Why never appreciate people, bro?

Hi, its been a while since last post because got some trouble to connect wifi. Terpaksa angkut harta karun keluar bilik sebab nak kasi connect internet. I dont really have time actually. But if do, I choose to sleep all day or go out somewhere instead 

Dah masuk setahun dah aku kerja. Cari duit sendiri, walaupun masa tengah sesak tu gi tunjuk muka comel kat bapak aku, try cucuk kot-kot ada RM100. Walaupun takde benda yang perlu aku fikirkan sangat, tapi makanan semua mahal-mahal :( Kalau sedap, takpelah jugak duit habis cepat. Ni hidup segan mati tak mau je rasa. Ke aku yang dah bosan suap makanan yang ada di sekitar Parkcity Mall tu? Sekarang ni pun dah ada komitmen baru, selain dari tak cukup duit untuk beli makanan, aku jugak perlu fikir makanan untuk skuter aku. Minyak la apa lagi. Nasib baik la tempat kerja tak jauh sangat dari rumah so tak kisah sangat nak isi minyak tiap-tiap hari. Tapi kalau datang mood aku rajin nak jelajah Bintulu yang terchenta ni, kena la fikirkan soal minyak sebelum apa-apa. Kang tak pasal-pasal nak sorong skuter di bawah matahari terik. 

Dalam tempoh setahun aku bekerja ni, banyak benda aku dah belajar. Tapi aku nak highlight kat sini ialah soal persahabatan. Aku ada dua orang rakan terdekat kat tempat kerja. Aku gelar diorang S dan J ajelah. S ni lelaki dan J ni perempuan. Beza umur J dan S ialah 5 tahun. S dengan aku pula beza 5 tahun. Manakala J dan aku beza 10 tahun. Means kat sini, aku la yang paling budak. J dengan S ni baik. J ni nampak je macam budak-budak tapi umur dan 30-an. Dia memang perangai macam remaja-remaja tapi dia ada banyak pengalaman yang mematangkan dia. S ni lelaki. Umur dah 26, tapi kepala otak dia memang tak matang-matang. Tak nak bukak sangat cerita kenapa diorang ni perangai macam tu lah. 

Akhir-akhir ini, S dan J langsung tak bertegur sapa. Dah lah diorang tu sebelum ni memang sangat rapat, tapi masalahnya si S ni suka sangat merajuk tak kena tempat. Salah sikit, mulalah tak nka tegur si J. Apa pulak peranan aku dalam kisah budak tua dua orang ni? 

Aku nilah jadi tempat si J meluahkan rasa sedih pilu lagi hiba. Bukan aku tak suka dengar, tapi kalau dah selalu sangat, sape jelah tak bosan? Si J ni, pada pendapat aku la kan, bukan sekali dua tau kena dengan angin monsun timur laut si S tu.Dah banyak kali dah tapi still jugak nak mengalah. Kalau aku , dah lebih 2 kali asyik aku je yang kena mula dulu, tak adanya aku nak mencemar duli untuk mintak maaf buat kali yang ketiga. Buat bazir air liur aku je. Otak dan hati pun tak terbeban sangat dengan manusia yang tak reti nak hargai orang lain.

Ok, mesti tak paham jugaklah apa yang aku dah membebel ni. Aku nak explen panjang-panjang pun, sakit tangan ni nak typing. Lama tak sentuh keyboard ni. Alkisah nya, sebelum aku masuk menjejakkan kaki ke kedai ni pun, diorang masa tu memang tengah ada krisis. Lamaaaaa barulah diorang nak berkawan balik. Macam mana tu, aku tak tau dan tak nak tanya kot-kot nanti luka lama berdarah kembali kan. Memang banyak kali dah budak tua dua orang ni ada krisis ni dan semestinya, si S ni la yang mudah sangat ambik hati lepas tu ego tak nak mengaku kesalahan diri. Aku sendiri pun pernah ada krisis dengan si S ni sebab dia rajin sangat nak bergurau sampai over limit. Dah 2 kali dah tu. Salah aku jugak la mudah sangat sentap masa tu so sekarang ni dah rasa diri tu dewasa kan, kalau si S ni gurau, memang aku tak ambik kisah sangat. Tapi dalam hati tu aku dah tikam si S ni masuk laut yang banyak jerung.

Kalau si S dengan si J ni, aku dah lama rasa tak sedap hati tengok diorang rapat sangat. Sejak lepas insiden diorang tak bertegur sapa untuk kali yang kedua ke ketiga kalau aku tak silap. Tapi lepas insiden tu, diorang kembali berkawan tapi si J ni kerap bagitau aku yang dia tak berani nak gurau kasar-kasar macam dulu kat si S ni kot-kot nanti si S tu sentap sampai tertonggeng bontot beliau yang leper tersebut. Banyak kali dah aku nampak si J ni nangis disebabkan oleh olahan si S yang kuat merajuk ni. Aku ni tak reti pujuk orang KakNon oiii aku cuma mampu usap belakang jelah. Tu pun stail macam usap belakang kucing. Tak reti sangat la namanya tuh. 

Aku jugak banyak kali nasihat (atau dalam erti kata lainnya, aku menghasut) si J ni. Jangan susahkan diri nak pergi terhegeh-hegeh mintak ampun maaf kat si S. Pasalnya, si S ni adalah insan durjana yang suka sangat mulakan api. Kalau sekali takpelah jugak. ni rasanya dah masuk kali kelima keenam dah. Aku pun tak tau banyak mana dah tapi ni memang melampau sangat-sangat la. Lelaki apa yang suka sangat merajuk dengan perempuan dan tak kena tempat ni??? Betul ke dia ni lelaki? Yang dah matang seperti yang beliau gembar gemburkan tu? hal-hal kecik, he really got no chills, terus nak merajuk tak nak bertegur sapa. 

Aku kesian jugak dengan si J ni sebab haritu, memang dia nangis betul-betul dengan aku. Aku nak pujuk pun tak reti. Orang menangis ni susah nak pujuk. Aku sayang kawan-kawan aku yang tua ni. Tapi adakalanya kena korbankan hati dan perasaan diri sendiri sebab pihak lagi satu dah ego sangat tinggi menongkat langit. 

Buat J, sabarlah. Untuk S, matanglah.

sekian. okbai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak