I wanna go home!

November is coming to the end dan December bakal menjelma. Sepeti tahun-tahun sudah, aku jugak memutuskan untuk pulang ke kampung halaman tempat lahirkuu~

Mula-mula memang fikir nak balik next year je. Sebab cuti yang agak terhad pasal tu la tak fikir sangat nak balik jugak tahun ni. Tapi nampaknya makcik makcik aku begitu merindui kepulangan aku ke kampung maka sejak seminggu lepas aku asyik belek kalendar nak rancang bila nak balik sana. 

Tarikh dah tetap. Tinggal nak submit borang cuti. Hakikatnya semua orang tau aku memang akan bercuti bulan hadapan. Asyik diorang je cuti, tiba pulak giliran aku yang bercuti. Hohoho~ Ada sebab lain jugak aku nak balik kampung ni. Salah satunya memang seruan makcik makcik aku kat sana jelah. Lagi satu pasal aku nak menenangkan fikiran dari stress kerja. 

Memang la akan ada orang heran, "aih, keja kede buku jak pun, stress apanya?" Sepatutnya memang tak stress la, pasal kerja kedai, cuma banyak sibuk susun barang je. Tapi aku ni Retail Assistant cum Cashier. Kerja retail assistant tu takde hal sangat. Antara rajin dengan malas nak buat jer. Yang part cashiering tu la aku kurang berkenan. Suatu ketika dahulu, aku adalah orang yang paling bersemangat bab-bab nak jadi on duty cashier. Tapi sejak kehadiran buku resipi BOB, aku dah mula membenci kerja aku sebagai cashier. Aku malas nak letak nama penuh buku tu, kitorang gelar dia B.O.B je. Dari yang aku mula kerja dulu dah ada dah BOB ni tapi masa tu belum cashier sanagt dan buku tu pun memang dah di ambang kehabisan, so aku tak rasa sangat yang pertama tu. Bila masuk yang edisi kedua, aku mula terasa bahangnya.

Bayangkan, buku tersebut memang sepatutnya cuma boleh dijual kepada non muslim berikutan terdapat content haiwan berhidung besar kaler pink. Tapi pihak atasan tak kisah pasal tu dan jual je kapda semua customer tak kira apa bangsa sekalipun. Betapa besarnya rasa bersalah aku bila aku terpaksa promote kepada customer Muslim. Oke la memang tau la kat Sarawak ni tak kisah sangat pasal tu tapi rasa bersalah tu memang membebani jiwa. Masa BOB edisi kedua tu, aku adalah cashier yang paling sikit jual buku tu sebab aku memang tak berminat langsung nak jual. Kalau boleh, biar aku takyah jadi cashier sampai la buku tu habis dijual.

Semasa BOB 2 tu dah habis, aku adalah yang paling gembira dan bersemangat nak jadi on duty cashier. Sanggup angkut kotak ke kaunter untuk pricing sebab bagi laluan kepada partner cashier untuk buat kerja kat selling floor. Yelah sebab barang stationery kan comel cinonet je kebanyakannya. Bila diumumkan BOB 3 bakal diterbitkan, aku tak senang hati. Ni mesti ada lagi kes paksa-paksa ni. Aku ni dah la memang tak suka betul nak promote ni. Jenis aku ni, aku perhati orang tu dulu macam mana, then baru aku cuba tanya. Kalau dah muka memang cemberut dari awal letak barang lagi, mana aku nak promote. Membazir air liur aku je watpe. Kalau setiap air liur tu boleh hasilkan 10 sen, okey la jugak. 

Pakej BOB ketiga kali ni datang dengan free sos tiram. Buku tu datang sampai 500 naskhah. Agak-agakla kot ye pun nak hantar kat outlet kecik gred C ni. Kali ni sedikit bernasib baik sebab ada sesetengah customer diorang ambik sendiri buku tu bawak gi kaunter so aku tak perlu susah-susah nak bagitau benefit. Just terangkan macam mana nak guna free voucher yang diorang dapat dari buku tu. Sehari kena jual 3. Nampak sikit, tapi payahnya nak approach customer tu. Kebanyakannya alasan diorang, "tak pandai masak". Ni buku resipi ajar masak kak oi. apenye tak reti masak. Buta kuali betol!

Kesabaran aku mengenai BOB 3 ni mulai habis bila minggu lepas aku kena dengan AOH kitorang. Masa tu, aku bukan on duty cashier,  dan aku pun agak sibuk dengan hal nak buat promotion sticker untuk coming promotion (sekarang dah mula promotion dah). Keluar masuk ofis, tengok rupa barang display kat mana sebab stationery ni banyak saiz. Sambil refer listing, kena tau apa jenis barang jugak. Aku ni pun pelupa sikit mana nak ingat semua beratus jenis barang dan vendor yang ada kat kedai tu kan. Sampai satu tahap, aku dah penat sangat nak buat promotion tu and aku pun berehat kat tepi counter cashier je. Kebanyakan kerja aku dah siap part nak print sticker promotion dan terus lekat sekali kat barang. Ada beberapa barang yang belum letak sticker lagi since tak perlu nak print sebab memang sticker dah sedia ada. Aku dah penat so aku mintak colleague aku yang kebetulan memang on duty cashier masa tu untuk lekat. Sebagai pertukaran, aku tolong dia jaga kaunter kejap sementara dia tolong buat yang belum siap tu. 

Kalau aku tak betul-betul penat, aku tak kan mintak orang tolong. Lagipun lekat sticker je pun tapi masa tu memang aku betul-betul tak larat. Mental fizikal aku sama-sama penat. Bayangkan la, sepanjang kawan aku yang on duty cashier tu jaga kaunter, takde pun si AOH tu keluar n bagitau,"jual BOB". Sebaik je datang turn aku yang jaga kejap je pun, terus keluar. Ni perati aku kat CCTV ke apa? Mula-mula tu memang tak apa sangat. Kali kedua pun sama. Sama jugak kes, Kawan nak buat kerja kat selling floor, so aku pun tolong ganti. Pun sekali lagi si AOH ni paksa aku untuk jual. Padahal memang dah jual 3 buah nak jual lagi satu apakebenda nya??? Mati-mati dia pertahankan baru jual 2 naskhah. Masa aku serve customer pun dia sibuk paksa, "Nina, BOB jual!" Aku memang dah berada di puncak kemarahan tapi aku langsung tak boleh nak lepaskan kemarahan aku. Aku tarik nafas panjang, dan cuba jugak tanya bebaik kat customer. Customer geleng. Actually dari awal lagi aku perhatikan memang tak akan dapat punya jual kat pasangan ni tapi sotong tu sibuk sangat nak aku bukak mulut. Rasanya kat muka aku memang jelas kot aku letih. Tapi dia still nak push aku jugak.

Sebaik je customer tu blah, aku terus tinggalkan counter. Tak toleh belakang dah. Badan aku dah sakit-sakit, fikiran pun dah stress. Keluar dari kedai, aku dah tak larat nak senyum dengan sesiapa termasuklah abang Oppo pujaan hati yang semestinya nampak aku melintas depan dia. Aku pergi tandas tingkat 3. Basuh muka sampai bilas-bilas lagi. Terasa sangat-sangat keletihan. Muka aku memang dah serupa nak langgar orang sampai mampus dah. Dan sekiranya kalau aku memang nak langgar orang masa tu, memang aku langgar si sotong tu biar sangkut kat bumbung 7 Eleven. Tengok jam kat tangan baru 9.15. Aku gi lepak kat tangga. Kawasan tu sunyi. Aku duduk situ sampai 9.30 malam macam tu baru aku balik gi kedai. Masuk kedai, aku terus pergi ke belakang area colour paper. Memang situ je area aku paling suka lepak sebab agak gelap dan takde orang sangat. 

Sepanjang menunggu tempoh untuk balik, aku langsung tak keluar suara. Karang kalau aku bukak mulut, ada jugak yang kena dengan aku so baik aku diam walau macam mana pun aku kena usik oleh supervisor chinese dept yang terlebih mesra alam tu. Dia langgar-langar aku guna bungkusan plastik dia, aku tak kisah, dia cuit-cuit bahu aku pun aku tak pedulikan. Yang kebiasaannya aku tolong punch out card orang pun aku tak buat. Biasanya aku duduk depan jam punch card dan sebaik je ngam pukul 10 malam, aku tolong semua orang punch out. Malam tu je aku langsung tak nak ambik tau. Aku sedia nak balik je. Si sotong tegur dah check beg ke belum pun aku tak layan. Buat-buat sibuk sambil kuatkan volume lagu kat telinga. 

Stress yang amat sampai aku bawak motor pun boleh melencong ke arah lain. Malas nak sampai rumah cepat-cepat. Terfikir jugak nak singgah minum dulu kat mana-mana tapi nanti kot bapak aku risau aku tak balik-balik lagi, aku just melencong tak ikut jalan biasa aku balik tiap-tiap malam je. Malam tu jugak aku langsung tak chat sesiapa. Aku cuma nak tidur. Rehat puas-puas. 

Pagi tu aku bangun pun masih rasa bad mood lagi. Sebab aku tau si sotong tu ada pada hari tersebut. Memang aku tak tegur langsung sotong tu pasal aku masih lagi panas hati. Pressure tau tak.. Masa tu la yang aku dah fikir aku nak balik kampung bulan depan. Seminggu pun jadilah. Yang aku tau aku nak bebas kejap dari tanggungjawab. Aku boleh hadap macam-macam perangai customer, tapi aku tak suka kena paksa. Jiwa aku tak ngam dengan paksaan. Cukup la selama ni aku dipaksa dan aku menurut je semua tu. Nak paksa aku, make sure tahan telinga dengar aku komplen. Sekarang ni dah tak de orang berani sangat nak buat keputusan untuk aku. 

Aku menunggu hari je nak balik kampung ni walaupun belum beli tiket. Ingat nak beli tiket petang ni. Aku memang nak lepaskan stress je balik kampung tu nanti. Sekurang-kurangnya once aku balik sini, aku dalam keadaan fresh dan bersedia untuk apa-apa je. Mudahan lepas tu aku rajin je nak jual menatang tu. Kalau jelah.  Aku jamin tak akan rajin punya. Menyakitkan hati je. 

Okey, malas nak citer pasal benda tak berpekdah tu. Pagi tadi aku pass computer test. Aku siap dalam tempoh 6 minit je. Dapat 43/50. Oke la. Untuk lulus kena 42 dan ke atas. 43 tu kira selamat sangat dah. Diakui, aku cuma mula baca buku tu semalam je. Dan pagi ni belek sikit je. Hoho. Masa kursus haritu pun aku mengantuk tahap gaban sampai boleh terlelap lagi masa penceramah bercakap kat depan. Ada jugak la input sikit dalam mengantuk aku tu oke. Ahahahaha. Tadi pun dah terus apply lesen L. Lepas seminggu dapat la lesen L. Hihi. Bai!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak