"Wajib sambung oh, jangan tak sambung oh!"

Semalam aku jumpa dengan bekas guru kelas masa form 6 dulu, Cikgu Lily. Pada beliau aku tumpahkan segala rasa sedih bila tak dapat sambung ke mana-mana universiti. Katanya, cuba lagi. Kalau tak, masuk swasta. Aku bagitau cikgu Lily, kalau tak dapat jugak 9 September ni, aku masuk diploma balik. Sejujurnya, masuk swasta bukan dalam pilihan aku. 

Kebetulan semalam shift morning, balik pukul 7 petang, aku ajak bapak makan kat restoran feveret kitorang di Kampung Assyakirin, Anjung Selera. Aku bagitau dia, pasal apa yang cikgu Lily dah nasihat aku. Cikgu Lily tekankan ayat, "mesti WAJIB sambung. Jangan TAK sambung!" Sampai sekarang masih terdengar-dengar cara cikgu Lily sebut. Bila sebut soal aku disuruh masuk swasta, secara tiba-tiba macam aku terpaham sesuatu dari ayat yang bapak aku cuba sampaikan. Aku mungkin boleh sambung ke kolej swasta, sekiranya kos pengajian hanya dalam RM40K. Tidak termasuk perbelanjaan lain. Macam-macam perkara yang kami bincangkan. Like, ini masalah dunia yang kalau aku guna kepala aku sendiri, belum tentu boleh selesai. 

Sekali lagi, aku terfikir, kalaulah sekiranya aku sambung balik diploma ke UiTM, aku nak ambik course apa? Bila aku cadangkan kat bapak mungkin aku boleh ambik course business, cepat je dia geleng kepala. Inilah masalahnya. Kalau aku nak, ada pulak yang lain cakap taknak. Aku tak kata aku pun berperangai macam tu, tapi kalau dah namanya anak beranak, lebih kurang sama jelah. Sejujurnya, selama tempoh hampir 3 tahun ni, aku dipaksa untuk menurutkan keputusan orang lain tanpa aku sempat bagitau apa yang aku betul-betul nak. Mereka anggap sekarang ini zaman serba tinggi, maka expectation mereka terhadap anak-anak juga tinggi melangit, Aku tak boleh terima pemikiran macam tu. Sampai bila aku nak ikut cakap orang lain sedangkan aku sendiri pun nak cuba buat sesuatu yang aku benar-benar nak buat sendiri tanpa dibayangi oleh judge dari orang lain. 

Aku tertekan tapi aku tak mampu untuk luahkan secara lisan. Baru petang tadi, mak cik aku dapat tau yang aku ni sebenarnya tak dapat sambung ke mana-mana universiti. Nasib baik dia tanya kat bapak aku. Kalau dia tanya aku, sah-sah aku dah mengamuk bila persoalan tu dibangkitkan oleh orang yang paling aku taknak dia ambik tahu tentang aku. Terlukanya hati aku dengar perbualan diorang, "kenapa Nina langsung tak dapat?" Siapa jelah yang ada jawapan untuk soalan tersebut. Kalau dah bukan rezeki aku nak dapat, nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya walaupun aku tak dapat sambung ke mana-mana pun, aku dah ada kerja sendiri. Yang mana aku dah tak harapkan 100% duit orang tua. Aku ada pendapatan sendiri. Kalau aku nak dapatkan apa-apa, aku boleh dapatkannya sendiri tak perlukan orang lain untuk dapatkan untuk aku. 

Kenapa generasi tua suka sangat memulakan topik-topik sensitif mengenai aku? Tak boleh ke letakkan diri dalam acuan aku yang terdesak nak sambung tapi tak dapat-dapat sampai sekarang? Manusia mana yang tak impikan untuk pijak kaki ke menara gading dan habiskan pengajian untuk dpaatkan segulung ijazah? Aku mungkin tak sepandai sepupu-sepupu yang lain, tapi aku juga simpan harapan untuk jejak kaki ke sana. Aku jugak nak berdiri setanding dengan mereka yang lain. Aku cemburu bila bukak WeChat, Instagram, Facebook kawan-kawan, semua tu memaparkan kehidupan diorang apabila orientasi bermula. Lepas ni, diorang semua akan sibuk dengan kuliah masing-masing. Sedangkan aku, nangis sendirian berharap diri ini jugak dapat berdiri sama tinggi dengan diorang semua. Hati mana tak terluka? 

Aku mungkin nampak ceria dan dalam masa yang sama berwajah serius di depan semua rakan sekerja aku. Aku mungkin dengar segala luahan hati diorang, tapi aku sendiri tak mampu nak tumpahkan apa yang menggunung dalam diri aku. Masalah aku adalah aku tak mampu untuk bagitau orang apa yang aku rasa. Sebab orang lain mungkin tak boleh faham apa yang aku rasa. 

Sekarang, bagitau aku, apa patut aku buat dengan diri aku sekarang?

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak