Worth waiting?

Yo! Lama sangat tak update due to haritu sakit sampai admit kat wad. Dah keluar wad pulak, cun pulak tengah sibuk beraya. Lepas beraya, sambung pulak kerja. Kebanyakannya spent time bermalas-malasan sambil-sambil mengenang nasib diri. Harini tetiba terseru pulak nak update.

The time is running. Dan kali ni tak lama lagi benda yang ditunggu-tunggu selama ni bakal tiba. UPU. Yang dinantikan selama ni. Yang selama ni banyak memutar belitkan hal-hal dalam kepala otak aku sampai rasa nak give up. Sumpah, memang rasa nak give up. Mula-mula, memang aku rasa kalau aku dapat pun tawaran tu nanti, aku reject je. Somehow, tetiba beberapa harini aku mula rasa aku tak paptut buat keputusan macamtu. Pada logik akal orang, memang orang akan fikir, "oh, finally minah ni sedar yang dia tak patut berfikir untuk tak nak masuk universiti dah sebab dah selesa sangat bekerja."

Apa yang buat aku berfikir untuk tak mengalah pada penghujung masa ni? Beberapa hari sebelum end of July haritu, para supervisor ada meeting dengan Ms Kong yang merupakan outlet head Popular Bintulu. Antara isi meeting diorang haritu adalah mengenai aku. Umum tahu, aku baru-baru lagi discharged dari hospital. Banyak orang anggap aku masuk hospital pasal aku ada penyakit. Tapi diorang tak tau perkara disebalik cerita. Disebabkan aku terlalu sibuk, banyak sangat buat overtime pasal tak cukup kakitangan kat english department, aku terus jatuh sakit. Lama jugak ambik masa untuk sembuh sampailah aku kena suspect menghidap demam denggi due to beberapa simptom denggi yang aku alami. Turns out bila aku kena admit, aku ada diabetes tahap 1. So, supervisor english dept risau mengenai aku. Staff Popular semua tau aku macam mana kalau buat kerja. Mana kisah benda tu berat ke ringan, aku gasak je. Tapi, beliau susah hati tengok aku lagi-lagi sekarang ni aku ada sedikit kebergantungan terhadap insulin. Buku-buku kena return tiap bulan kepada supplier, dan kalau aku tetap jugak berada dalam dept tu, dia risau kalau sesuatu terjadi pada aku. Kotak-kotak tu semua memang tak dinafikan berat-berat jugak. 

Akhirnya, diorang memutuskan untuk "mengembalikan" aku ke stationary dept, tempat di mana aku mula-mula masuk Popular. Aku kurang setuju sebenarnya dan aku cuba untuk menidakkan perkara tersebut, tapi keputusan nampaknya telah sebulat suara dan aku langsung tak boleh membantah lagi. Lebih-lebih lagi Ms Kong telah mendengar bagaimana prestasi aku sepanjang berada di stationary dept. Aku memang langsung tak boleh terima pada awalnya.

Salah satu sebab aku tak menerima semua tu adalah disebabkan lelaki. Dia ada kat situ. Sepanjang aku menjarakkan diri, aku rasa senang. Aku mewaraskan balik otak aku. Lebih-lebih lagi haritu aku dah keluarkan satu statement yang mungkin membuatkan dia semakin tak suka pada aku. Semua tu demi kebaikan masing-masing. Aku tak nak dia rasa terbeban dengan aku dan aku pun tak suka membebankan orang. Well, the feeling is natural tapi perasaan tu boleh jadi menyusahkan.

So, bermula dari situ, aku dah terfikir, aku mesti dapat jugak UPU tu nanti. Aku tak nak berlama-lamaan di sini dan kembali terperangkap dalam perasaan yang aku sendiri tak sudi sangat nak tanggung. Sekarang dah 3 Ogos. UPU mungkin bakal diumumkan pada 10 Ogos. Kurang 7 hari je lagi.

Aku taktau macam mana penghujungnya nanti. Tapi, menunggu tu penat.


Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak