Retail world situations

I've been working in the bookstore for already 1 year 3 months. Walaupun tak legend mana, tapi I've made it into 1 year. Thanks to UPU yang tak nak terima permintaan aku untuk sambung study kat uni last year. *crying hard deep inside. sobs* 

Dalam tempoh setahun ni, aku dah tengok macam-macam. Pengalaman bekerja under retail ni pun ada cabaran tersendiri. Well, benda apa dalam dunia ni yang tak bagi apa-apa cabaran, kan? So, untuk entry kali ni nak umpat semua perangai yang aku rasa tak patut pun wujud (tapi dah wujud tu, nak buat camna kan?)

Nampak ada manusia kat dalam kedai tapi pintu masih tutup, dah start ketuk-ketuk cermin. Apahal?


Benda ni biasa terjadi. Especially bila tiba hujung minggu. Jam 10 biasa pun belum banyak kedai buka. Searas kitorang tu pun banyak masih tutup. Cashier on duty pulak masih sibuk kira  float RM500. Tapi ada manusia dah sibuk ketuk-ketuk cermin, tanya bila nak bukak. Kalau kena kat aku, aku buat tak tahu je dan suruh tunggu. Nak sangat masuk, tunggu pukul 10. Benda basic kot, pintu masih tertutup rapat, staf pun masih sibuk buat pembersihan department, nak masuk pakejadahnya? 

Kadang-kadang, bila malam, dah start closing, kedai tutup tapi staf still ada kat luar, tu maksudnya tengah closing, means tengah kira sales, nak kira float untuk esok lagi. Semua kena siap awal-awal sebelum pukul 10 malam. Tapi still ada customer yang memegang kata-kata, "the night is still young" sibuk ketuk-ketuk cermin sebab nak beli barang. Sorry bro, guwa memang tak kasi lu masuk sebab kaunter pun dah tak boleh usik. Semua duit dah elok terbongkang atas kaunter tak kan nak kemas balik semata-mata nak kasi kau masuk? Maaf. Sila datang esok.

Tapi kes ni kelakar. Ni masa kitorang tengah stocktake day. Kedai memang tak bukak. Tapi pintu dibuka separuh. Sebab untuk memudahkan sesiapa yang kat dalam kedai untuk keluar masuk kot-kot nak gi lepas hajat kat tandas. Sesiapa yang dalam kedai tu tentulah staf dan team IT dari HQ Popular. Bukan customer. Kat pintu jugak ada dilekatkan notis mengenai kerja-kerja yang sedang dilakukan kat dalam. Dan kami telah pun awal-awal melekatkan notis di luar kedai kira-kira seminggu awal sebelum stocktake dijalankan. Kebanyakan customer kitorang adalah regular customer dan regular customer tu jugakla yang bebal tak paham notis. Like, pernah ke nampak Popular bookstore cuma bukak pintu tak sampai separuh. Tu pun diorang sibuk nak merangkak masuk ke dalam sebab katanya nak beli pensel. Geram sampai tak terkata. Dahla masa tu masing-masing semua kena marah dengan bos. Lagila tengah hangin satu badan. Kena lagi dengan perangai tak masuk akal para pelanggan. Kau rasa?

Spesis susah nak paham

Benda ni selalu jadik kalau kiranya member card customer tu dah nak expired. Popular ada menawarkan membership untuk semua customer. 1 tahun , RM12. 3 tahun RM25. Untuk student card, berusia dari 7 sehingga 18 tahun, cuma RM10. Untuk insan yang berprofesion sebagai guru, ditawarkan Teachers Privilege Card setahun RM12. Mana-mana kad ahli yang dah expired, biasanya aku akan offer diorang untuk renew. Bila disebut renewal fee tu, ramai yang terkujat dan menunjukkan expresi masam muka. Sebab bila renew member, kena bayar lagi. Well, kena prank. Hoho. Sebenarnya, bagi aku, apalah sangat harga renew yang kena dibayar berbanding dengan kelebihan kau memiliki member card, ye tak? Mana-mana item yang normal price, akan dapat discount 10%. Kadang-kadang, ada sampai 25%. Kau beli barang sebakul, kebetulan semua tu normal price. Setiap satu item ada potongan harga. Bukan ke dah terbayar sekaligus semua renewal fee kau tu? Kira lagi jimatla. Tengok, sempat lagi promote kat sini. 

Kena ingat, Popular punya member card tak sama dengan member card pasaraya New World kat bawah tu. New World mart tu cuma bagi member card untuk kau collect point sahaja ya wahai pelanggan yang terhormat sekalian alam semuanya... Nama kedai pun dah berbeza sangat, apa kejadahnya member card kedai lain boleh guna kat Popular bookstore? 

Kebetulan pulak sekarang banyak barang-barang yang kitorang dah highlight untuk dijual kepada customer. Semua tu kebanyakannya adalah barang-barang yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat sebagai usaha untuk mengembangkan lagi jualan dan memberi kelebihan kepada customer untuk penjimatan duit berganda (lah sangat). Sebagai salah seorang cashier, memang bab promote mempromote ni termasuk dalam skop kerja aku. Dan dalam banyak-banyak skop kerja aku, benda ni lah yang paling aku tak suka. Ingat seronok ke nak promote kejadahnya semua nih???? Sedangkan aku sendiri ni pun kalau tetiba ada orang approach pun aku selalu senyum dan tolak atau kadang-kadang buat tak tau je. *akhirnya aku paham perasaan promoter kalau-kalau customer reject benda yang diorang baru nak cerita* Ehem. Kebiasaannya aku tak promote sangat. Just tengok kat certain orang je. Untuk menjimatkan air liur I ni. Hoho. Sebab kadangnya kalau promote kat random orang je, besar kemungkinan ada yang tak paham dan tunjuk muka blur. Masa tu barulah kau tahu apa ertinya kekesalan di hujung hari. Muahahahahahahahaah! *gelak cam setan*

Aku nak imbas semula musim menerima baucar buku 1 Malaysia (BB1M) setahun yang lepas. Sebab sekarang ni dah masuk musim Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M). Masa tu, sesungguhnya kesabaranku sebagai seorang manusia sangat teruji disebabkan oleh perangai para mahasiswa mahasiswi kita. Ada yang datang tanya kat kaunter, boleh tak guna BB1M? Sesungguhnya boleh anak-anakku sekaliannya (walaupun kantoi sama usia aku. HAHAHA). Dengan syarat, cuma boleh beli bahan bacaan sahaja. Sebab outlet Popular Bintulu ni sedih sikit. Comel kecik je. Maaf, terkutuk pulak. Di bawah ni akan aku ceritakan golongan manusia yang mengoyak rabakkan perasaan ku yang sememangnya tak ada hati ni. 

1) Spesis tak dengar kata

Dia siap-siap dah datang tanya kat kaunter, tanya boleh ambik jenis item yang dihalalkan untuk guna baucar buku tu. Kita anggap dia paham sebab dia dah angguk. Lepas tu dia pergi ambik bakul. Okey sila mulakan operasi shopping anda. Selepas beberapa ketika, akhirnya dia kembali ke kaunter. Yang penuh dengan barangan stationery. Oh tidak dilupakan, dia ada mintak ambikkan kalkulator saintifik yang berharga ittew. Maka di kaunter, cashier on duty pun memulakan operasi. Kebetulan masa tu, aku pun on duty. Maka aku sebagai seorang yang prihatin terhadap alam sekeliling pun menghulurkan bantuan untuk meletakkan barang dalam plastik. Dah sampai sekerat jalan, barulah sang pelanggan memberitahu, dia nak guna baucar buku. 

Astaghfirullah hal azim anakku tersayang, tadi bukankah telah kau singgah dan bertanya pada kami, mengapa pula kini kau memungkiri janji-janjimu? Oh tidak. Harus kau tahu wahai anakku, kami ini manusia biasa. Maka apabila telah kau katakan pada kami kau hendak menggunakan baucar buku untuk membayar barang-barang di dalam bakul mu yang penuh dengan barang alat tulis itu, sesungguhnya kami menghentikan serta-merta urusan yang sedang kami uruskan untukmu itu. Siapa tak hangin? Partner aku yang sedang sibuk scan barang terus menjatuhkan semula barang -barang dan memberitahu semula perkara yang telah kami khabarkan di awalnya tadi. Apa kau rasa? Kalau aku, rasa nak tikam cutter dan calarkan wajah si polan itu. Sakit hati. haduhai. 

2) Nak guna ngam-ngam

Ni biasanya yang tak banyak cash tapi keras hati nak guna jugak. Contohnya, pelanggan X ni nak guna RM150 baucar dia. Maka sebelum dia datang ke kaunter, dia sendiri pun dah congak jumlah buku yang dia nak ambik. Setibanya di kaunter, rupa-rupanya buku yang dia ambik tu tak cukup lagi sebab kebetulan sedang musim promosi. Maka dia diminta untuk menambahkan lagi bukunya mengikut amaun baucar yang dia nak guna. Misalnya, transaksinya baru mencecah RM130.25. Maka dia ada balance lagi RM19.75. Kat sinilah bakal bermulanya drama, "Ketika cashier itu hendak berputus asa". *tajuk ni dipetik dari buku Hadi Fayyadh , Ketika Azazil Berputus Asa.* Sebab dia ada balance kurang RM20 kan, so susahla dia nak petik novel. Mana ada novel harga kurang RM20. Suruh dia ambik komik. Tu pun tahap main ambik tak tengok harga je. Komik banyak dalam harga RM11 ke RM13 sahaja. Contoh dia dah terambik RM13 kan. So tinggal lagi RM6.75 kan. *tengok, terpaksa ambik kalkulator dah.*

Kebetulan kat cashier sana ada buku-buku kesihatan. Harga dalam range RM4 ke RM6. Mintak ambik salah satu. Misalnya harga buku RM6.50. Ada balance lagi 25 sen kan? Kat sini bermula perang sebenar. Cashier akan bagitau, masih ada baki 25 sen. Harus diingatkan, tidak dibenarkan mengambil waima seketul pun barang-barang stationery. Ramai yang bagitau, burn jelah. 25 sen je kot. Nope. Tak boleh. Tak cukup dia, dengan mak bapak nya sekali bagitau, burn saja, 25 sen je. Kalaulah boleh wahai pakcik makcik sekaliannya. Tapi selagi tak cukup, selagi tu lah cashier tak boleh nak process next move. Sebab sistem dah letak macam tu. Bukan saja-saja tau nak paksa tambah. So kena approach baik-baik, fikir semula item mana yang tak perlu sangat. Sebab kedekut sangat tak nak tambah duit kan. Kenalah tapis balik. Walaupun kat belakang dah berbaris panjang. Hampir semua nak guna baucar pulak tu. Dan yang memanjangkan barisan adalah, yang bayar sorang je. Tapi satu rumah ikut sekali. Nak buat jadi pertahanan la tu kalau bab nak gaduh. Paham sangat dah. Dan sekali lagi harus diberitahu, maka kat monitor kaunter cashier, dah banyak merah-merah sebab berlaku item cancel. Masa ni lah supervisor tak dibenarkan duduk dalam opis buat kerja diorang kat dalam. Mesti kat luar untuk memudahkan cashier mendapat sokongan bagi menyokong hujah yang telah diutarakan oleh cashier. Hihihi takde boleh lawan dah. Padan muka huahahahahaha!

3) Berlaku kesilapan oleh pihak institusi pengajian

Yang bab ni takleh salahkan student sangatla. Last year, tak tau kenapa ada salah satu institusi pengajian yang ada kat Bintulu ni silap cop. Aku masa tu masih lagi di awal-awal  dan mentah. Diorang cop baucar tu kat depan. Bukan kat tempat yang sepatutnya. Walhal kat baucar tu sendiri, kat belakang dah letak satu ruangan khas untuk diorang letakkan cop besar gedabak yang pernah diorang sendiri ada. Dan aku mengakui aku banyak menerima baucar cacat tu. Alhamdulillah sampai sekarang takde pulak kena denda oleh pihak HQ hihi. Siap dah 2 kali isi appraisal form. Diampunkan la tu. 

So bila akhirnya telah menyedari kecacatan tersebut, maka telah diputuskan untuk menolak baucar cacat dan meminta pelajar yang hendak menggunakan baucar tersebut untuk kembali merujuk ke sekolah masing-masing dan mintak cop baru. Cop kat depan cuma dibenarkan kalau pelajar ada tersilap tulis. Sebab semua tu dah tertulis dalam polisi Popular sendiri. Duit kot. Pastu kena claim balik kat kementerian. Nahhh, takde sapa nak rugi kan? Tapi yelah student kita  sekarang, rasa diri diorang dah dewasa sangat, lepas tu sesuka hati nak rebel kurang ajar dengan orang lain. Halo dik, walau akak ni lepasan STPM yang tak sambung-sambung lagi study, jangan kau ingat akak ni tak pernah sekolah. Dan jangan ingat akak ni takde common sense. Korang tu yang takde common sense. Spenda koyak pun mintak mak jahit, duit belanja pun korang abiskan kat benda tak patut, apahal? Memang ramai pelajar yang bawak baucar tu kebanyakannya telah ditolak dan menyebabkan diorang kembali merujuk ke sekolah masing-masing. Tu masalah orang kat sekolah awak jelah dik. Diorang yang pergi melalut cop ikut suka hati nak cop tepi cop depan cop tengah-tengah dah kenapa? Jangan salahkan kami. Kami hanya menjalankan tugas. Saya yang menurut perintah. SYMP. Haha. 


Saya kejam? Ya memang betul. Sapa suruh bangang sangat? 


Yang ni sering berlaku dalam kalangan budak-budak yang mak bapak nya langsung tak kisah. Konon nak ajar budak berdikari. Yelah tau memang nak anak awak cepat besar. Bagi dia bayar sendiri. Tapi yang bangang sangat tunggu dia kat luar kedai asal? Tunggu jelah kat area yang anak boleh nampak. Benda ni baru jadi malam tadi. Buku yang budak tu beli harganya RM10.90. Pastu semalam pun kebetulan memang No Plastic Day. Hari Sabtu kan. Nak plastik, 20 sen bak sini. Dia nak plastik, so jadik la RM11.10. Budak tu hulur duit. Baru RM10. Aku mintak lagi RM1.10. Dia cuma hulur RM1.00 sahaja. Aku tanya, ada 10 sen. Dia cuma gawang-gawangkan tangan cakap takde. Lepas tu tenung muka aku. Dik, akak tak main-main cakap nak lagi 10 sen tau. Tak adanya aku baik hati nak belanja 10 sen. Maaf ye. Tak lama lepas tu bapaknya datang tanya kenapa, aku bagitau nak lagi 10 sen. Harus tahu ye, kat tangan budak tu ada lagi RM5. Boleh je kalau dia ada akal nak tukar je duit yang dia dah bagi tu. Umur budak tu dalam lingkungan 10 ke 12 tahun. Mustahil umur camtu still takde common sense lagi.

Satu peringatan kat mak bapak yang bawak budak-budak ke kedai. Kot iya pun nak suruh anak bayar sendiri barang-barang dia, sila tengok betul-betul harga item yang anak nak beli tu. Bukannya terkontang-kanting suruh anak bayar pastu anak tak cukup duit. Awak pulak sebagai mak bapak, kalau tak sibuk berbual dengan kenalan yang 20 tahun tak jumpa, mesti sibuk dengan smartphone masing-masing. Anak tak cukup duit, awak biar dia tenung muka cashier je. Kena dengan orang baik-baik takpe sudi belanja. Kalau kena orang macam aku, aku tak akan bagi muka. Sebab tu bukan kedai bapak aku pun so aku takde keinginan untuk berbuat baik kepada sesiapa lebih-lebih lagi ia memerlukan aku mengeluarkan duit sendiri. Maaf. Attitude mak bapak sekarang, maaf cakap. Awak lagi pentingkan semakfon (Baca: smartphone) awak tu  dari anak-anak. Tak kisah la berapa pun usia awak, kalau dah nama jakun sangat dengan semakphone awak, anak-anak terbiar. Macam aku sekarang. 


Sila izinkan saya untuk mengajar anak awak sekiranya awak tak nak ajar dia. 


Benda ni jugak berkait rapat dengan perenggan di atas. Aku tak tau la mana hati dan perasaan mak bapak diorang atau kononnya nak biar anak explore semua benda kat dunia ni secara berdikari tapi memang adakalanya sangat melampaui batas. Misalnya, mak budak tengok novel. Bapak budak pulak sibuk bertenggek kat kedai service Vape kat depan. Anak pulak dibiar menghancurkan barang-barang. Ni bukan benda tipu. Tapi memang ada. Budak tu dengan selambanya pergi bukak kotak kad Uno. Keluarkan kertas dalam tu. Dan masa nak tinggalkan kedai, mak budak tu perasan anak pergi buat benda pelik dan mintak anak letak balik. Tau apa anak tu buat? Masa mak dah berpaling ke arah lain, budak tu renyukkan je kertas tu macam sampah then campak macam takde apa berlaku. Walhal kertas tu adalah cara-cara bermain Uno yang memang come in full set of Uno. 

Setiap kali budak tu datang kedai jugakla, aku jadi risau sebab tak tau apa next yang dia akan buat. Pernah sekali, budak tu memang demam teruk. Batuk-batuk dan bunyi macam orang nak muntah. Mak bapak kat mana? Tuu sana kan novel melayu. Anak pulak kat area buku budak-budak. Kang kalau budak tu muntah, ada mak bapaknya nak tolong bersihkan? Paling-paling sorry ajelah. Anak demam teruk pun nak diangkut keluar. Kot ya pun nak bawak dia keluar, jangan biar dia lepas dari pandangan mata. Ikut dia. Bukannya rasa macam diri tu sangat sporting biar anak explore semua sendiri. Aku memang anti betul dengan mak bapak yang perangai macam ni. Anak dibiar lari ke sana-sini. Kang cedera terlanggar bucu-bucu tajam, siapa jugak yang kena tanggung salah? 

Ye aku tahu. Aku ni tak layak pun nak bincangkan soal ni sebab aku sendiri pun bujang takde anak lagi. Tapi aku pun salah seorang anggota masyarakat. Kita masing-masing belajar apa itu common sense. Dan kita sendiri tahu apa perangai orang Malaysia ni macam mana. Yer, I'm being a judgemental person now. Because I'm aware about your children next move. You want to make sure they learn something as a process of them to grow up. Tapi pastikan, anak awak nak membesar bukan dengan cara orang lain pulak dapat susah. Kalau nah susah, tu biarkan awak sendiri je susah. Bukan orang lain. 

Maaf, teremosi pulak. Setiap kali nampak budak gemuk tu, memang aku jadi 101% susah hati. Sebab dia gila. 


Customer busuk!

Yang ni, jap kena istighfar panjang-panjang. Memang sesungguhnya menguji kesabaran. Ni kisah benar. Dan aku sendiri telah mengalaminya. Ada sorang mamat ni. Nama dia K. Taknak bagitau nama sebenar dia. Pertama kali aku jumpa mamat ni adalah ketika dia beli buku. Masa dia datang kaunter tu, aku dah detect satu bau yang asing. Bukan bau perfume. Memang bau teruk. Tapi masa tu tak kisah sangat. Mungkin mamat ni baru balik kerja. Tengok baju dia pun memang lusuh je. Kebetulan dia punya member card dah expired. So aku offer untuk renew. Sudahla dia isi renewal form pun berkurun jugak. Lama nak mamps. Sepanjang masa tersebut la aku terpaksa menahan hidung dan bersikap profesional walaupun hidung aku rasa nak meletup. 

Bila dah selesai semua, kira-kira ambik masa 15 minit, selesai jugak dia tulis form. Takde la banyak mana kena isi. Cuma isi IC number, nama, phone number lepas tu letak signature je. Aku mintak dia bayar renewal fee. Dia bukak beg dia. yarabbi. Astaghfirullah hal azim. Pun sama jugak dengan bau badan dia. Ni bukan bau tengik lepas berpeluh tau. Lain. Aku tau macam mana bau peluh sebab bapak aku selalu kalau balik dari jeti memang bau peluh kuat sampai aku paksa dia terus mandi. Mamat tu pulak macam sengaja melambat-lambatkan urusan dia kat kaunter. Hidung aku memang menderita sepanjang dia berdiri kat kaunter tu. Lepas je dia blah, aku ambik masa kejap tarik nafas. Tapi masa tengah tarik nafas, pun tertinggal bau buruk dia tu. 

2 hari lepas, mamat tu ada datang. Tengok rupa, selekeh. Dari rambut dah nampak selekehnya macam mana. Tambah lagi dengan bau badan. Kebetulan jugak masa tu ada geng keras ngam ada on duty dan kebetulan dia ada kat luar. Dia ni memang kena bagi tau benda pelik-pelik yang berlaku kat sekitar. Kalau tak, memang dia akan tanya, "aku kat sine masa ya?" Mesti kena dia ada sendiri yang rasa dan nampak, baru senang nak gosip dengan dia ni. 

Berbalik ke cerita mamat busuk tu. Dia datang semula untuk ambik kad asli dia. Bau dia kali ni lain sikit dengan bau yang sebelum ni. Tapi tetap berbau busuk! Aku berdiri cukup jauh pun tetap jugak ada bau tu di sekeliling. Yang cari member card dia tu sama gak kawan sekerja. Tapi dia lelaki. Lepas je mamat busuk tu blah lepas dapat member card dia, aku terus tanya kawan, "kau ada hidu tak bau mamat tadi?" Kawan cakap takde hidu apa-apa! Like seriously, mamat tu berdiri sebelah kau kot! Kau tak terhidu bau yang teramatlah kuat maha busuknya sampai rasa macam hidung nak histeria dah sebab terpaksa menarik nafas ketika bau tu ada di sekeliling! Mamat busuk tu belum blah lagi. Dia masih ada di sekitar kedai. Nak sebar bau busuk dia tu kot agaknya. 

Ngam! Akhirnya geng keras aku tu dah nampak sendiri mamat busuk tu dan jugak akhirnya menghidu bau misteri dari badan mamat tersebut. Dia jugak dapat detect bau tu. Tu bau bantal busuk. As if mamat tu bawak bantal dia ke mana-mana. Subhanallah bang, kau peram badan kau kat sekitar bantal 10 hari 10 malam ke?  Dan sebab tulah kawan aku yang lelaki tu tak detect bau tu, sebab tu memang bau orang lelaki. Maka lelaki bujang, hati-hati dengan bau bantal korang. Kot-kot korang pergi bawak bau bantal korang pergi mana-mana. 

Aku tak niat nak kutuk mamat tu. Tapi kalau ye pun nak keluar ke mana-mana, make sure kebersihan kena jaga. Orang ramai ada kat sekeliling tau. Kalau nak jimat baju nak basuh pun, agak-agakla. Ni dari kepala sampai kaki, memang bau dah sebijik. Hidung sape je tak histeria? Cukup la alam sekitar jer yang tercemar. Takyah nak menambahkan pencemaran bau badan pulak kat sini. Susah-susah je. Nak dekat sejam jugak la staf-staf yang terhidu bau tu membetulkan balik kepala masing-masing. Sebab bau tu rare. Dan ..... *taktau nak sambung dah*


*sigh*Wanita? Sila baca. 

kisah benar!

Grown up women starter kit. (The most makcik's corporate way). Taadaaaaa!
  1. Big handbag (need to look so mahal as it can)
  2. Big purse full of old receipt. (some are already faded and the content with so many RM50 notes)
  3. Another purse. (smaller than the other one. This one to put RM1. Smaller note la senang)
  4. Coin bag (bcs purse are full of unrelatable things)
  5. Card holder. (each pocket can put 2 or 3 cards)
  6. Another card holder (also ful of cards.)
Above list is really no joke. Memang tak tipu. Benda ni memang wujud. Untuk para wanita. Dia datang kaunter. Dengan barang-barang yang penuh sebakul. Berikut situasi. Sila bayangkan anda berada dalam situasi tersebut. 

Cashier : Helo, ada member card?
Customer : Ya, sekejap. Saya cari member card.
Cashier : *menunggu*
Customer : *buka purse utama. korek semua poket kad. Keluarkan pelbagai jenis kad.*
Cashier : *bersin kejap. pastu pusing belakang dan menguap. Letih la*
Customer : *buka purse lagi satu. Korek semua poket kad. Macam-macam kad wujud. Tetap tak jumpa*
Cashier : *rasa nak fed up dah tunggu tapi terpaksa tampal senyuman plastik. kengkonon sabar*
Customer : *keluarkan card holder yang dah lunyai. Dan carik kad. Tak jumpa. Korek lagi satu card holder. Tak jumpa.*
Akhirnya declare member card tertinggal. Naaa. Nak dekat 10 minit tau tunggu dia cari kad sebijik je. Dan akhirnya tanya cashier, "boleh trace guna IC tak?" Nope. Sorry. Tu masalah awak sebab tak bawak member card. Kenapa kitorang nak susah-susah process kad awak ke HQ sana dan tunggu 3 bulan semata-mata untuk awak tinggalkan atau hilangkan kad awak tu? Duit awak sendiri burn tau. Tanggungjawab sendiri. Lain kali sorting kad tu betul-betul. Ni dah menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Awak susah pergi korek satu-satu poket yang ada kat beg, purse dan card holder. Awak jugak dah bazirkan masa kami menunggu awak sorang yang sibuk pergi keluarkan semua harta karun yang wujud dalam beg awak tu.

Ni aku nak tau, kad yang penuh tu semua, memang konfem pakai ke? Sebab ada sesetengah customer sibuk mintak balik member card yang lama dan dah expired. Sengaja nak bagi impression awak kaya ke ada banyak kad? Ni kisah benar tau. Ada customer yang sibuk mintak balik kad lama yang dah expired. Kad tu dah expired kot nak mintak balik apahal? Ramai yang keliru pasal ni tau. Dia dah renew membership. Dah ada temporary card kitorang bagi. Tapi sibuknya nak balik kad lama dah expired. Memang taknak kasi balik la. Sebab karang ada yang nyanyuk pergi renew balik membership pasal terbawak sekali kad lama yang dah expired. Lepas tu bising mintak refund. Bongok.

Dan maafkan aku tau. Sebab aku berbulu sangat tunggu korang keluarkan kad dari purse/card holder masing-masing, aku pergi join tengok jugak apa isi purse korang tu. Sekali lagi, masih ada yang keliru antara kad ahli Popular Bookstore dan Smart Bookstore. Ada yang keluarkan kad ahli Farley. Kadang-kadang Parkson. Dan jugak Toys 'r' Us. Serta New World Mart. Ni betul. Kisah benar. Tak tipu. :)

Line panjang. Tapi yang penuhnya....

Gambar kat atas ajar anda macam mana kalau situasi anda nak bayar kat cashier counter.
  1. Purse/wallet sedia awal-awal. Sekali keluarkan member card kalau ada. Takyah sibuk-sibuk baru kelam kabut nak carik masa depan cashier.
  2. Semakphone boleh tolak tepi untuk seketika. Ni urusan duit tau. Tak main-main.
  3. Kalau ada voucher, sila pastikan belum expired. Kalau tak pasti tanya cashier dulu. Kebiasaannya cashier jawab. Kalau nak gaduh jugak pasal voucher dah expired, kau memang gila. 
  4. Ni untuk yang bawak satu family. Sorang je kan nak bayar semua barang? Yang lain blah.
Aku dah siap explen satu persatu kot-kot tak paham mat salleh. Tapi kat sini aku nak highlight point keempat. Semestinya setiap hujung minggu termasuk hari Jumaat. Malam hujung minggu. Diorang datang satu family. Kalau kiranya staf baru balik dari tandas, konfem susah nak masuk kedai sebab satu family line memanjang block jalan masuk kedai. Dari bapak, mak ke anak-anak dari yang bujang dara sampai la yang masih budak. Aku akan perati satu persatu je family yang ramai-ramai ni. Lagi epic kalau bab diorang memerlukan bantuan staf. Misalnya mintak tolong ambik barang yang memerlukan staf sendiri contohnya kalkulator. Yang nak kalkulator tu si abang. Tapi yang adik pun sibuk nak jugak berkerumun kat situ. Budak takpelah. Ni yang bawak sedara mara, makcik pakcik dia semua sibuk kat situ pastu staf susah nak lalu sebab diorang block jalan nak ambik benda tersebut. Kang nak kata tepi sikit, kurang ajar pulak. So, "tumpang lalu." Baru la nak bagi laluan. Padahal tau dah ada orang nak tolong ambikkan benda dia nak sangat tu. 

Tolong la korang. Isi sikit common sense dalam diri tu. Aware sikit dengan saiz kedai. Kalau luas takpe la bawak anak main bola keranjang ke bola sepak ke tak kisah. Ni, dah la kedai penuh dengan orang, masing-masing sibuk angkut anak nak beli keperluan alat tulis dia dengan mak-mak pulak sibuk tengok buku. Yang bapak nya pulak buat tak tau berdiri kat depan kedai tengok henpon layan pesbuk. Bab nak berbayar kat kaunter pun satu hal jugak. Satu family penuh kerumun cashier. Anak kecik pun join sekali. Dengan yang merengek lagi nak kat depan sebab nak tengok muka cashier dan terpegun tengok kecomelan cashier. 

Maaf terpuji diri sendiri. Orang tak puji, so puji diri sendiri. 

Berbalik ke topik asal. Wahai ibu bapa, sila tengok keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi keadaan cashier. Dua orang. Bergabung dalam kaunter yang sama. Bagi laluan kepada orang lain jugak yang adakalanya sangat rushing. Kami di kaunter, bukannya terlahir ke dunia ni semata-mata untuk layan perangai gila awak satu family sahaja. Biar orang yang bertanggungjawab untuk membayar sahaja yang bersedia dalam queue line. Yang anak-anak, biarlah ada yang dewasa lain pergi jaga. Jangan dikumpul anak-anak sekalian dan menyebabkan kekeliruan terhadap cashier bertugas. 

Kadangnya budak-budak ni dia tak paham. Dia nak barang dia dulu yang kena scan sebab dia nak buat main lepas tu. Mak bapak larang pun dia buat tak tau. Lain cashier, lain cara. Ada yang scan dulu semua item, baru dia masuk dalam plastik. Tu biasanya aku. Misalnya, customer datang dengan penuh sebakul. Yang bakulnya tu aku letak atas kerusi dan scan satu persatu barang. Tu kalau ada partner cashier. Kalau misal partner cashier takde dan aku sorang je jaga kat kaunter, bakul aku tolak ke tepi dan keluarkan satu persatu. Letak luar barang yang dah scan. 

Ada jugak customer yang tak guna bakul. Lepas tu anak-anak semua pun ada barang kat tangan. Dan bila datang, semua letak sekali gus. Yang budak tangan gatal pulak, dia kacau urusan cashier. Tu yang kadang-kadang keliru dah scan ke belum. Tu semua hal mak bapak dia lah yang menyusahkan orang. Kena ingat yer tuan tuan sekalian, kami sedaya upaya untuk menjaga barang-barang kami sebab nanti kalau short masa stocktake, yang kena maki tu kami, bukan anda. So, sila saling sama menjaga. Biar sejahtera hidup kita. Seeloknya, kalau anda datang memang nak beli banyak barang, biasakan guna bakul. Kebanyakan kedai memang akan sediakan bakul. Kedai baju je aku belum ada nampak diorang sedia bakul. Kat pasaraya boleh je anda guna bakul sebab beli barang banyak. Kenapa tak kat kedai kami?

Bab bakul ni pun penting jugak sebenarnya. Cashier counter adalah tempat untuk bayar barang. Bukannya kaunter customer service yang boleh anda tinggalkan barang-barang anda penuh satu kaunter. Kalau berat pun bakul anda. Tak salah tinggalkan kat tepi semua tu. Tak jadi bisa pun. Kami sebagai staf lagi suka macam tu. Bukannya sesenang tu je meninggalkan barang yang anda nak beli kat mana-mana kawasan lepas tu g merayau kat area lain. Kami kadang tak tau. So kami letak balik semua barang yang anda dah cop nak beli ke tempat asal. Lepastu anda datang semula buat muka marah nak balik benda yang anda dah pilih tadi. Kami manusia. Dan kami tau macam mana nak menyumpah anda. Dalam hati. Tak elok buat orang lain marah. Sila sedar diri ya, tuan tuan dan puan puan. 

Pastikan anda tahu apa yang anda cari. Sediakan sampel, lebih baik.


Sesetengah pelanggan menganggap kami tahu setiap barang yang mereka carik. Tak semestinya. Aku sendiri pun sama. Selama ni aku tau cloth tape tu adalah, cloth tape. Tape yang pelbagai warna, khas untuk orang-orang dalam industri elektrik. Tapi aku tak tau dia ada nama lain, iaitu binding tape. Macam tu jugak anda. Datang ke kedai, describe jenis barang yang anda nak. Tapi tak bawak apa-apa sample. Cuma sekadar menggunakan anak tekak anda saja. Kami kadangnya tak tau sangat sebab tak semuanya wujud kat kedai kami. Anda sebagai pelanggan, tau apa yang anda mahukan, tetapi taknak sediakan contoh sebab anggap kami tahu semua benda. 

Tolonglah pelanggan sekalian, mudahkan urusan anda. Dan permudahkan juga urusan kami untuk bantu anda. Kami friendly, jika anda friendly. Kami juga sedia membantu, walaupun anda sombong tingkah laku. 

Sampai di sini bebelan aku. Sila tahu, apa yang aku letakkan di sini, are words that I cant even say in reality. Because reality is pain. For all retailers in the world, we've made it. Handling all customers whose come in many types of them. All your pain, your sincerity, your hard work, are worth to be praised. By us. Only us favor ourselves because customers wont care. HAHA! 



One more time, customer is always right? Seriously? My butt! Because customer is always wrong!
Bye!







Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak