Minah sekut

Halo uols. Takde masa aku nak update blog ni sebenarnya. Plus takde mende sangat nak story. Biasa aku post kat Twitter je. Takpun aku gi melalut je kat sapa-sapa yang sudi dengar.

Haritu dapat skuter sebijik. Sebab memang dah impian hasrat di lubuk hati paling dalam untuk dapat motor. Paling senang skuter jelah. So, bapak aku pun dengan baik hatinya, belikan aku skuter. Yamaha Ego LC. Kaler biru + hitam + kuning sikit. Memang yang kaler kuning tu boleh kira aku mintak tauke kedaj hapuskan 70% la pasal kaler kuning dia macam kaler cirit. Geli ahahahaha. Selepas seminggu, baru aku diberi kebenaran bawak skuter pegi kerja. Jangan soal pasal lesen. Aku kira stok hati kering je bawak kat jalan. Tapi dont worry be happy. Aku dah register dah pun. Tunggu hari nak kursus je nih.

Nak diceritakan, baru hari kedua aku bawak baby boooncit aku tu, aku terbabas tercampak ke pokok bunga yang ditanam oleh BDA. Kawasan kejadian berdekatan dengan Parkcity Mall. Masa tu hujan renyai-renyai dan apa yang ada dalam fikiran aku cumalah hasrat untuk cepat-cepat sampai ke tempat kerja.

Masa nak belok kanan lepas traffic light, ntah di mana silapnya, aku terbabas ke pokok bunga dan menyebabkan sedikit calar pada wajah, kesan lebam di paha dan lengan aku sakit. Nasib baik ada abang bomba dan pakcik motor datang tolong. Abang bomba tolong angkatkan baby boooncit aku pasal skuter tu berat aku tak larat nak angkat. Nak sorong masa turun kerja pun boleh menyebabkan six pack muncul, apatah lagi nak angkat beliau yang sedang elok terbaring. Kesan kejadian tersebut selain aku memiliki calar di wajah, baby boooncit juga ada calar. Hoho. Tak sampai seminggu kot...

Lepas je terbabas, aku rilek je pegi tempat kerja dengan keadaan wajah yang calar dan berdarah sikit serta baju yg terkena kesan tanah. Pegi tandas cepat-cepat untuk bersihkan. Takde la kotor sangat. Sikit je. Masa aku tenung wajah di cermin, aku rasa sangat-sangat bersalah sebab dah bawak skuter tu sampai calar. Padahal baru je beli. Lama aku nak kumpul kekuatan untuk inform bapak aku yang aku eksiden. Rupanya bapak aku takla kisah sangat. Calar sikit boleh cat balik. Aku jelah yang panik.

Selama 2 hari, pipi aku bertampal plaster di tempat kerja. Sampai mamat kerja Mars pun sibuk tanya, "apahal pipi? Tutup pimples ke?" Pimples hapekebendanya. Tapi tak kisah la pasal mamat tu pun crush je. Hahahaha cuma aku ni stok hati kering jugak la bila dengan selambanya bagitau aku terlibat dalam eksiden. Reaksi lelaki-lelaki di Mars cukup lawak pasal diorang terkejut sangat-sangat bila dengar aku dengan rilek je bagitau terlibat dalam eksiden tapi langsung tak menunjukkan tanda-tanda serik atau takut atau apa-apa reaksi yang sewaktu dengannya kalau terlibat dalam kemalangan.

Setakat calar muka, apalah sangat. Pedih sikit je. Sekarang dah okey dah.

Cuma memang sekarang aku lebih berhati-hati. Terutamanya kalau hujan. Aku dah tak mintak bapak hantar dah gi kerja. Kesian pulak hari-hari ambik aku. Sampai kadang tu terlewat datang untuk ambik aku balik pasal dia tertidur sementara tunggu jam aku balik. Ada guna jugak beli skuter tu.

Setiap kali berhenti di traffic light, aku berusaha kawal perasaan supaya tak over pulas masa nak membelok. Sejujurnya, aku tak pass sangat bab-bab belok ni. U turn pun aku tak pernah buat. Kalau kat bulatan, aku bawak se slow yang boleh untuk elak dari terbabas ke arah bertentangan. Aku bawak cuma dalan 40km/j jer. Kalau rasa macam laju tu, aku slow down je. Biar lambat asal selamat.

Jadi minah rider celup ni (pasal aku tak terer sangat), aku jadi seorang yang cukup tinggi kesabaran. Kalau jumpa pengguna kereta lawa-lawa tapi tak reti bagi signal, aku doakan agar beliau cepat sedar. Aku berusaha untuk tak menyumpah seranah walaupun sebenarnya kalau dulu-dulu, laju je keluar. Sekarang ni, aku sengih sambil beristighfar. Sabar sabar.

Nanti hari Jumaat, aku offday. Aku nak pergi hospital sendiri untuk ambik ubat. Then aku nak singgah skolah kejap nak ambik sijil STPM hahahhaa. Barulah aku pegi mana-mana kedai baju untuk cari baju la opkos. Kesian tau, keje penat-penat, tapi duit banyak abis untuk beli makanan je. Apalah ertinya hahahahah. Sekarang ni, dah tambah satu list lagi mana nak abiskan duit. Setiap bulan, sekurang-kurangnya beli sehelai baju atau seluar. Dan kene bahagi duit gakla. Nak beli minyak moto skali. Huhu.

Ok done bebel.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

I Am Popularian