Feeling betrayed

I guess, being in this twenties age is kinda hard tho. Dealing with everyone as an adult is a kind of strong game. Kena ada perasaan yang kuat, tak mudah mengalah, kebal air mata and so on.

Almost every single day, memang kena ada tempuhi benda ni, but I dont face it hard tho. Cumanya, bila kena deal soal macam ni dengan ayah sendiri, there comes my emotional side. Banyak kali dah hadapi situasi ni tapi sebelum ni tak la rajin menjawab. Aku ingat lagi masa mula-mula dulu, seharian tu aku tertunggu-tunggu beliau untuk balik. Aku try call number dia, bila angkat, dia jawab "kat opis". Aku rasa sangat suspicious dengan jawapan tu so aku ajak makcik aku, *sebab masa tu aku belum ada motor*, pergi opis tempat bapak aku kerja. Kereta dia takde pun kat parking lot depan opis tu. Aku dah rasa lain macam. Satu perkara muncul, "kenapa kena tipu aku cakap dia kat opis?"So aku call dia, tanya, "takde pun kereta kat parking lot? Bapak kat mana?" Dia jawab balik, "kenapa jadi penyibuk sangat ni??"

Hati aku hancur sangat masa tu. Dah la keesokan harinya aku dah nak final exam STPM. Balik dia malam tu, terus bagitau, "jangan nak sibuk sangat!" Aku tak tau dah macam mana nak react. Esoknya, dia pujuk, masakkan makanan untuk breakfast. Tapi hati aku masih lagi sedih dan sakit. 

Then, second time pulak, dia langsung tak angkat phone. Walhal masa tu kononnya ada saudara dari jauh nak datang rumah. Pun masa tu aku risau jugak, balik rumah cepat-cepat, only to know yang dia takde kat rumah and both phone ditinggalkan. Hati anak mana tak risau bila try call parents tapi parents langsung tak angkat. All I have now is him! Only him! 

Ni, kes sama, tak balik-balik dari petang tadi. Memang la tadi tengah hari dia ngam-ngam sampai rumah masa aku otw nak keluar, but at least I get to see him and told him aku nak ke mana. Biar dia tahu. Sebab mana elok keluar tak da izin kan. Then, masa aku balik, dia takde. So aku tak kisah sangat la, sebab maybe pergi opis. And then balik lepas tu keluar semula. Ni tadi, dia keluar before asar kot. Dari Asar, bawak ke Maghrib sampai ke Isyak, pun tak balik-balik. Maunya aku tak susah hati. Then aku call, ajak nak makan sama kat luar. Cara dia cakap pun aku dah tau. Tak puas hati kena ganggu la tu. Hello, excuse me, aku ni anak tau. Memang la aku rasa curious bapak sendiri kat mana. Kot-kot ada hal, boleh aku datang. Aku pun just bagitau nak makan sama. Aku dah paham dah sebenarnya dia kat mana dan sedang buat apa. Just asking btw. 

Lepas tu dia kol balik, tanya aku kat mana. Aku cakap kat rumah then dia dengan tone marah suruh aku bersiap nak keluar. Bila dah dengar mood macam tu, opkos aku dah tawar hati nak keluar then jawab je, "dah makan." Dia punya marah tu, dengan ayat gini tau, "DAH MAKAN PULAK!" sampai tak dengar ayat aku ni habis, Terus dia letak call... Kecik hati aku. Sebab aku sedih sangat, aku send watsap kat dia.

Kalau sibuk sangat, sambung je balik benda yang nak dibuat tu. Takperlu marah-marah. Bukan taktau bapak kat mana.
Aku tau la aku ni jarang ada kat rumah. Tapi masa aku ada ni, elok sama-sama duduk rumah. Bukan selalu aku dapat off lama. Esok dah kene sambung kerja balik. taulah aku ni menyusahkan, tak perlu nak ingatkan aku. Sekurang-kurangnya aku ada depan mata, tak macam anak orang lain berpeleseran sana sini tak reti-reti balik rumah. Tiap kali aku keluar, aku bagitau tau aku nak ke mana. Akutak buat pun benda pelik-pelik macam anak orang lain buat. Hargai aku sementara aku masih setia dan elok di rumah ni.  Mak aku memang dah takde, tapi aku masih ingat semua pesanan dia. Sebab tu aku masih elok macam ni tak teruk macam orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak