Posts

Showing posts from September, 2016

"Wajib sambung oh, jangan tak sambung oh!"

Semalam aku jumpa dengan bekas guru kelas masa form 6 dulu, Cikgu Lily. Pada beliau aku tumpahkan segala rasa sedih bila tak dapat sambung ke mana-mana universiti. Katanya, cuba lagi. Kalau tak, masuk swasta. Aku bagitau cikgu Lily, kalau tak dapat jugak 9 September ni, aku masuk diploma balik. Sejujurnya, masuk swasta bukan dalam pilihan aku. 
Kebetulan semalam shift morning, balik pukul 7 petang, aku ajak bapak makan kat restoran feveret kitorang di Kampung Assyakirin, Anjung Selera. Aku bagitau dia, pasal apa yang cikgu Lily dah nasihat aku. Cikgu Lily tekankan ayat, "mesti WAJIB sambung. Jangan TAK sambung!" Sampai sekarang masih terdengar-dengar cara cikgu Lily sebut. Bila sebut soal aku disuruh masuk swasta, secara tiba-tiba macam aku terpaham sesuatu dari ayat yang bapak aku cuba sampaikan. Aku mungkin boleh sambung ke kolej swasta, sekiranya kos pengajian hanya dalam RM40K. Tidak termasuk perbelanjaan lain. Macam-macam perkara yang kami bincangkan. Like, ini masalah…