untuk semakan kedua rayuan. What the hell? Banyak sangat cekadak diorang ni. Kalau tak nak bagi, just dont give us hope. Thats all. Hati pun tak sakit dan tak rasa berdendam. 

Geram tau tak. Berapa lagi kena tunggu? Yang dapat UPU haritu semua dah nak berlepas esok. Aku? Huh!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak