Rabak

Dah masuk setahun lebih. Banyak benda yang aku dah belajar mengenai alam sekeliling. Sebelum ni masa dalam Tingkatan 6, aku banyak belajar mengenai indahnya zaman sekolah. Sedikit sebanyak bersyukur jugak la diberi peluang untuk merasai zaman tingkatan 6. Sekurang-kurangnya aku lebih menghargai zaman sekolah yang selama ni aku tak enjoy sangat. Dan kat situ la aku banyak kenal erti persahabatan. Mungkin all out sangat kot. Pasal tu over reaction sangat. Haha

Sekarang, dah nak masuk 2 tahun sejak tinggalkan zaman sekolah. Dah masuk usia 21 pun. Boleh daftar jadi pengundi dah kot. Pasal last year parti pembangkang datang buat kempen kat kedai dan ajak jadi pengundi bila dah cukup usia. Dalam tempoh 2 tahun ni, macam-macam aku dah tengok hidup ni. Rasa dikhianati, rasa dilupakan, rasa diabaikan. Perasaan ni tak usah cakap. Macam orang dah tak ada perasaan. Banyak sangat terluka sampai tak rasa apa-apa dah. Airmata yang keluar, rasa dibazirkan. Sia-sia. 

Kita baru nak elok-elok baiki hati. Datang pulak satu masalah baru dan menambahkan lebar koyaknya hati. Padahal orang tu tau kita baru nak sembuhkan hati. Tapi ditambahnya pulak macam-macam perisa. Siapa tak sedih? Siapa tak marah? Emosi usah katalah.

Nak nasihat sikit la abang akak sekalian pembaca kat sini. Jika benar awak tak puas hati dengan orang, tak perlu berbasa basi. Awak kata awak matang. Buktikan. Kalau benar jantan, tunjukkan jantan. Saya ni hormat awak tau. Sebab tu tak balas apa-apa yang awak katakan walau hati saya ni rabak bila baca text awak. Orang matang dia tak kutuk di khalayak ramai. Orang matang dia terus straight the point bagitau dengan orang yang dia nak sampaikan. Tak perlu penonton tambahan.

Awak ingat ego saya ni tak tercalar ke? Bezanya saya dengan awak ialah, saya tak sesuka hati marah orang lain tapi orang yang tak kena mengena pulak kena tempias. Maaf cakap ya awak. Saya ni budak dari awak, tapi kenapa saya pulak rasa awak tu yang lagi budak dari saya ya?

Saya boleh hormat awak sebagai orang yang tinggi pangkatnya dari saya. Tapi maaf. Saya tak boleh hormat diri awak yang sebenarnya. Katakan apa saja yang awak mahu. 

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar